AEON MALL Seloka RAYA bersama Tom and Jerry! -  Seronok tengok dekorasi raya setiap dekat setiap mall. Pelbagai rupa dan bentuk yang ada. Hah, AEON Mall pun tak ketinggalan dengan dekorasi raya. Tahun ni, AEON Mall bawa kelainan sedikit dengan dekorasi yang menyeronokkan dan mengasyikkan dengan Tom and Jerry. 

Comel je kan dekorasi AEON Mall Seloka Raya ni bersama Tom and Jerry. Penuh warna warni dan sangat la insta-worthy. Boleh OOTD banyak kali. Bawa anak-anak lagi suka diaorang. Pada masa sama, mak ayah boleh shopping persiapan raya dekat situ. 

AEON MALL Seloka RAYA bersama Tom and Jerry! 





Seloka RAYA eksklusif ini akan membawa anda kembali ke memori indah zaman kanak-kanak dengan dekorasi interaktif bertemakan Tom and Jerry versi tempatan. Pengunjung boleh menikmati suasana yang dihias indah sambil mencipta detik-detik istimewa bersama duo kartun kegemaran mereka.

Ganjaran Menarik Menanti Anda! 


Untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna, AEON MALL menawarkan penebusan eksklusif edisi terhad: 

1) AEON MALL x TRACEY Micro Bag – Diperbuat daripada bahan lestari, beg mikro eksklusif ini boleh ditebus dengan perbelanjaan RM1000 (Bukan Ahli) / RM800 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama. 

2) Mug Edisi Khas Tom and Jerry – Mug: RM680 (Bukan Ahli) / RM580 (Ahli AEON) dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama. 

3) Peket Duit Raya: RM280 (Bukan Ahli) / RM180 (Ahli AEON) dalam dua resit gabungan pada hari yang sama. 

Parade Seloka Raya



Parade Seloka RAYA Pertama di Malaysia! Buat pertama kalinya di Malaysia, AEON MALL membawakan Perarakan Seloka RAYA, menampilkan maskot kesayangan kita, Mochi & Orange, dalam busana tradisional perayaan! Saksikan kemeriahan perarakan ini di 28 lokasi AEON MALL, menceriakan suasana perayaan anda! 

Meet & Greet Tomand Jerry



Meet & Greet bersama Tom and Jerry! Jangan lepaskan peluang bertemu & bergambar dengan duo legenda ini di lokasi tertera di atas. 

Jom meriahakn AEON Mall Seloka Raya ni.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2