Oriental Kopi KLCC - Pagi Sabtu aku ajak suami pergi KLCC, saje nak jalan-jalan situ sambil bawa anak main taman permainan. Dah penat kitaorang pun masuk dalam KLCC, cari port untuk mengopi, hilangkan dahaga tekak ni sambil perut pun dah lapar nak cari makanan untuk dimakan. Pergi level 4 nampak satu kedai ni ramai orang beratur tunggu giliran. Tengok nama kedai Oriental Kopi. Nampak menarik, jadi kitaorang pun singgahla.
Nampak je beratur panjang macam ni, tapi tak beratur lama pun. Servis diaorang cepat, ada kosong je terus kemas dan bagi kitaorang duduk. Biasa kalau ramai beratur ni mesti sedap, so kita pun nak cubala.
Oriental Kopi KLCC
Oriental Kopi ni konsep macam kopitiam, ada pelbagai jenis kopi dengan rasa yang authentic. Bukan setakat kopi sahaja, minuman lain pun ada juga. Selain minuman, dekat sini pelbagai makanan turut disediakan. Makanan mestila kena dengan tekak orang Malaysia.. hehehe.
Tengok tempat dia pun selesa. Boleh makan dalam kedai atau bahagian luar.
So nak tau menu apa nad order jom tengok. Disebabkan nad pergi pagi, jadi kita bersarapanla di sini. Nad nak kongsikan menu yang nad order.
Menu Oriental Kopi
Antara menu yang nad dengan suami order ialah Oriental Nasi Lemak, Oriental Curry Laksa dan ABAC. Tak lupa minum kopi dekat dekat sini, suami pilih White Coffee, untuk anak air Milo Panas dan untuk nad sendiri, nad pilih minuman Sour plum.
Oriental Nasi Lemak
Kalau dah sarapan pagi mestilah makan Nasi lemak. Nasi lemak ada telur, ayam goreng, sambal, timun,kacang, dan ikan bilis, complete ye semua. Sambal sedap dan pedas. Ayam goreng rangup di luar lembut di dalam. Sedap tau
Oriental Curry Laksa
Nak makan berkuah boleh cuba Oriental Curry Laksa ni.Curry Laksa tak pedas, kuah pekat dan sedap. Anak dengan suami suka sangat.
ABC
ABC pula banyak campuran, ada cincau, jagung, kacang. Santan yang berlemak dan gula melaka yang pekat tapi jangan risau, rasanya tak berapa manis, rasa light-light je.
White Coffee
Dekat sini memang banyak jenis kopi, dah nama kedai pun Oriental Kopi kan. Tapi suami memilih White coffee. Suka bau aroma White coffee ni, rasanya pun tak berapa pahit. Memang terbaik.
Sour Plum
Kalau korang nak rasa minuman yang refresh, pilih minuman yang nad order ni, Minuman refresh nad minum Sour Palm, kombinasi lemon, asam boi dan limau, Rasanya masam-masam manis, air yang sejuk dan membuatkan tekak terasa segar je.
Pelbagai Merchandise di Jual Di Oriental Kopi
Kalau korang nampak, ada satu bahagian, semua merchandise dari Oreintal Kopi. Dekat sini ada jual macam-macam jenis kopi, kaya, tart juga tau. Semua merchandise dekat sini Halal. Nad pun sempatla grab la 4 barang, White Coffee, Coklat, Tart Nenas dan Pandan Kaya. Ni antara barang popular la dekat sini yang nad beli.
Oriental Kopi Mempunyai Sijil Halal Dari Jakim
Nak makan sini takyah rasa was-was dah sebab Oriental Kopi telah mendapat sijil Halal dari Jakim. Semua piawaian keselamatan makanan terjaga.
Korang kalau nak sarapan ke, dinner atau lunch boleh datang ke Oriental Kopi. Lokasi di Suria KLCC, KLIA2 Arrival (Level 2) & KLIA2 Departure (Level 3).
Nad baru tau makanan popular dekat sini Egg Tart dan Polo bun. Nampaknya kena datang sini lagi cuba menu ni. Port mengopi baru yang kornag boleh cuba.
Lamanyaaaa tak pusing2 dalam klcc,sejak2 benti keje,baru berapa kali masuk,kalau dulu semua port ngopi dalam tu nak try heheheh...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete