Anak Nombor Dua Seorang Yang Keras Kepala Dan Pelik Ke? Ini Fakta Menarik Tentang Anak Nombor Dua - Selalu sahaja orang akan cakap, anak nombor dua ni pelik ye? Lain dari yang lain dengan anak sulung dan anak nombor tiga dan seterusnya. Anak nombor dua ni boleh dikira penyeri kepada keluarga, selepas anak sulung. Anak sulung adalah kawan bila ada anak nombor dua ni. Dalam sesetengah kes, anak kedua dilihat sebagai pelengkap kepada keluarga, memberikan perspektif yang berbeza dan membawa kebahagiaan dan kehidupan kepada rumah.
Macam nad, mempunyai dua orang anak perempuan yang memang berlainan sifat. Betul la orang cakap, perangai orang ni berbeza, takkan sama. Apa yang nad tengok, anak kedua ni lebih menonjol dan berkeyakinan berbanding anak pertama. Yela, bila tengok Fariza, sangat lembut dan mendengar kata, masuk Farhanah, macam-macam ragam dibuatnya