Showing posts with label Buffet Ramadan 2025
Buffet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson - Beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Pastinya ramai yang sedang mencari lokasi berbuka puasa yang menarik dengan suasana yang tenang serta menu yang pelbagai pada harga yang berpatutan. Kalau korang nak menikmati pengalaman iftar yang unik di tepi pantai, Klana Beach Resort Port Dickson adalah destinasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Pastinya Buffet Ramadan Klana Beach Resort menjanjikan pelbagai hidangan lazat dengan harga yang berpatutan.

Kali kedua nad datang ke Klana Beach Resort, suka dengan suasana dekat sini. Betul-betul di tepi pantai Port Dickson. "Buffet di Tepi Pantai", sambil makan, sambil dengar bunyi ombak. Rasa tenang je kan. Tahun ni Buffet Ramadan Klana Beach Resort berlainan dengan tahun lepas. Lagi meriah menu Buffet Ramadan diaorang. 
Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya, Sajian Warisan Bonda - jom korang, planning bebruka puasa di Park Inn Radisson Putrajaya. Menyambut kehadiran Ramadan yang penuh keberkatan, Park nn by Radisson Putrajaya memeprkenalkan buffet Ramadan Sajian Warisan Bonda di RBG Restaurant, yang menawarkan lebih daripada 100 hidangan istimewa. 

Promosi ini akan berlangsung dari 2 Mac hingga 28 Mac 2025, memberi peluang kepada para tetamu untuk merasai kelazatan sajian tradisional yang diwarisi turun-temurun. Paling menarik, setiap tetamu juga turut berpeluang memenangi Duit Raya bernilai RM5,000 melalui cabutan bertuah!
Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort, Riang Ria Ramadan - Tak lama lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Bulan puasa nanti, sesekali gantung kuali la, berbuka puasa di luar bersama keluarga dan rakan-rakan tercinta. Salah satu lokasi berbuka puasa korang boleh pergi ialah Buffet Ramadan Bangi Golf Resort dengan pakej yang berpatutan dan banyak kemudahan serta lebih 100 menu hidangan disediakan. 

Setiap tahun Buffet Ramadan Bangi Golf Resort ni la nad pergi. Memang puas hati dengan makanan, tempat yang selesa dan sesuai berbuka dengan keluarga dan rakan-rakan. Tahun ni BGR perkenalkan menu baru dari Arab dan Kemboja.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2