Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort, Riang Ria Ramadan - Tak lama lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Bulan puasa nanti, sesekali gantung kuali la, berbuka puasa di luar bersama keluarga dan rakan-rakan tercinta. Salah satu lokasi berbuka puasa korang boleh pergi ialah Buffet Ramadan Bangi Golf Resort dengan pakej yang berpatutan dan banyak kemudahan serta lebih 100 menu hidangan disediakan.
Setiap tahun Buffet Ramadan Bangi Golf Resort ni la nad pergi. Memang puas hati dengan makanan, tempat yang selesa dan sesuai berbuka dengan keluarga dan rakan-rakan. Tahun ni BGR perkenalkan menu baru dari Arab dan Kemboja.
Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort, Riang Ria Ramadan
Buffet Ramadan BGR tahun ini kembali dengan tema yang cukup meriah, Riang Ria Ramadan! Nikmati suasana penuh keceriaan sambil menjamu selera dengan pelbagai hidangan enak yang pastinya menggamit selera. Dengan tema istimewa ini, menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga penuh dengan kenangan manis bersama keluarga dan rakan-rakan.
Harga Buffet Ramadan Bangi Golf Resort
Dewasa : RM68.00+ u
Kanak-kanak : RM34.00+
Tarikh Buffet Ramadan Bangi Golf resort
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025 untuk pengalaman iftar yang tidak dapat dilupakan.
Hidangan Buffet Ramadan
Menu yang menjadi pilihan ramai mestilah Kambing Golek ni. Daging Kambing yang lembut, beserta sos blackpepper yang sedap.
Tak lengkap kalau takda Sup Kambing Mamak ni, kuah yang pekat cicah dengan roti memang sedap. Sate jangan dilupa ye. Semestinya setiap tahun Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma menjadi pilihan.
Tahun ini BGR perkenalkan menu baru iaitu Nasi Maqluba, hidangan nasi Arab yang wangi menggunakan beras panjang dan rempah aromatik seperti kulit kayu manis dan jintan, dimasak bersama ayam yang empuk. Tetamu boleh menikmati Ayam Kuzi, hidangan tradisional dari Kelantan dan Johor yang kaya dengan rasa aroma rempah ratus.
Selain Arab, makanan tradisional Kemboja turut diperkenalkan tapi dalam versi Halal. seperti Daging Lok Lak, Ikan Amok, Kari Ayam Kemboja dan banyak lagi dengan kolaborasi bersama Chef Selebriti Kemboja, Chan Kanha (Best Female in MasterChef Cambodia Season 1).
Chef Chan Kanha juga memperkenalkan pencuci mulut Kemboja yang memukau seperti Kek Beras Pandan dihidangkan bersama Gula Melaka Kemboja, puding beras, jagung kukus, kek beras keladi bersama kelapa parut dan banyak lagi. Datang sini mesti rasa tau.
Bukan itu sahaja, ada juga makanan western seperti Bebola Daging Ayam bersama Sos Cendawan Bawang Putih, Spageti Laksa Kering, Spageti Pad Thai, dan sup yang menyegarkan seperti French Prawn Bisque yang dihidangkan bersama roti.
Dan macam-macam lagi hidangan yang ada.
Pelbagai kuih-muih juga dihidangakn, memang pening nak pilih yang mana, semuanya sedap. Uniknya ada Talam Sago Dinda yang dihidangkan dalam bermacam variasi seperti hijau, kuning, dan merah.
Pencuci mulut gaya Barat ini pasti akan menambahkan keceriaan untuk semua peringkat umur dengan adanya stesen masakan langsung Spanish Churros yang dihidangkan bersama marshmallow dan sos coklat buatan sendiri.
Kanak-kanak sukala soft-serve aiskrim, ABC, cendol, bertih jagung karamel, dan gula-gula kapas ni. Meriah ye makanan dekat sini.
BGR menyediakan sehingga 800 tempat letak kereta percuma dan juga kemudahan surau lelaki dan wanita yang luas untuk semua tetamu. Tak pernah ada isu, setiap tahun berjalan dengan lancar je.
Komitmen dari BGR terhadap kualiti terbukti melalui pensijilan HALAL JAKIM sejak 2009 dan pensijilan HACCP sejak 2021, dan memastikan piawaian kebersihan dan keselamatan makanan berada di tahap yang tinggi.
Buat tempahan sekarang!!
Harga diskaun tersedia untuk tempahan secara berkumpulan dan luar waktu puncak. Boleh dibeli melalui laman web di: https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2025/. Semua harga tertakluk kepada 6% SST.
Untuk maklumat lanjut:
Nama : Bangi Golf Resort
Alamat : No. 1 Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Koordinasi GPS : 2.95716N, 101.76518E
Tempahan & pertanyaan :1700 - 821 - 457
Email : enquiry@bgrrest.com
Laman Web : https://bgrrest.com/ramadhan-buffet-2025/
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Tik Tok : tiktok.com/@bangigolfbgr
Add your comment