Showing posts with label Cuti Sekolah
Klana Beach Resort Port Dickson - Port Dickson ni memang banyak hotel dan tempat menginap yang best. Salah satunya ialah Klana Beach Resort. Nad stay sini pun disebabkan haritu ada buat Buffet Review Ramadan di Klana Beach Resort. Dapatla menginap semalam di sini, pada masa sama dapat gembirakan anak. Sekarang tengah cuti sekolah, elok bawa naak-anak bercuti ke Port Dickson. 

Ingatkan Klana Beach Resort ni biasa-biasa sahaja, tapi best betul suasana tempatnya. Pemandangan dan lokasinya betul-betul di tepi pantai. Nak pergi pantai Port Dickson pun senang, ada tangga disediakan, kita turun dah sampai pantai. Memang lawa kalau nak tengok matahari terbenam.
Pusat Sains Negara : Tiket Percuma Sehingga 2 Jun 2024- Haritu adik, dan kakak-kakak nad datang rumah nad bermalam satu hari dekat rumah nad di Kuala Lumpur ni. Cuti sekolah bermula, diaorang pun datangla bercuti di KL. Dah alanmg-alang datang tu, nad pun bawala diaorang jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur ni. Malam minggu nad bawaj jalan dekat KLCC, dan esoknya hari Ahad, bawa diaorang ke Pusat Sains Negara. 

Nad pun dah lama tak pergi ke Pusat Sains Negara. Masih ingat lagi dulu pergi sebab rombongan sekolah. Sekarang dah ada anak dua baru nak jejak semula. Farhanah dia dah pergi sebab ikut rombongan sekolah tabika dia, Fariza la belum pergi. Hah, memang elokla bila diaorang ni ada semua, kitaorang jalan-jalan ke Pusat Sains Negara. Lagipun cuti sekolah, dapatla bawa diaorang ke sini.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2