Buffet Ramadan 2024 Klana Beach resort Port Dickson - Sajian Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan - Baru-baru ni nad merasai sendiri keenakan Buffet Ramadan 2024 di Klana Beach Resort, Port Dickson. Mana tau sesekali nak berbuka puasa dengan menginap di resort, dengan panaroma yang cantik, hah, Klana Beach Resort la sesuai untuk korang. Tahun ini Buffet Ramadan mereka bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan.
Hanya mengambil masa 1 ke 2 jam untuk ke Klana Beach Resort. Boleh sahaja waze akan terus ke resort ni. Kalau korang nak tau, Klana Beach Resort ni terletak bersebelahan dengan Kompleks Baitul Hilal. Nad suka dengan suasana resort ni sebab betul-betul berdekatan dengan pantai. Memang rasa nyaman dan damai sahaja.