Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab : Fokus Kembangkan Perniagaan Dan Pemerkasaan Ekonomi Tempatan - Tahniah Choco Albab, coklat jenama tempatan yang semakin dikenali, atas sambutan ulang tahun yang ke-3. Diam tak diam Choco Albab sudah masuk ke 3 tahun dalam dunia pasaran tempatan, dan memperkenalkan produk baharu mereka iaitu Choco Albab Hazelnut Spread.. 

Acara istimewa ini menandakan tiga tahun usaha gigih dalam membina empayar perniagaan yang bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan, tetapi juga menjadi platform untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan.  

Majlis Sambutan Ulangtahun Choco Albab


Majlis disambut meriah, dengan tema "Beyond The Star" telah diadakan di Bangi Avenue Convention Centre, dihadiri agen dan leader Choco Albab. 


Kejayaan tiga tahun penuh bermakna ini menandakan misi dan matlamatnya adalah jelas iaitu ingin mencipta perniagaan yang mampu membahagiakan semua orang dan pada masa yang sama Choco Albab telah mencapai kejayaan yang membanggakan iaitu membahagiakan sekitar 100 ribu agen dan melahirkan puluhan Crown Leader.

Ia katanya adalah satu pencapaian luar biasa hasil usaha sama seluruh pasukan.

"Inspirasi saya hanya satu, bulatkan azam dan melangkah terus ke hadapan berbekalkan pengalaman dan kepakaran yang saya timba selama 14 tahun dalam dunia perniagaan.

"Saya gunakan setiap ilmu yang saya pelajari dan aplikasikannya di Choco Albab. Bukan untuk diri saya sendiri tetapi untuk orang ramai. Bersama berkongsi rezeki dan menjana pendapatan,"


Pemenang bertuah Peraduan "Beli Dan Menang"


Dalam majlis ini Choco Albab juga menyerahkan hadiah kepada pelanggan yang bertuah dengan memenangi sebuah kereta bagi Peraduan Beli & Menang Proton X70. Beliau hanya berbelanja RM100 dan berjaya membawa pulang sebuah Proton X70.

Produk Baharu Choco Albab Hazelnut Spread



Sempena sambutan ulang tahun Choco Albab, turut memperkenalkan produk baharu mereka iaitu Choco Albab Hazelnut Spread. Dengan kualiti premium dan rasa yang memikat, Choco Albab Hazelnut Spread membawa inovasi baharu dalam pasaran coklat tempatan.



Setiap yang hadir diberi sebotol Choco Albab Hazelnut Spread besar. Nad dah rasa, rasa coklat yang sedap dan tak berapa manis sangat. Sapu dengan roti atau makan dengan buah..hehee.

Choco Albab Fokus Kembangkan Perniagaan Dan Pemerkasaan Ekonomi Tempatan


Choco Albab yang berpegang teguh pada prinsip 'Sokong, Beli Barangan Tempatan' mempunyai beberapa visi dan misi dalam membantu mempertingkatkan ekonomi rakyat dan juga negara.

Choco Albab, kini mengorak langkah dalam menjadikannya muncul sebagai jenama produk berasaskan coklat nombor satu di Malaysia. 

Visi Dan Misi Choco Albab



Pengasas Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi berkata visi Choco Albab pula adalah dapat membawa limpahan ekonomi bukan saja kepada syarikat tetapi negara dan masyarakat. Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd menyatakan syarikat telah merancang untuk melaksanakan beberapa inisiatif baru yang dapat mengukuhkan lagi jenama Choco Albab.

Melangkah ke tahun 2025, Choco Albab mempunyai visi besar:
● Membuka kemudahan pengeluaran baharu dengan pelaburan beberapa juta ringgit untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
● Mengukuhkan kedudukan kami di pasaran tempatan dan meluaskan pasaran ke luar negara, membawa nama Malaysia ke persada dunia.
● Terus melancarkan produk-produk baharu yang inovatif untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.
● Melahirkan lebih 200,000 usahawan Choco Albab
● Memperkenalkan Saudagar Privilege Customer. Kad kesetiaan atau kad keahlian yang memberikan harga istimewa sehingga 20 peratus kepada pembeli biasa.

Inisiatif Baru Choco Albab 2025


Justeru itu katanya, melangkah ke hadapan, syarikat telah merancang untuk melaksanakan beberapa inisiatif baru yang dapat mengukuhkan lagi jenama Choco Albab.

Katanya, antara langkah utama yang akan dilaksanakan syarikat adalah membuka kemudahan baharu yang mempunyai kapasiti pengeluaran berskala besar dan dilengkapi teknologi terkini.

Langkah itu adalah bagi memastikan syarikat bersedia dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat.



“Kemudahan pengeluaran baharu ini dirancang akan beroperasi pada 2025 dengan barisan pengeluaran yang lebih berskala besar.

“Ia dijangka akan dapat menampung permintaan produk Choco Albab yang kini mempunyai sekitar 21 SKU.

“Selain itu, 2025 juga akan menjadi tahun kebangkitan kepada syarikat dengan pelbagai perancangan produk baharu,” katanya

Said Saiful berkata, kemudahan baharu itu juga dapat menyokong langkah syarikat dalam memasarkan produk Choco Albab ke pasaran luar negara.

Beliau berkata, langkah meningkatkan eksport produk Choco Albab dapat mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Dengan strategi ini, Choco Albab yakin dapat membawa nama Malaysia ke persada dunia melalui produk coklat berkualiti tinggi.

“Malah kesedaran pengguna yang semakin cenderung menyokong produk Halal telah memberi impak positif kepada Choco Albab.

“Gelombang boikot terhadap produk import di beberapa negara bukan sahaja meningkatkan jualan tetapi juga menonjolkan potensi besar.

“Choco Albab bukan sahaja jenama coklat, tetapi juga simbol kebanggaan tempatan.

“Dengan fokus kepada pembangunan komuniti, inovasi produk, dan pengembangan pasaran, Choco Albab berhasrat untuk menjadi peneraju dalam industri coklat Malaysia dan pesaing utama di peringkat global,” katanya.

Sistem Jualan Berasaskan Ejen

Choco Albab terus membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan melalui program keagenan. 

Sistem ini memberikan platform untuk menjana pendapatan tambahan, terutamanya bagi golongan muda, wanita, dan suri rumah.

Sistem ejen antara saluran penting untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan pendapatan tambahan, Dengan komisen sehingga 42%, sistem ini adalah antara yang tertinggi di pasaran. 

Yuran keahlian agen hanya RM30 dan sudah boleh berniaga di mana-mana platform pilihan. 

Tidak perlu beli barang dulu. Tidak perlu simpan barang. Semua ‘direct’ ke HQ yang akan uruskan penghantaran.

Dengan unjuran untuk melahirkan lebih ramai Crown Leader pada tahun 2025, Choco Albab bertekad untuk terus menyemarakkan semangat keusahawanan di Malaysia.

Dengan kejayaan yang dicapai dan perancangan yang menjanjikan masa depan yang cerah, Choco Albab kini berdiri sebagai jenama yang bukan sahaja memberikan kebahagiaan melalui produk berkualiti, tetapi juga melalui peluang keusahawanan yang mengubah kehidupan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Choco Albab atau program keagenan, boleh layari https://chocoalbab.asia/.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2