hai assalammualaikum

Hidangan Chinese Muslim Yang Lazat Di Bukit Jalil - Haritu Nad dengan Mr mafia ke Bukit Jalil atas urusan kerja. Dah alang-alang dekat Buki Jalil, ada kawan rekemenkan satu tempat makan dekat Taman Puncak Jalil. Ni kali pertama kitaorang pergi masuk ke kawasan yang ada perumahan dan kedai. Sebelum ni kalau pergi Bukit Jalil, kitaorang sampai Stadium je. Kitaorang tak biasa dekat kawasan situ, tapi disebabkan kawan cakap makanan situ sedap, kitaorang pun wazela dan cari tempat tu. Memang senang, bila waze je terus sampai Restoran tu.


Tengok dari luar, kedai biasa je, tapi yang biasa tu jela kadang sedap kan..Selalu kalau makan tengahari, kitaorang suami isteri lebih suka makan-makanan yang berlauk, iaitu ada nasi, sayur, ayam atau ikan. Kitaorang suami isteri memang suka makan..hehee..Restoran yang nad pergi ni merupakan Restoran Blue Ginger Chinese Muslim Food. Nad ada berborak dengan owner restoran ni, dia kata restoran dia tengah diubahsuai. Ooo..patutla banner dia guna kain je..Takpela yang penting makanan sedap, tu dah puas hati..Pekerja dia pun layan ok je.

Untuk menu, korang mesti agakla macam mana kan bagi yang biasa pergi Restoran Chines Muslim ni. Tapi dekat sini berbeza sedikit menu dia. Ada makanan yang nad tak pernah rasa dekat mana-mana Restoran Chinese Muslim. Ada banyak menu special dekat sini, ada bergoreng ada stim dan pelbagai masakan seafood yang ada. Banyak sangat menu pilihan. Rasa nak order semua je. Ok meh nad tunjuk lauk pauk yang order dan dihidangkan. Memang menusuk hidung bau dia yang sedap ni. Perut pun dah tak sabar nak menelan makanan ni..hehee

Salted Egg Squid. Ni pun pertama kali nad makan. Selalunya nad makan goreng tepung, udang yang disalut tepung dan goreng. Tapi yang ni, sotong yang disalut dengan telur masin. patut rasanya ada masin sedikit. Tapi sedap.

Beef With Ginger And Spring Onion. Yang ni daging. Daging dia lembut je. Memang menambah makan daing ni.

Four mixed Beans Withe Dried Shrimps And Chilli. Yang ni paling nad suka. Sebab ada petai..hehehe..Ni campuran sayuran iaitu terung, kacang panjang, bendi dan petai, diletak cili padi sedikit.

Broccoli With Assorted Mushrooms. Nad memang suka sayur brokoli ni. Kalau ratah macam tu je pun dah sedap. Ditambah lagi dengan cendawan tu..Aduh teringat balik ni..sedap sangat..

Dry Butter Prawn.
 
Ikan Siakap Tahiland Style. Dia punya kuah menyengat sangat. Memang cukup rasa semua.

Steamed Tofu With Soya Sauce. Ni pertama kali nad makan. Selalu tauhu nad suka goreng je, tapi ni tauhu dengan kuah soya. Lembut sangat tauhu dia. Ni baby Fariza pun suka tauhu dia.

Kam Heong Chicken.
Pandan Chicken. Ni pun pertama kali nad nampak dekat kedai makan. Kesian kan daku semuanya pertama kali. Tapi seronok sebab dapat rasa dekat Restoran Blue Ginger ni. Ayam dibalut dengan daun pandan. Sedap sangat.

Alhamdulillah , memang kenyang teramat dengan jenis lauk pauk yang disajikan oleh Restoran Blue Ginger Chinese muslim Food ni. Bagi nad makanan kat sini memang semuanya cukup rasa, sedap dan tersenarai dalam restoran kegemaran kami suami isteri. Apatah lagi, suami seorang yang cerewet dalam memilih kedai makanan, tapi dia cakap Restoran Blue Ginger ni terbaik dan sedap.Tak heran la ramai pelanggan yang datang makan di situ , silih berganti sebab memang sedap semua makanan dan minuman di sini memang terbaik.



Bagi korang yang nak mencuba boleh pergi ke sini.
Blue Ginger Restaurant Chinese Muslim Food
No 32 Jalan PUJ 3/2 taman Puncak Jalil
43300 Seri Kembangan Selangor
Contact : 012 2102710 ( bro jon )
Facebook: Blue Ginger
Instagram :  https://www.instagram.com/jon_syarilldean/

Open:
Close Isnin

Weekday
Bukak 12pm sampai 3pm
Break sejam setengah
Bukak 4.30pm sampai 10.30pm

Sabtu dan Ahad
Bukak 1pm sampai 10.30pm