Rebut Peluang Tawaran Kempen Hartanah Bumiputera Untuk Miliki Kediaman Idaman Anda - Sekarang ni ramai yang mengidamkan rumah sendiri, rumah yang ideal dan selesa. Korang tau tak, korang boleh miliki rumah idaman dengan bayaran bulanan murah sebanyak RM2,083 sahaja. Ya, sekarang Matrix Concepts melancarkan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix yang memberi peluang kepada pembeli bumiputera membeli rumah landed dan komersial. Banyak lagi tawaran  disediakan untuk korang miliki rumah di projek Eka Heights,Bayu Sutera dan Irama Biz. Jadi jangan lepaskan peluang ni.

Dengan penjimatan pembiayaan dan keistimewaan eksklusif Kempen Hartanah Bumiputera, ini adalah masa yang sesuai untuk memiliki kediaman idaman anda. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penyediaan hartanah lokasi utama dengan pelbagai titik harga, memudahkan pembeli Bumiputera mencari rumah atau pelaburan ideal mereka dengan faedah eksklusif.

Miliki Kediaman Di Eka Heights Dengan Tawaran Yang Hebat



Baru-baru ini, Nad berkesempatan pergi ke Matrix Galleria Eka Heights di Seremban untuk melihat projek kediaman di sini. Kediaman Ferra di Eka Heights merupakan salah satu projek dibawah Kempen Hartanah Bumiputera Matrix. Kediaman gaya hidup yang sempurna untuk semua golongan, termasuk keluarga dan profesional.



Eka Heights adalah sebuah perbandaran yang sangat menarik dan menjanjikan, terletak di atas tanah seluas 371 ekar. Perbandaran ini bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis kediaman, tetapi juga pusat komersial yang memenuhi keperluan harian penduduknya. 




Selain itu, di Eka Heights mempunyai 15 ekar Mageka Park menyediakan ruang yang ideal untuk aktiviti riadah dan sosial, menjadikan Eka Heights tempat yang sempurna untuk kehidupan seimbang.

Ferra: Kediaman di Eka Heights




Salah satu projek terbaru yang ditawarkan di Eka Heights adalah Kediaman Ferra, sebuah kediaman dua tingkat yang direka untuk memenuhi keperluan moden. Dengan ukuran 20 x 70 kaki persegi dan keluasan 2,142 kaki persegi, Ferra menjanjikan ruang yang luas dan selesa untuk setiap keluarga. Kelebihan besar Ferra adalah penggunaan "Smart Homes Features" yang memastikan keselesaan dan kemudahan dalam kehidupan seharian anda. Dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air, kediaman ini sesuai untuk setiap generasi, dari keluarga muda hingga yang lebih berpengalaman.

Property Lain Di Bawah Matrix


Selain Eka Heights, Bayu Sutera dan Irama Biz juga antara projek terpilih

1) Bayu Sutera

- Bayu Sutera (3A) : kediaman Izara 

Kediaman di tepi Tasik yang dinspirasikan untuk Komuniti. Izara II di Bayu Sutera, terletak di sebelah sebuah taman tasik yang indah dan dikelilingi oleh taman rimbun berlandskap, menawarkan gabungan yang mesra antara alam semula jadi dan kehidupan moden. Direka bentuk dengan ciri-ciri kediaman pintar untuk kemudahan serta keselesaan terbaik, ia menjanjikan gaya hidup yang harmoni dalam perbandaran Bandar Sri Sendayan.

Kediaman Izara merupakan Teres 2 Tingkat, berkeluasan 20' × 70'1 2,315 kaki persegi mempunyai 4 Bilik Tidur dan 4 Bilik Air

- Bayu Sutera (4A3) :Elonia III 

Elonia III di Bayu Sutera terletak di kawasan yang lebih tinggi dan dilengkapi dengan ciri kediaman pintar bagi menawarkan kemudahan serta keselesaan kepada anda.

- Teres 2 Tingkat
- 20'× 70' I 2,315 kaki persegi
- 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Air
- Rekaan Elegan Untuk Keluarga Berbilang Generasi
- Kemudahan Rekreasi Lengkap
- Lokasi Strategik Dengan Akses Mudah

- Bayu Sutera (4B1) :Melora 

Melora kehidupan yang berprestij, kediaman tanah tinggi. Melora di Bayu Sutera - kediaman dengan reka bentuk eksklusif ini dikelilingi oleh landskap yang menghijau memberikan suasana nyaman dan mempersonakan untuk setiap komuniti di Melora. Ini adalah peluang terakhir anda untuk memiliki kediaman yang menjadikan kehidupan yang lebih sofistikated.

- Teres 2 Tingkat
- 20'x 75-92' 1 2,498 kaki persegi
- 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Air
- 1 Bilik Utiliti

Dengan keluasan tanah sehingga 92 Kaki Panjang, kemasan premium dengan lantai kayu berlamina dan
Komuniti berpengawal untuk ketenangan minda.


2) Irama Biz : Irama Biz 

Diposisikan sebagai pintu gerbang ke Malaysia Vision Valley (MVV), Irama Biz terletak di persimpangan Bandar Sri Sendayan, Nilai dan KLIA yang meriah. Hab komersil utama ini sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan kerana kemudahan akses yang tiada tandingan dan dapat memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang.

- Kedai 2 Tingkat
- 22' x 75°1 3,105 kaki persegi
- Titik Komunal Untuk Lebih 100,000 Populasi
- Laluan Mudah Ke KLIA
- Skim Pemilikan Usahawan Mikro-Ekonomi Disediakan*
- Bakal Siap Pada 2025

Miliki kediaman anda dengan rebut peluang tawaran eksklusif Kempen Hartanah Bumiputera


Rebutlah peluang untuk memiliki hartanah idaman anda dengan Kempen Hartanah Bumiputera, direka khas untuk menjadikan pemilikan kediaman lebih mudah diakses oleh pembeli Bumiputera. Sama ada anda pembeli pertama kali, keluarga yang sedang berkembang atau pelabur yang bijak, pakej ini menawarkan faedah dan penjimatan eksklusif yang menjadikan perjalanan anda ke arah kediaman yang sempurna lebih mudah dan lebih bermanfaat

Tawaran Eksklusif Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

1. Penjimatan yang ketara kerana pembeli boleh menjimatkan sehingga RM150,000 untuk hartanah terpilih.
2. Ansuran Bulanan Rendah bermula dari serendah RM 2,083* sebulan, menjadikan pemilikan rumah lebih mampu milik.
3. Pilihan pembiayaan penuh kerana pembiayaan menyediakan pembiayaan sehingga 100% - 110%, meminimumkan kos kemasukan untuk pembeli.
4. Kadar faedah rendah yang ditawarkan oleh bank tertentu untuk pinjaman rumah. Contohnya, sesetengah bank, seperti Ambank, Bank Islam, Hong Leong Bank mungkin menawarkan kadar faedah serendah 3.8%, bergantung pada profil kewangan pelanggan. Bank lain juga mungkin menyediakan kadar yang kompetitif.
5. Insentif eksklusif seperti perkhidmatan jalur lebar percuma, rumah yang dilengkapi sistem rumah pintar, dan keahlian kelab d’Tempat Country percuma.
6. Memiliki rumah dengan kos yang lebih rendah


Hah menarik bukan. Jadi, korang yang sedang mencari rumah, Matrix bukan sahaja menawarkan lebih dari sekadar tempat tinggal tetapi penjimatan untuk Bumiputera. Bukan sahaja di Eka Heights, tetapi di Bayu Sutera dan Irama Biz.


Secara keseluruhannya, kediaman disini bukan sekadar tempat tinggal. Ia menawarkan pengalaman hidup yang lengkap dengan lokasi yang strategik, reka bentuk yang moden, kemudahan yang cemerlang, dan suasana komuniti yang mesra. Bagi mereka yang mencari kediaman yang memenuhi semua keperluan dan harapan, Eka Heights merupakan pilihan yang tepat. Dengan segala kelebihan yang ada, tidak hairanlah jika Eka Heights menjadi pilihan utama di kalangan penduduk setempat.

Jangan lepaskan peluang emas ini! Tempah kediaman anda sekarang!

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Hartanah Bumiputera Matrix boleh layari http://hartanahbumimatrix.com/2
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Sendayan ni mmg lurveee betul laa...facilities dia dah almost perfect dah...kalau settle down pun tak ralat rasa...plus ni ada promo Bumiputera, membuak rasa nak beli :)

    ReplyDelete
  2. Tu dia. Meriah betul kelengkapan kat sini. Dah la luas dan moden - memang terpikat betul

    ReplyDelete
  3. Suka semua design rumah kat sini cantik menarik tertarik... lengkap kemudahan sekitarnya.. memang best tenang jer istimewa tuk bumiputera sekarang...

    ReplyDelete
  4. Tawaran menarik.

    Patutlah ramai nak beli rumah kat Eka Heights ni banyak kemudahan. Lokasi pun strategik

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2