Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab : Fokus Kembangkan Perniagaan Dan Pemerkasaan Ekonomi Tempatan - Tahniah Choco Albab, coklat jenama tempatan yang semakin dikenali, atas sambutan ulang tahun yang ke-3. Diam tak diam Choco Albab sudah masuk ke 3 tahun dalam dunia pasaran tempatan, dan memperkenalkan produk baharu mereka iaitu Choco Albab Hazelnut Spread..
Acara istimewa ini menandakan tiga tahun usaha gigih dalam membina empayar perniagaan yang bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan, tetapi juga menjadi platform untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan.