Showing posts with label Event
Kempen Glucerna® #StartsWithYou : Mengurus Diabetes Dengan Lebih Baik dan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat - Penyakit diabetes atau kencing manis ialah penyakit di mana tahap gula dalam badan terlalu tinggi. Menurut tinjaun National Health and Morbidity Survey (NHMS),dianggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia – atau 15.6% daripada populasi dewasa – menghidap diabetes, dan terdapat ramai lagi yang tidak mengetahui keadaan diabetes mereka. Oleh itu, kempen Glucerna® #StartsWithYou dijalankan bagi mendorong memberi inspirasi dan motivasi kepada penghidap diabetes untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.

Korang tau tak, diabetes yang tidak dikawal boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan secara menyeluruh serta menyebabkan komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan saraf atau buah pinggang. Jadi masa ni la kita perlu ambik tau dan jaga kesihatan kita. Justeru, perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membawa kesan besar dalam pengurusan diabetes dan kesihatan secara menyeluruh.
Jom kita membuat perubahan hari ini.
Pameran Pelancongan Saudi di IOI Mall Putrajaya - Ada yang berhasrat ingin membuat umrah atau merancang percutian dan menjelajah keindahan dan keunikan Arab Saudi? Kunjungi Pameran Pelancongan Saudi di IOI Mall Putrajaya.  Pameran Pelancongan Saudi yang pertama seumpamanya, diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority, STA)  bermula dari 28 Ogos hingga 1 September.

Hah, cuti merdeka ni kalau jalan-jalan ke Putrajaya, bolehla singgah ke Saudi Travel Fair ni. Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67, terdapat tawaran eksklusif seperti beli satu tiket SAUDIA, dan dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua, serta pelbagai hadiah, tawaran lain disediakan. Masa ni la korang berpeluang menjelajahi keindahan Arab Saudi! Nad dah pergi ye, memang best tau. 
Kesedaran Diabetes Mengenai Pengurusan Kendiri Diabetes Menggunakan Aplikasi Pengurusan Diabetes Digital - Korang tau tak, diabetes atau kencing manis boleh menjejaskan warga emas, kanak-kanak, dewasa muda dan ibu mengandung bergantung kepada faktor risiko diabetes individu. Antara faktor risiko termasuk sejarah keluarga yang menghidap diabetes, berat badan berlebihan, mengamalkan diet tidak sihat, pemakanan yang tidak baik, kurang aktiviti fizikal.

Kita tak tau paras gula kita tinggi ke rendah selagi kita tak buat check up kesihatan kita. Perempuan yang mengandung pun boleh dapat diabetes. Kalau tak kawal pemakanan dan hidup sihat, diabetes ni akan menjadi lebih teruk. Sebab tu, kita ni perlu ada pendidikan dan kesedaran tentang diabetes. Jadi, haritu nad join event yang dianjurkan Roche tentang pendidikan dan kesedaran diabetes serta memperkenalkan pengurusan diabetes yang boleh dimanfaatkan.

Diabetes merupakan masalah kesihatan paling cepat berkembang dalam abad 21 ini. 
Pemanis Mulut Sucree Amor Kini Di AEON - Hah nak bagitau ni, sekarang dekat bahagian Delicatessen AEON ada produk baru, pemanis mulut Sucree Amor. Nama pun sedap, apatah lagi pencuci mulut yang disediakan memang sedap dan harga yang sangat berpatutan. 

Nad sendiri hadir ke majlis pelancaran Sucree Amor ni dan merasai pelbagai jenis pemanis mulut dari Sucree Amor ni. 
Pelancaran Safi Youth Gold Retinol, Produk Penjagaan Wajah Anti-Penuaan Terbaik - Kita sebagai wanita, mesti nak sentiasa nampak cantik dan muda. Tapi semakin menganjak usia ni, nak kekalkan raut wajah sentiasa nampak ‘remaja’ memang susah. Korang tau tak, setiap wanita akan melalui proses penuaan kulit yang berbeza. Baru nad tau, dalam penjagaan wajah kita perlu masukkan Retinol dalam rutin harian kita supaya kulit sentiasa anjal. Semalam, nad hadiri pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL produk terbaru Safi yang merupakan produk penjagaan wajah anti-penuaan terbaik untuk semua wanita.

Produk Safi dah lama di pasaran. Safi sentiasa memahami para wanita di luar sana yang inginkan kecantikan. Wanita dan kecantikan berpisah tiada, ia adalah kunci keyakinan seseorang. SAFI YOUTH GOLD RETINOL adalah jawapan untuk para wanita sentiasa nampak muda remaja. 
Ocrevus Pilihan Rawatan Baharu Untuk Pesakit Sklerosis Berbilang- Beberapa hari lepas, nad telah menghadiri satu majlis berkenaan penyakit Sklerosis Berbilang dan pelancaran Ocrevus di mana ia adalah rawatan untuk penyakit ini. Sejujurnya, ini kali pertana nad mengetahui tentang penyakit Sklerosis Berbilang ini. Dikatakan penyakit ini memang jarang ditemui. Alhamdulillah, bila ada Ocrevus, rawatan baharu untuk pesakit Sklerosis Berbilang ini, dapatla pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik.

Jadi, sebagai masayarakat yang peka dengan penyakit ini, nad nak kongsi dengan korang supaya ramai tau dan sedar mengenai penyakit ini dan mendidik masyarakt untuk pencegahan diagnosis awal dan rawatan.
GB Gold Malaysia Perkenal Edisi Khas Rekaan Emas Alif Satar - Sekarang ni emas memang jadi pilihan untuk disimpan dan dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Emas ni nilainya makin lama makin tinggi, jadi orang ramai mula sedar untuk menyimpan emas. Siapa yang suka kumpul emas mesti korang pernah dengar GB Gold Malaysia kan. Haritu nad dijemput ke Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Produk Emas Alif bersama GB Gold Malaysia & Alif Satar. Nampak nama Alif Satar memang nad akan pergi..hehee. Majlis ni bukan sahaja berbuka puasa tapi perkenalkan Alif sebagai duta GB Gold Malaysia dan edisi khas rekaan emas Alif Satar.


Meriah ye majlis, semua yang datang adalah dari penyimpan-penyimpan emas, pelabur GB Gold Malaysia, rakan dalam industri dan terbuka kepada orang awam. Satu dewan penuh tau, menunjukkan ramai sedar bahawa emas tu sesuatu yang penting dalam kehidupan. Kalau dulu emas fizikal jadi pilihan untuk simpanan, tapi sekarang emas berbentuk dinar dan gold bar lebih menairk perhatian.
Huawei Memperkenalkan Produk Inovasi Tercanggih Semasa Pelancaran Creation Of Beauty - Huawei memperkenalkan barisan inovasi tercanggih termasuk MatePad Pro 13.2”, MateBook D 16, FreeClip dan WATCH GT 4 semasa pelancaran Creation of Beauty di The Exchange 106 aras 57. Nad berpeluang menjadi orang pertama melihat sendiri produk terbaru yang dikeluarkan Huawei dan teruja melihat sendiri kehebatan produk tersebut.

Terpegun dengan bentuk dan spesifik setiap produk yang dipamerkan, membuatkan hati ini nak memilikinya. Sesuai la dengan mereka yang bekerja, mampu melakukan pelbagai tugas dengan mudah.
Jingle U.S. Potatoes All The Way Christmas Workshop - Baru-baru nad menghadiri worskhop Jingle U.S. Potatoes All The Way Christmas. Workshop ni menarik tau, sebab banyak aktiviti yang dapat kitaorang buat dan bahan utamanya adalah U.S. Potatoes. Masuk je dalam workshop, semua dihiasi dengan Christmas dan banyak jenis U.S. Potatoes yang ada.

Tak sangka ada banyak jenis kentang, ada U.S Potatoes Russet, Purple Potatoes dan Red Potatoes. Selain itu ada juga produk sejuk beku Kentang U.S dan kentang lenyek segera. Selalunya kentang ni kita goreng dan masak dalam masakan je, tapi sebenarnya pelbagai resepi kita boleh buat dengan U.S. Potatoes ni.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2