Pengalaman Menginap Di Rekta Habitat Pulau Gadong Melaka - Haritu kitaorang bercuti ke Melaka, dalam senyap-senyap suami dah booking penginapan ye. Bila sampai tempat penginapan tu, nad teruja sangat. Tak sangka ya dekat Melaka ada satu penginapan dengan suasana yang tenang dan mendamaikan macam dekat kampung. Betul-betul "hidden gem" tempat ni dan sesuai untuk staycation dengan pengalaman menenangkan jauh dari kesibukan kota. Nama penginapan ni pun sesuai la dengan tempatnya iaitu Rekta Habitat. Rekta Habitat, sebuah lokasi penginapan dengan konsep cabin villa, menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati suasana damai dan udara segar seperti di kampung.
Masuk je dalam perkarangan Rekta Habitat ni, tengok suasana hijau menyelubungi kawasan ini dan memberikan rasa ketenangan. Dikelilingi pokok hijau yang rimbun, angin sepoi-sepoi bahasa, ditambah pula dengan bunyi burung berkicau—memang terasa dekat dengan alam semula jadi. Best gila!
Pengalaman Menginap Di Rekta Habitat Pulau Gadong Melaka
Nak pergi ke Rekta Habitat ni senang je, buka Google Maps, taip “Rekta Habitat Melaka”, dan ikut je arah yang diberikan. Dari Kuala Lumpur, perjalanan ke Rekta Habitat mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit hingga 2 jam bergantung kepada trafik. Kalau jalan lancar, boleh sampai lebih cepat!
Konsep Cabin Villa yang Unik dan Cantik
Keunikan Rekta Habitat terletak pada konsep penginapannya yang berasaskan cabin villa. Setiap unit direka dengan sangat cantik dan unik, menampilkan interior yang moden tetapi tetap mengekalkan elemen semula jadi. Terdapat pelbagai jenis bilik yang ditawarkan dengan harga yang berbeza.
Masa ni suami yang pergi daftar untuk ambil kunci bilik. Kitaorang tunggu dekat lobi dia ni. Lobi pun cantik dan selesa macam ni. Suka betul la tengok.
Harga dan Pilihan Bilik
Rekta Habitat menawarkan beberapa jenis penginapan dengan harga yang berbeza mengikut saiz dan kemudahan bilik. Di sini ada Pool View, Street View, Garden View, Corner View, dan Farm View
Selain itu terdapat juga sebuah Rumah Melaka yang boleh dijadikan tempat penginapan bagi mereka yang inginkan pengalaman menginap dalam suasana rumah tradisional Melayu.
Suami nad booking untuk 1 Bedroom Suite, yang dilengkapi dengan satu bilik tidur, satu bilik air, ruang tamu, meja makan serta balkoni yang luas.
Kemudahan asas yang disediakan termasuk tempat minuman, seterika, pengering rambut, tempat seterika, tuala dan sejadah. Tapi dekat sini takde berus gigi dan ubat gigi, hanya ada sabun mandi sahaja. Jadi, korang kene la bawa toiletries tu.
Nad suka dengan biliknya sangat selesa, bersih, wangi dan dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan maksimum.
Kolam Renang Luas
Salah satu keistimewaan utama di Rekta Habitat ialah kolam renangnya yang besar, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Bagi nad, memilih tempat penginapan dengan kemudahan kolam renang adalah satu keutamaan kerana ia menjadikan percutian lebih menyeronokkan, terutamanya jika bercuti bersama anak-anak.
Mini Farm untuk Pengalaman Alam Semula Jadi
Selain kolam renang, satu lagi tarikan menarik di Rekta Habitat ialah mini farm yang terdapat di dalam kawasan ini. Walaupun tidak terlalu besar, ia cukup untuk memberikan pengalaman menarik kepada kanak-kanak yang ingin melihat dan berinteraksi dengan haiwan seperti kambing, ayam dan itik. Aktiviti ini pastinya menyeronokkan bagi mereka yang jarang berpeluang mendekati haiwan ternakan.
Sarapan Pagi dengan Sentuhan Tradisional
Untuk sarapan, Rekta Habitat menyediakan nasi lemak bersama kuih-muih tradisional dihantar terus ke bilik dalam bakul rotan, memberikan pengalaman ala kampung yang unik. Hidangan ini bukan sahaja menarik dari segi penyampaian, tetapi juga sangat sedap.
Mempunyai Event Space
Bagi mereka yang merancang untuk mengadakan majlis atau acara khas, Rekta Habitat juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti kawasan BBQ, surau, tandas, dewan serbaguna serta kawasan luas yang sesuai untuk majlis perkahwinan, majlis korporat, team building dan family gathering.
Lokasi Strategik
Rekta Habitat bukan sahaja menawarkan pengalaman staycation yang menarik, tetapi juga mempunyai lokasi yang sangat strategik. Ia hanya mengambil masa 5 minit untuk ke Pantai Klebang dan 20 minit untuk ke Bandar Melaka, menjadikannya tempat penginapan yang ideal bagi mereka yang ingin meneroka keindahan bandar bersejarah ini.
Secara keseluruhannya, percutian di Rekta Habitat memang best. Sesuai sangat bercuti dengan keluarga di sini. Dengan suasana yang mendamaikan, kemudahan yang lengkap serta pengalaman unik yang ditawarkan, tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Korang yang nak bercuti ke Melaka, jangan lepaskan peluang untuk menginap di Rekta Habitat – sebuah destinasi staycation yang pasti tidak akan mengecewakan!
Untuk Tempahan
Untuk tempahan atau maklumat lanjut boleh layari
Webiste: www.rektahabitat.com
Contact : +6010-5518058
Email: rektahabitat@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/therektahabitat
Instagram: https://www.instagram.com/rektahabitat/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@rektahabitat
Cantiknya banyak tempat boleh ootd tu.
ReplyDelete