Warong Che Limah Meru Klang, Konsep Warung Klasik - Warung ni dah lama viral, tapi nad baru nak pergi. Biasalah, selalu kalau area kampung sendiri memnag lambat sampai. Selalunya kalau balik kampung, suami tak tidur sana, jadi susah nak pergi ke sana sini sebab kenderaan takda. Nad ada lesen, tapi tu la lesen hanya di kad..hahaa. Nak bawa kereta belum berani. Memandangkan haritu anak buah nak kawin, jadi sempatla pergi ke Warung Che Limah ni. Dulu warung ni dekat Jalan Kapar, lepastu dah pindah ke Jalan Jambu.
Nad pergi pagi dalam pukul 7.30 pagi macam tu nak bersarapan di sana. Punyala nad fikir sampai tu beratur ke tak ye. Panjang ke beratur nanti..haishh, dahla bawa si kecik ni. Takut dia meragam pulak.
Tapi alhamdullillah, masa nad sampai, memang ramai tapi takdala sampai beratur kena tunggu lama. Mereka menyediakan tempat duduk untuk yang menunggu. Walaupun perlu beratur tapi masih bergerak. Memang tak lama pun, sekejap je. Mungkin orang dah pergi dulu masa viral kan. Sebab tu nad suka pergi lambat sikit takdela kena beratur lama kan.
Warong Che Limah Meru Klang, Konsep Warung Klasik
Korang boleh tengok, konsep kedai ni dengan tema klasik dengan kain batik dan barang-barang antik yang ada. Kedai takdala besar mana, cuma kedai tepi jalan macam biasa je. Yang membuatkan dia tertarik sebab konsep klasik itu. Tapi makanan macam mana pula ye? Adakah klasik juga?
Semasa masuk dalam warong tu, korang dah kena order makanan terus. Ahli keluarga lain boleh cari tempat duduk.
Makanan Nad Order
Ni antara makanan yang nad order
Roti Benggali Goncang
Lama nak makan roti yang atasnya ada telur cair di tengah ni. Rasanya manis sebab ada kaya, tapi bila makan dengan telur cair tu sedap sahaja. Roti tebal dan telur dibuat tu memang telur yang nad suka. Bergoncang-goncang telur tu ye kalau digoyangkan..hahahaha.
Lempeng Che Limah
Teringat dulu-dulu masa kecik, mak kerap buat lempeng, tak kisahlah makan waktu pagi atau petang. Kenangan sungguh kalay dapat makan lempeng ni. Nak buat senang je sebenarnya tapi kadang malas tu menguasai diri, maka tak jadila dia..hahaa. Lempeng ni memnag sedap makan dengan sambal ikan bilis, memang terbaik. Sambal ikan bilis dekat sini rasanya manis pedas tapi takde pedas sangat.
Telur Gedik
Lepas makan ni terus rasa gedik tau..hahaha. takla, nama dia je telur gedik. Sarapan pagi memang wajib makan telur gedik ni.
Paratha Janda Gedik
Nad sendiri tak faham kenapa nama makanan ni macam ni..hahaha. Makanan ni ialah Paratha dengan kuah kari ayam yang pekat kuahnya dan telur cair di atasnya. Pertama kali rasa, sedap juga walaupun manis.
Roti Ciss
Untuk anak-anak diaorang makan Roti Ciss ni. Roti dalamnya sosej dan diletakkan sos diatasnya. Biasalah budak-budak memang suka makan macam ni. Diaorang pun suka makan lempeng juga.
Harga Berpatutan
Bagi nad harga dekat sini sangat berpatutan dan takda mahal mana. Berbaloi dengan menu yang disediakan.
Didengdangkan Lagu Klasik Dengan Seruling
Menariknya selain tema dia klasik, mereka juga menyediakan muzik yang dimainkan dengan seruling dengan lagu klasik. Memang layan la muzik tu dengan suasana warong ni. Tenang je waktu makan sambil imbau nostalgia dahulu kala.
Parking yang banyak
Korang jangan risau bab parking, sebab dekat sini parking luas dan mudah. Walaupun ramai orang, tapi untuk parking memang ada. Kalau pergi hujung minggu tu datangla awal.
Bolehla korang cuba makan dekat sini. Nad datang sini mudah sahaja, korang buka google maps dan taip Warong Che Limah, hah nanti dia bawa la sampai ke kedai. Selamat mencuba.
nampak klasik juga makanan nya tu hehhehe...sedapnya bila la nak sampai jenjalan belah sana...
ReplyDelete