Makanan Chinese Muslim, Chopsticks By Muhammad Oon Di Cyberjaya - Tak tau nak makan apa dekat Cyberjaya, hah korang kene cuba makan makanan Chinese Muslim, Chopsticks By Muhammad Oon di Tamarind Square, Cyberjaya. Memang bukan senang nak cari makanan chinese muslim yang sedap tau, haritu nad pergi dekat Chopsticks by Muhammad Oon dan rasa sendiri makanan yang sediakan dan sememangnya semua menyelerakan dan menetapi citarasa semua.
Nak pergi ke sini mudah sahaja, korang waze je, nanti sampai la ke destinasi. Ni pertama kali nad datang ke Restoran Chopsticks by Muhammad Oon di Tamarind Swuare Cyberjaya. Tu pun sebab kawan yang ajak. Nad pun dah lama tak makan makanan chinese muslim, kawan ajak terus on.