Pameran Pelancongan Saudi di IOI Mall Putrajaya - Ada yang berhasrat ingin membuat umrah atau merancang percutian dan menjelajah keindahan dan keunikan Arab Saudi? Kunjungi Pameran Pelancongan Saudi di IOI Mall Putrajaya. Pameran Pelancongan Saudi yang pertama seumpamanya, diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority, STA) bermula dari 28 Ogos hingga 1 September.
Hah, cuti merdeka ni kalau jalan-jalan ke Putrajaya, bolehla singgah ke Saudi Travel Fair ni. Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67, terdapat tawaran eksklusif seperti beli satu tiket SAUDIA, dan dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua, serta pelbagai hadiah, tawaran lain disediakan. Masa ni la korang berpeluang menjelajahi keindahan Arab Saudi! Nad dah pergi ye, memang best tau.