Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat - Tersiksa ya bila kena pepijat ni. Sekali dia gigit, habis gatal semua badan, lepas tu badan kaki jadi bekas hitam. Paling benci dengan serangga pepijat ni. Selalu pepijat ni kebanyakan dekat celah tilam tu atau toto. Serangga pepijat ni kecik je, tapi kalau dah gigit darah, terus jadi gemuk. Bila geram, kau pukul je dengan tangan, habis keluar darah dekat badan dia. Nad pernah kena dekat rumah dan rumah sewa. Nak tidur pun tak selesa.
Kita ni tak sedar pun ada pepijat sampaila bila bangun pagi korang tengok seluruh badan korang gatal, awas ya, ini petanda bilik tidur korang diserang pepijat. Kalau korang kene gigit dengan pepijat, habis berbintik badan. Kesan gigitan pepijat ni dahla lambat baik. Memang akan tinggalkan kesan hitam pada kaki atau tempat yang terkena gigitan pepijat.