hai assalammualaikum
Coklat Callebaut Ruby RB2 Dan Coklat NXT 100% Tanpa Tenusu - Bila nampak je coklat, terus tersenyum riang ye. Siapa yang tak suka coklat kan, ada macam-macam jenis coklat ada. Salah satunya coklat jenama Callebaut ni. Baru-baru ni, Callebaut, pembuat coklat yang menjadi pilihan chef dan artisan coklat (pakar coklat buatan tangan) di seluruh dunia melancarkan coklat gourmet yang inovatif dan serba baharu, iaitu – ruby RB2, NXT Dark dan NXT M_lk – di Malaysia.
Pada hari pelancaran, dapat juga nad merasa hidangan yang disediakan menggunakan coklat Ruby dan NXT ni. Sangat kreatif ye bila mereka menggunakan coklat ni dalam minuman, kek dan lain-lain. Jom nad kongsi berkenaan coklat Ruby dan NXT ni serta hidangan yang disediakan.