Pakej Haji 2025 MKM Travel - Siapa je yang tak teringin nak pergi haji bila duit dah cukup, kan? Impian besar setiap Muslim – nak jejak kaki ke Tanah Suci, tengok Kaabah depan mata, dan laksanakan rukun Islam yang kelima. Bayangkan bila duit dah cukup, akhirnya impian menunaikan haji tercapai. Perasaan tu mesti tak tergambar – rasa syukur, teruja, dan sebak, semuanya bercampur-baur. Ada yang berniat nak menunaikan haji dan tengah survey Pakej Haji ke? Kalau ya, MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai Pakej Haji yang lengkap, selesa dan memudahkan ibadah Haji korang. 

MKM Travel menawarkan pelbagai Pakej Haji, di mana jemaah boleh memilih mengikut pakej mengikut kesesuaian dan keperluan mereka. Mudahkan bila semua diuruskan, jemaah hanya tak perlu pening kepala lagi, hanya fokus pada ibadah haji sahaja. Pengendalian yang sangat bagus dari MKM Travel buat ramai yang memilih perkhidmatan mereka.

Pakej Haji 2025 MKM Travel 





Memiliki pengalaman lebih 13 tahun dalam menguruskan perjalanan haji dan umrah, MKM Travel sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik mengutamakan keselesaan, kebajikan, dan kepuasan para jemaah. Ibadah haji bukan sahaja memerlukan persiapan fizikal tetapi juga rohani. Oleh itu, pakej yang dibuat MKM Travel dirancang dengan teliti untuk memastikan perjalanan ibadah Haji berjalan dengan lancar, selesa, dan memberi peluang kepada para jemaah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Pakej haji MKM Travel merangkumi penerbangan, penginapan di hotel-hotel yang strategik, berdekatan dengan Masjid, mempunyai fasiliti lengkap bagi memastikan keselesaan dan kemudahan sepanjang perjalanan ibadah, bimbingan lengkap panduan sepanjang mengerjakan Haji dari mutawwif yang berpengalaman serta kemudahan-kemudahan lain untuk memastikan para jemaah dapat beribadah dengan tenang dan fokus semasa menunaikan Haji.

Lebih 100,000 Jemaah Haji & Umrah telah diuruskan oleh MKM Travel, dan semuanya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. 

Siapa yang layak untuk memohon pakej Haji MKM Travel

Kategori 1: Telah mendapat tawaran haji.

Kategori 2: Masih menunggu giliran dan ingin membuat rayuan.

Kedua-dua kategori diatas layak untuk mendaftar pakej Haji MKM Travel

4 Pakej Haji 2025 MKM Ticketing Travel & Tours



MKM Travel menawarkan 4 Pakej Haji iaitu

1) Pakej Salam 

Harga: bermula dari RM54,900 / 5 pax
Tempoh Perjalanan +/- 40 Hari
Penginapan & Lokasi:
* Mina: Khemah Muassasah (Muassim), selesa dan sesuai untuk ibadah di Mina.
* Mekah: Rayannah Hotel, hanya +/- 400m dari Dataran Masjidil Haram – mudah untuk berulang-alik ke masjid.
* Madinah: Millenium Al-Aqeeq, cuma +/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi – sangat dekat untuk beribadah dengan tenang.


2) Pakej Menara Jam

Harga : bermula dari RM75,900 /4 pax
Tempoh Perjalanan +/- 40 Hari
Penginapan & Lokasi Strategik:
* Aziziyah: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina hanya +/- 400-500m).
* Mekah: Movenpick Hajar (Cuma +/- 50m dari Dataran Masjidil Haram – sangat dekat!).
* Madinah: Millenium Al-Aqeeq (Jarak +/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)


3) Pakej Safa

Harga : bermula dari RM115,000 /4 pax
Tempoh perjalanan +/- 20 Hari
Penginapan & Lokasi
* AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
* MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
* MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

4) Pakej Firdaus

Harga: bermula dari M275,000 /2 pax
Tempoh Perjalanan +/- 18 Hari
Penginapan & Lokasi
* AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
* MEKAH: Dar Tawhid Intercont. (+/- 10m dari Dataran Masjidil Haram)
* MADINAH: Oberoi Medina (+/- 10m dari Dataran Masjidil Nabawi)

MKM Travel Pengelola Jemaah Haji



Nak pergi Haji ni bukan murah, banyak kes penipuan Haji yang terjadi, sedih ye bila kena tipu. Hati dah teruja nak pergi tapi lesap semua tu. Jadi, jemaah yang nak menunaikan Haji perlu mencari syarikat yang berdaftar dan dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

MKM Ticketing Travel & Tours juga adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia. Syarikat ini juga mula mendapat lantikan bagi membawa jemaah Haji sejak 2016.

Kenapa perlu memilih MKM Ticketing Travel & Tours



- Memberi penginapan yang terbaik
- Memastikan perjalanan yang lancar
- Pengurusan yang cekap
- Harga berpatutan
- Kecekapan (Perkhidmatan Profesional)
- Fleksibiliti (Pilihan kepada pelanggan)
- Altenatif (Memberi altenatif yang sesuai mengikut citarasa pelanggan)

Kelebihan memilih MKM Travel

1) Petugas Berpengalaman dan Pembimbing Ibadah Haji Yang Berilmu & Berpengalaman

- Berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci
- Menjaga kebajikan jemaah dan berusaha memastikan perjalanan yang tersusun.
- Pasukan MKM Travel sentiasa bersedia untuk membantu jemaah, sama ada dalam urusan sebelum perjalanan, semasa berada di Tanah Suci, mahupun selepas pulang. 

2) Perjalanan Selamat



- Pengurusan cekap bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik.
- MKM Ticketing Travel juga menyediakan insurans perlindungan untuk perjalanan selamat pergi dan balik.

3) Barang Hadiah Haji

Para jemaah akan mendapat pelbagai barang hadiah Haji seperti beg pakaian, beg sandang, beg bimbit, beg kasut, beg & sejadah, beg uncang, tag beg & kipas tangan, buku Panduan Haji, bantal leher, Kain Ihram / Mini Telekung, botol wudhuk, tasbih digital

4) Hotel Dekat

- Mengikut pakej atau permintaan dari pelanggan. Hotel bertaraf 4 atau 5 Bintang mengikut harga yang berpatutan.

5) Khemah di Arafah dan Mina





- Khemah, makanan/minuman dan kenderaan serta jadual pergerakan, ketibaan dan kepulangan dibawah kelolaan Mashariq.
- Melaksanakan ibadah Sunnah Tarwiyah pada 8 Zulhijjah

6) Panduan Visa

- Menguruskan visa umrah dan visa pelancongan bagi memudahkan urusan perjalanan anda

7) Ziarah dan Lawatan



*Bergantung kepada perubahan semasa

Ziarah Makkah: Sekitar Masjidil Haram, ziarah Hudaibiyah dan Jaaranah.
Ziarah Madinah: Sekitar Masjid Nabawi, ziarah Quba’, Uhud, Khandaq dan kedai kurma.
Lawatan Luar: Lawatan luar bagi majlis makan dan ceramah agama.

8) Pengajian Kelas Agama


- Kursus Haji Intensif di Tanah Air sebelum berangkat ke Tanah Suci
- Kuliah agama dan ulangkaji Manasik Haji sepanjang berada di Tanah Suci
- Soal jawab Haji di bawah bimbingan Guru Agama sepanjang ibadah Haji

Pandangan Jemaah yang menggunakan khidmat MKM Travel


Ramai yang bagi pandangan positif dan berpuas hati dengan perkhidmatan MKM Travel ni. Ni antara yang nad baca.







MKM Travel sedia membantu merealisasikan impian sesiapa sahaja yang ingin menunaikan Haji.Mementingkan kualiti terbaik, MKM Travel komited memberikan perkhidmatan premium kepada ribuan jemaah dalam memastikan perjalanan haji yang lancar dan bermakna.

MKM Travel sentiasa memastikan agar semua jemaah dapat merasai pengalaman kerohanian yang lebih baik, dapat memberi fokus penuh kepada ibadah dengan bantuan mutawwif berpengalaman. Tempah sekarang untuk pengalaman haji yang sempurna!

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari:
Contact : 011-11214188
Telefon: 03-78316740 / 03-78313740 / 019-7000079
Email : haji@mkm.my
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2