Kempen Glucerna® #StartsWithYou : Mengurus Diabetes Dengan Lebih Baik dan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat - Penyakit diabetes atau kencing manis ialah penyakit di mana tahap gula dalam badan terlalu tinggi. Menurut tinjaun National Health and Morbidity Survey (NHMS),dianggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia – atau 15.6% daripada populasi dewasa – menghidap diabetes, dan terdapat ramai lagi yang tidak mengetahui keadaan diabetes mereka. Oleh itu, kempen Glucerna® #StartsWithYou dijalankan bagi mendorong memberi inspirasi dan motivasi kepada penghidap diabetes untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.
Korang tau tak, diabetes yang tidak dikawal boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan secara menyeluruh serta menyebabkan komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan saraf atau buah pinggang. Jadi masa ni la kita perlu ambik tau dan jaga kesihatan kita. Justeru, perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membawa kesan besar dalam pengurusan diabetes dan kesihatan secara menyeluruh.
Kempen Glucerna® #StartsWithYou
Nad telah menghadiri majlis Kempen Glucerna® #StartsWithYou yang telah dianjurkan oleh Abbott di Bamboo Hills Kuala Lumpur. Bersempena dengan Bulan Kesedaran Diabetes pada bulan November, kempen ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengurus diabetes dengan lebih baik dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen ini menampilkan kisah kejayaan rakyat Malaysia yang menyertai program intervensi gaya hidup selama empat minggu anjuran Abbott, termasuk pemakanan seimbang dan senaman fizikal.
"Kadar penyakit diabetes yang tinggi di Malaysia menunjukkan betapa pentingnya untuk memupuk kesedaran individu tentang pengurusan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat," kata Dr. Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Pemakanan Abbott Malaysia. "Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® ini telah membantu ramai penghidap diabetes menguruskan tahap glukosa mereka melalui perubahan gaya hidup termasuk pemakanan seimbang dan senaman.
Pemakanan Mengikut Model Pinggan Sihat Malaysia
Terdapat begitu banyak perubahan kecil yang boleh kita amalkan setiap hari yang boleh membawa kesan besar kepada kesihatan kita. Ini tentang membuat pilihan yang bijak - merancang makanan kita dan mematuhi rutin pemakanan yang seimbang.
Indra Balaratnam, seorang Pakar Perunding Diet berkongsi adalah penting untuk mengikuti diet seimbang menggunakan Model Pinggan Sihat Malaysia. Ia merangkumi pembahagian karbohidrat yang betul, memastikan protein yang mencukupi dan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Seterusnya, beliau berkongsi resipi mneggunakan Glucerna. Dua menu sihat yang lazat dan sedap sesuai untuk penghidap diabetes iaitu snek coklat dan creamy pasta.
Pengawalan Diabetes Bermula dengan Diri Anda dan Sokongan Orang Lain
Sangat terinspirasi bagaimana Ainaa Munirah Pang seorang chef berusia 39 tahun berkongsi perjalanannya dalam mencapai tahap glukosa sasarannya dengan bantuan Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP). Ainaa menerima diagnosis diabetes jenis 2 pada usia 27 tahun dan menghadapi cabaran untuk mematuhi rejim yang sihat dan konsisten disebabkan pemakanan yang tidak sihat di tempat kerja.
Program intervensi gaya hidup selama empat minggu membantu membimbingnya ke arah kesihatan yang lebih baik. Bukan sahaja dia mencapai sasaran glukosanya tetapi juga menemui komuniti yang berkongsi matlamat bersama dan menerima sokongan dalam komuniti dalam perjalanan kesihatannya.
"Penyertaan saya dalam program ini adalah satu perubahan hidup kepada saya," kata Ainaa. ''Bukan sekadar mengawal paras glukosa, tetapi saya juga menerima sokongan dalam komuniti serta mampu membuat perubahan kecil yang memberi impak besar.''
Kata-kata Ainaa yang dapat memberi semangat kepada pesakit diabetes "Diabetes is not end the world, the choice is from us. Sama ada you nak sihat atau teruskan ubatan. Apa yang perlu buat balance diet dan healthy challenge"
Program Glucerna® Lifestyle Change Program (GLCP)
Program Glucerna® Lifestyle Change Program (GLCP), yang dilancarkan pada 2021, merangkumi panduan tentang pengurusan diabetes, perkongsian maklumat mengenai diet seimbang, formula pemakanan khusus diabetes, senaman serta kepentingan pemantauan glukosa secara berkala. Peserta juga berpeluang mempelajari cara menangani keletihan akibat diabetes termasuk cabaran lain yang boleh mengganggu komitmen mereka dalam mencegah penyakit tersebut. Menerusi program ini, mereka diberi pendidikan mengenai pengurusan diabetes oleh para doktor dan pakar diet yang terlatih. Lebih 200 peserta telah menyertai program ini dan berjaya memperbaiki pengurusan diabetes mereka.
Bagaimana Formula Pemakanan Khusus Diabetes Dapat Membantu
Formula pemakanan khusus diabetes yang dirumus secara saintifik adalah penting dalam pendekatan GLCP. Kajian yang diterbitkan dalam Diabetes Care mendapati bahawa penghidap diabetes yang mengambil Glucerna® mengekalkan tahap glukosa darah dengan pelepasan glukosa yang stabil dalam julat sasaran sehingga 90% hanya dalam tempoh empat minggu. Formulasi Glucerna® mengandungi karbohidrat indeks glisemik rendah untuk mengurangkan lonjakan glukosa selepas makan dan menyokong kesihatan keseluruhan.
Kongsi Pengalaman Pengurusan Diabetes dan Menerima Pek Kesihatan
Kempen Glucerna® #StartsWithYou menggalakkan masyarakat Malaysia berkongsi perjalanan pengalaman mereka dalam pengurusan diabetes. Peserta yang menghantar pengalaman mereka kepada Abbott Nutrition Careline (wecare@abbott.com) bakal menerima Pek Kesihatan Glucerna®.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Glucerna® #StartsWithYou, sila layari
Facebook: https://www.facebook.com/MyAbbottCares
Seramnya dengan diabetes. Marilah jaga kesihatan bersama-sama jommm ^^
ReplyDelete