Egg-stra Ong Marrybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar - Korang, nad nak bagitau ni, Marrybrown kembali dengan menu Egg-stra Ong sempena Tahun Baru Lunar. Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal terkemuka kegemaran Malaysia, Marrybrown®, membawa kembali menu bermusimnya, Egg-stra Ong! Mulai hari ini, pelanggan di seluruh negara dapat menikmati hidangan yang lazat dengan limpahan sos telur masin dan rempah ratus yang pasti menggamit selera
Siapa yang suka makan telur masin tu, hah kenala datang ke Marrybrown dan rasai menu ni. Ada banyak pilihan menu Egg-stra Ong yang korang boleh pilih.