Showing posts with label Bufet Ramadan 2023
hai assalammualaikum

Buffet Ramadhan 2023 - Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Raikan Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah - Alhamdulillah, masuk hari keenam kita berpuasa. Ada yang masih mencari lokasi Buffet Ramadan untuk berbuka puasa? Hah, korang boleh datang ke Buffet Dewan Bakuet MBSA, Shah Alam.

Raikan kedatangan bulan mulia dengan menikmati Buffet Ramadhan 2023 dengan tema ‘SELERA NUSANTARA’ yang  ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA pada kali ini. Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.
hai assalammualaikum

Byffer Ramadan 2023 : MAHA BUFFET Iftar Terbesar Di Malaysia 2023 - Untuk pertama kalinya, tahun ini, MAHA Buffet Iftar terbesar di Malaysia diadakan di MAEPS, Serdang. Projek MAHA BUFFET ini melibatkan dua otai dalam dunia FNB iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. 

Mereka yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong giant bakar & western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini. Projek MAHA BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm – 9.30pm di Dewan C, MAEPS Serdang. 
 hai assalammualaikum

Buffet Ramadan MZ 2023 Bertemakan Citarasa Antarabangsa Dengan Harga Berpatutan - Bulan Ramadan hampir tiba, mesti ramai tak sabar nak tunggu Ramadan kan. Ramadan ni mesti ada yang tercari-cari tempat Buffet Ramadan yang sedap, murah dan pastinya selesa untuk berbuka puasa. Yela, dalam sebulan tu mestila nak bawak orang tersayang buka di luar, dan paling senang makan buffet, sebab ada banyak pilihan makanan yang disediakan. Korang boleh pergi ke buffet Ramadan MZ bertemakan Citarasa Antarabnagsa.

Tahun ini MZ akan adakan di 3 buah Dewan MZ iaitu 
1) MZ Garden Hall Bangi
2) MZ D'Tasik Hall Uniten dan terbaru
3) MZ Fountain Hall, Kg. Sg. Ramal Luar, Kajang

Tahun lepas nad pergi ke MZ Gaden Hall Bangi, memang cantik dan selesa tempatnya, makanan pun sedap-sedap belaka. Baca komen, ramai puashati dengan tempat dan makanan yang disediakan. Tahun ni, yang dah pergi boleh pergi ke dewan baru pulak, manakala yang belum pergi, pilih 3 dewan ni dan pergi berbuka puasa. Nak pergi tiga-tiga dewan pun boleh..hehee.
hai assalammualaikum

Buffet Ramadan 2023 Di Menara Kuala Lumpur Bertemakan 'Citarasa Asli' - Syok kan berbuka puasa sambil menikmati panorama Kuala Lumpur waktu sunset dan malam hari. Bulan Puasa kali ni boleh bawak orang tersayang berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 288 meter dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menyelerakan. 

Buffet Ramadan Menara Kuala Lumpur tahun ini bertemakan ‘Citarasa Asli daripada Dato’ Chef Ismail’ di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.
hai assalammualaikum

Buffet Ramadan 2023, Selera Juadah Kampung Di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur - Bila masuk bulan pausa, semestinya teringat juadah kampung, teringat masakan ibu dan nenek. Masakan ibu, nenek la yang sentiasa dirindui. Jangan risau, korang boleh nikmati kepelbagaian hidangan Selera Juadah Kampung di Thyme PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Tapi bukan juadah kampung sahaja ada tau, ada makanan laut segar serta sushi.

Masa ni la berbuka puasa bersama rakan atau keluarga dengan menikmati hidangan yang lazat yanga da di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Dengan suasana yang tenang dan selesa ketika berbuka puasa.
 hai assalammualaikum

Buffet Ramadan : Hidangan 1001 Rasa Di The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur - Dalam bulan puasa, mesti kita sibuk nak membeli belah kan untuk persiapan raya. Mana yang suka shopping di Sogo dan Jalan di Tuanku Abdul Rahman dan yang berdekatan, dan mencari tempat berbuka puasa, apa kata rancang berbuka di The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur. Lagi senang kalau booking dulu, dah selesai shopping terus berbuka puasa di The Grand Campbell Hotel.

Kedudukan di lokasi Hotel yang strategik di mana ia berhampiran denagn Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks Sogo menjadikan hotel ini menjadi tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan.
 hai assalammualaikum

Jom Iftat Ramadan Di Bangi Golf Resort : Pelbagai Aneka Bufet Ramadan Disediakan - Pejam celik pejam celik, dah nak dekat bulan puasa. Semoga kita diberi kesihatan yang baik menjalankan ibadah puasa nanti. Ok, nad nak kongsi dengan korang, tempat untuk iftar Ramadan nanti bersama orang tersayang. Bila bulan puasa je, nad memang wajib datang ke sini untuk berbuka puasa. Hah, mana lagi kalau bukan Bangi Golf Resort. Nad kongsikan hidangan yang ada di BGR.

Tahun ni, 2023, Bangi Golf Resort (BGR) menyediakan pelbagai Bufet Ramadan makanan dan minuman yang semestinya sedap dengan tawaran harha yang berpatutan. Memang suka datang ke BGR, sebab tempat yang luas dan selesa untuk berbuka.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2