Hari Apresiasi Farhanah Tamat Tadika Kemas - Macam baru je haritu awak keluar dari perut mommy, tengok-tengok dah besar dah. Anak yang tak banyak ragam semasa berpantang, anak yang selalu ikut peraturan, anak yang semangat nak pergi sekolah dan anak yang selalu nak nampak cantik macam puteri. Y, itulah Farhanah. Macam baru je masuk sekolah, tengok-tengok dah nak habis tabika, tahun depan dah masuk darjah 1. Begitu pantas masa berlalu. Macam biasa, sekolah sekarang siap ada buat konvo lagi untuk habis sekolah. Untung budak sekarang. Minggu lepas adalah Hari Apreasasi Tabika Kemas Pandan Jaya, macam biasa dia teruja dan bangun awal pagi ye.
Mommy teruja sangat bila adik nak konvo dengan baju jubah tu, tapi jadi sedih sebab tak dapat pergi. Syarat majlis hanya salah seorang ibu atau bapa sahaja boleh datang dan kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh datang. Baru nak gembira, terus jadi sedih tan dapat tengok kak ngah. Daddy la tolong wakilkan. Tapiii…..hah nad tetap juga dapat tengok dan pergi, nak tau macam mana? Hah baca sampai habis.
Hari Apresiasi Farhanah Tamat Tadika Kemas
Hari Sabtu lepas bertarikh 4 Januari 2024, Majlis Apresiasi Tabika Kemas Pandan Jaya telah diadakan di Auditorium Hospital Ampang. Ya, majlis ni masuk hospital ye, pertama kali juga la pergi majlis dalam hospital. Tak sangka dalam hospital boleh sewa dewan macam ni. Mungkin untuk majlis tertentu sahaja. Auditorium takla besar mana, sebab tu terhad hanya mak atau bapa je datang. Macam biasa, Farhanah teruja sangat, siap bangun awal pagi, nak mintak makeup ye. Mommy pun layankan je dengan gincu semua. Pagi tu Daddy yang pergi ke majlis Farhanah. Mommy sedih tak tengok anak mommy ambil sijil.
Nad pesan dekat Mr Mafia, ambil video dan gambar banyak-banyak. Nak post dekat whatsup story..hahaha. Pagi tu sampai hospital, diaorang sarapan dulu. Farhanah siap makan sikit-sikit sebab takut lipstick hilang..hahaa.
Mr Mafia dengar arahan ye, dia ambil gambar, ambil video semua bagi dekat nad. Walaupun tak berapa lawa, takpela ye..huhu. Mr Mafia ada bawa DSLR dia. So dia ambil ala kadarnya je dengan telefon. Kalau nad, mestila video, gambar hah semua ambil.
Lepastu dalam pukul 9.30 pagi Mr Mafia whatsup, cakapla, "sayang nak datang boleh je. Ni ada orang lain bawa baby, ada yang dua-dua parents datang". Haishh, kalau tau dari pagi lagi ikut je. Masa Mr Mafia whatsup tu nad bagitau penat nak kelam kabut nak mandi dan siapkan si adik lagi. Jadi tak pergi la kot.
Dalam pukul 10.30 pagi whatsup Mr Mafia, Farhanah dah buat persembahan belum. Mr Mafia cakap belum, nak datang boleh je. Masa tu dah fikri nak datang ke tak, nak datang ke tak. Lepas fikir, terus decide nak pergila tengok anak buat persembahan. Kelam kabut semuanya. Lepastu tempah grab. Nasib baik rumah ke Hospital Ampang dekat je.
Sampai je sana, sempat tengok kak ngah buat persembahan tapi tak sempat tengok dia ambik skroll sijil tu. Takpela, ok la dapat tengok dia buat persembahan. Kak ngah pun seronok tengok mommy, kakak dengan adik datang. Semangat dia buat persembahan.Waktu ni pun dah nak habis majlis, okla datang last minit.
Dapatla bergambar kak ngah dengan baju konvo sambil pegang scroll tu. Tapi sedih tak dapat belikan dia sejambak coklat..hehehe.
Masa ni terkenangkan kakak dia, Fariza takda semua ni sebab masa tu covid. Sedih kakak dia. Takpe kakak, nanti kakak ada juga konvo macam ni. Jangan putus asa ok.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Kak ngah dah nak masuk darjah 1 dah tahun 2025. Semoga jadi anak yang berjaya. Terima kasih Cikgu Ema dan Aunty Ina mendidik dan mengajar anak-anak Tabika Pandan Jaya sehingga pandai membaca dan mengira. Semoga Allah rahmati cikgu semua.
Tahniah anak mommy Farhanah, sekejap je dah besar ye. Selamat masuk ke alam persekolahan alaf baru nanti.
Add your comment