Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah - Walaupun rumah berdekatan dengan Lotus Ampang, tak semua aktiviti nad tau dekat situ. Pernah pergi Food Thai Festival. Tu pun dah lama. Apa aktiviti dekat Lotus ni memang akan tau lambat. Kita tak follow pun dekat media sosial. Jadi macam mana nad tau ada Pasar Jom Santai Melayu Klasik ni? Itu sebab anak nad sekolah tabika ni dia bagitau. Anak cakap cikgu dia bagitau ada binatang dekat Lotus. Bila dia cakap macam tu, tak lain tak bukan adalah acara dekat Lotus tu, tapi nad tak tau lagi acara apa. Terus buka facebook dan keluarla video diaorang bagitau ada Pasar Jom Santai Melayu Klasik ni. 

Hari minggu tak buat apa-apa, bosan duduk rumah, jadinya, ajakla anak-anak pergi Pasar Jom Santai Melayu Klasik ni. Lagipun anak nak tengok binatang. Jadi layan jela anak-anak ni. Dah cikgu bagitau kan. Nanti kempunan pulak dia. Lagipun dekat je dengan rumah. Kitaorang pergi naik motor sahaja..hehehe.

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah


Sampai je sana, ramai betul orang, biasalah hari minggu, hari cuti, masa ni la orang ramai keluar bersama keluarga. Kereta nak masuk pun susah sampai takda parking. Nad pergi naik motor jela. Suasana dekat sana memang meriah, setiap kedai dihias dengan kain batik ala klasik macam tu. Dan penjual ada yang memakai baju klasik.  

Pasar Jom Santai Melayu Klasik ni bermula 23 November sehingga 1 December di tapak parking Lotus Ampang. Dari jam 11 pagi sehingga 12 malam. Kalau siang hari memang panas, datang malam sejuk sikit. Tapi kitaorang pergi siang bagi nampak sikit apa yang ada..hehee

Selalunya event macam ni mestilah menjual makanan dan minuman. Pelbagai jenis makanan dan minuman ada, termasukla haritu ada Mini Zoo. Ni la yang anak kita nak pergi sangat sebab nak tengok haiwan dekat sini.


Sebelum cari makanan, kitaorang masuk dulu ke Mini Zoo. Nak masuk sini kena bayar.
Dewasa : RM8
Kanak-kanak: RM6




Antara binatang yang ada burung, musang, arnab, sesumpah, ular dan paling diminati Alpaca.



Alpaca hensem ye siap pakai cermin mata lagi. Jinak dan manja ye.

Lepas dah explore Mini Zoo, masa untuk explore makanan pulak.












Nama je Pasar Melayu Klasik, tapi ada juga makanan Thailand la, Korea..hahaa. Tapi nasib baik ada kuih muih dan makanan tradisional. Nampakla kuih karipap pusing, lempeng, ubi rebus, punten.



Ada juga manisan, paling popular donut Eira Azira. Nad tengok beratur panjang ye, tak larat nad nak beratur. Tengok jela ye.

Lepas tengok makanan apa yang ada, nad beli la lempeng, nasi ayam penyet dan minuman. Anak-anak makan corndog dengan takoyaki. Nampak ubi rebus tapi kawal tak boleh beli semua..hehehe.

Selain itu ada juga persembahan nyanyian yang diadakan pada waktu malam pada hujung minggu untuk menghiburkan pengunjung. 



Masa jalan-jalan tu terjumpa pulak kak nina, kawan blogger..hahaha. Tak sempat borak panjang sebab si kecik dah mula bising.



Bolehla datang sini kalau takda aktiviti nak buat. Cuci mata sahaja pun boleh..hehe. Kalau nak membeli jangan boros ya. Tengok semua makanan memang sedap tapi duitnya ke laut sudah.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2