Buffet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson - Beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Pastinya ramai yang sedang mencari lokasi berbuka puasa yang menarik dengan suasana yang tenang serta menu yang pelbagai pada harga yang berpatutan. Kalau korang nak menikmati pengalaman iftar yang unik di tepi pantai, Klana Beach Resort Port Dickson adalah destinasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Pastinya Buffet Ramadan Klana Beach Resort menjanjikan pelbagai hidangan lazat dengan harga yang berpatutan.

Kali kedua nad datang ke Klana Beach Resort, suka dengan suasana dekat sini. Betul-betul di tepi pantai Port Dickson. "Buffet di Tepi Pantai", sambil makan, sambil dengar bunyi ombak. Rasa tenang je kan. Tahun ni Buffet Ramadan Klana Beach Resort berlainan dengan tahun lepas. Lagi meriah menu Buffet Ramadan diaorang. 

Buffet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson 



Tahun ini, Klana Beach Resort Port Dickson mempersembahkan Buffet Ramadan bertemakan "Merentasi Tradisi", yang membawa pelbagai sajian autentik dari setiap negeri di Malaysia bermula 3 Ramadan sehingga 28 Ramadan 1446H ( 4 Mac -29 Mac 2025 ). Dengan 14 gerai khas yang menyajikan hidangan istimewa dari seluruh negara, para tetamu pasti dapat menikmati kepelbagaian rasa yang menggamit nostalgia.

Pelbagai hidangan disediakan, Kibas Golek, Makanan utama dan  hidangan dari 14 Negeri di Malaysia



Tarikan utama disini ialah Kibas Golek, yang terkenal dengan dagingnya yang lembut, berjus dan dipanggang sempurna. Nad suka sangat, rasanya unik ditambah dengan sos blackpepper tu. 



Tidak ketinggalan, Sup Kibas, yang kaya dengan rempah ratus, memberikan kehangatan dan keenakan yang pasti memikat selera. 



Gulai kawah perlu dicuba juga, sedap ye.

Kelainan Buffet Ramadan tahun ini di Klana Beach Resort ialah, korang dapat menikti pelbagai juadah tradisional yang mewakili keunikan setiap negeri, menjadikan pengalaman berbuka lebih bermakna. Hidangan dari Timur ke Selatan, Utara ke Barat, makanan Sabah dan Sarawak pun ada juga. Mana yang belum pernah makan ambuyat, hah dekat sini ada tau, korang boleh cuba. 






Para tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan antaranya masakan warisan Negeri Sembilan antaranya Rendang Pucuk Maman, Ikan Keli Mask Lemak Cili Api dan Kepayo Masak Lemak. 

Rendang Pucuk Maman tu dekat sini je boleh jumpa, dengan Kepayo Masak Lemak tu. Masih teringat sampai sekarang ye. 









Pelbagai lauk pauk dari live stall seperti Pasembor, Nasi Lemuni, Laksa Johor, Laksa Kelantan, Gulai Patin Tempoyak, Ambuyat, Mee Kolok, Peknga Pisang, Emping beras, Urap jagung, Pecal, Nasi Lemuni.



Nampak ambuyat je i terus ambik. Dah lama nak cuba makan ambuyat ni, akhirnya dapat juga dekat Buffet Ramadan Klana Beach Resort ni. Tak tau la rasa dia sebenar dia macam mana, tapi ambuyat ni nad makan sedap je. Campurkan semua sayur dan ikan singgang tu dengan bahan lain dan makan telan terus. Takdala rasa pelik. Korang kalau nak rasa boleh berbuka puasa dekat sini.



Mee kolok sedap nad suka. Rasa rempah semua ada.



Satu lagi hidangan unik nad pertama kali rasa ialah Peknga Pisang dan Emping beras dari Perlis ni. Baru tau ada hidangan ni. Rasa manis dan sedap.









Bukan itu sahaja, ada juga pelbagai lauk lain yang ada dengan kerabu dan ulam-ulaman serta kurma turut disediakan.





Selain lauk pauk, ada juga pencuci mulut dan minuman disediakan. Kuih muih, kek, buah-buahan, air panas dan air sejuk disediakan. Banyak pilihan ada.



Dekat sini pun ada goreng-gorengan seperti jumput-jumput ni. Cantik manis je tukang masak ni berpakaian tradisional.

Persembahan Gamelan



Persembahan muzik tradisional gamelan turut dimainkan ketika berbuka puasa nanti.Sambil makan sambil layan muzik ni.

Kemudahan Lengkap di Klana Beach Resort


Klana Beach Resort turut menyediakan kemudahan seperti surau untuk solat dan tandas yang selesa, memastikan para tetamu dapat menunaikan ibadah dan terawih dengan mudah selepas menikmati hidangan. 



Selain itu, suasana pantai yang mendamaikan menambahkan lagi keistimewaan pengalaman berbuka puasa di sini. Tempat makan yang selesa, luas dan mempunyai khemah diluar, berbumbung sesuai untuk iftar beramai-ramai tanpa perlu sesak.

Harga Buffet Ramadan Klana Beach Resort


Dewasa : RM69.00
Kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya ; RM35.00

Harga istimewa (early-bird) serendah RM60.00 sahaja untuk dewasa sebelum 1 Ramadan
ini.

Pakej Penginapan Ramadan 2025 Klana Beach Resort PD




Bagi mereka yang ingin menginap, Klana Beach Resort turut menawarkan pakej Ramadan eksklusif, yang membolehkan tetamu menikmati hidangan berbuka atau bersahur sambil berehat di penginapan yang selesa. Ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menikmati ketenangan pantai sambil merasai kelazatan hidangan tempatan.









Resort ni mempunyai bilik yang selesa dan menyediakan kemudahan lengkap seperti iron, hair dryer, tv, mini peti sejuk, dan lain-lain. Plaing nad suka, di sini menyediakan telekung, kain pelikat dan sejadah yang bersih untuk pengunjung solat. Dalam laci pun disediakan Al-Quran.



Dekat sini ada swimming pool tau. Jadi kalau bercuti masa bulan puasa tu boleh berendam dalam swimming pool..hehee

Tempahan Buffet Ramadan Klana Beach Resort PD



Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Buffet Ramadan yang unik ini di Klana Beach Resort Port Dickson. Dengan suasana yang menenangkan, hidangan yang lazat, serta layanan mesra, pastinya ia akan menjadi satu pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan.

Klana Beach Resort Port Dickson
Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia

Untuk tempahan boleh hubungi
06-648 7888 / 016-661 9030 (Alin ) / 016-661 9050 (Mike)/ 016-661 6089 (Ayu)

info@klanabeachresortpd.com.my / sales@klanabeachresortpd.com.my

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2