Egg-stra Ong Marrybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar - Korang, nad nak bagitau ni, Marrybrown kembali dengan menu Egg-stra Ong sempena Tahun Baru Lunar. Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal terkemuka kegemaran Malaysia, Marrybrown®, membawa kembali menu bermusimnya, Egg-stra Ong! Mulai hari ini, pelanggan di seluruh negara dapat menikmati hidangan yang lazat dengan limpahan sos telur masin dan rempah ratus yang pasti menggamit selera

Siapa yang suka makan telur masin tu, hah kenala datang ke Marrybrown dan rasai menu ni. Ada banyak pilihan menu Egg-stra Ong yang korang boleh pilih.

Egg-stra Ong Marrybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar


Tahun Baru Lunar mengumpul generasi keluarga bagi meraikan permulaan baharu yang penuh dengan harapan. Menu Egg-stra Ong, yang bukan hanya sekadar hidangan tetapi ia merupakan sebahagian daripada tradisi perayaan yang menyatukan kekeluargaan.

Special Menu Egg-stra Ong


Apa specilanya menu Egg-stra ong ni? hah, kalau korang nak tau menu ni dilimpahi dengan sos telur masin yang enak dengan gabungan rempah ratus, Egg-stra Ong direka untuk menambat selera dan mencipta pengalaman pemakanan yang sempurna. Gabungan dengan pelbagai pilihan yang menarik, pelanggan boleh menikmati.


Kita dah rasa dah menu Egg-stra Ong ni, kali ni sos telur masin tu memnag banyak. Rasanya yang pedas manjah gitu. Takde la pedas sangat, anak-anak pun boleh makan. Rasa rempah telur masin tu tau. Pekat sos dia, puas hati la juga.

Menu Egg-stra Ong


Antara menu Egg-stra Ong korang boleh cuba
🥣 Egg-stra Ong Mashed Bowl (harga bermula dari RM6.88): Kentang lenyek berkrim yang dilimpahi sos telur masin dan ketulan ayam
🍔 Egg-stra Ong Spicy Burger Combo (harga bermula dariRM18.38): Burger, kentang goreng dan jus oren Minute Maid®
🍗 Egg-stra Ong Chicken Combo (harga bermula dariRM20.38): ada ayam, kentang lenyek dan salad sayur
🍗🍔🍟 Egg-stra Ong Box Meal (harga bermula dari RM24.88): 1 ketul Ayam Egg-stra Ong, Egg-stra Ong Spicy Burger, kentang goreng, dan jus oren Minute Maid®
● 5-pc Ong Bucket (harga bermula dari RM55.88): Sesuai untuk keluarga, ada 5 ketul Ayam Goreng MB® dengan sos telur masin, 4 keping Chicken Fillet, 6 ketul Nuggets, dan tiga cawan jus oren Minute Maid®


Korang cepat-cepat serbu Marrybrown tau, dan rasai menu Egg-stra Ong ni. Bawa keluarga dan rakan-rakan makan bersama. Dalam budaya Malaysia, makanan adalah simbol kegembiraan di setiap perayaan. Menu dengan kelazatan telur masin yang dapat mengeratkan kemesraan dan mencipta kemeriahan tahun baru lunar dengan setiap hidangan di musim perayaan ini.

Marrybrown bukan sahaja Halal malah sentiasa menyediakan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi bagi menikmati pengalaman dan pemakanan yang sempurna. Sebab tu Marrybrown mempunyai  melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Apl MB, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 

Instagram: Marrybrownmy
TikTok: Marrybrownmy
Threads: Marrybrownmy
YouTube: Marrybrown TV
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2