Showing posts with label Hari Raya Korban
 hai assalammualaikum

Hari Raya Aidiladha 2023 : Suasana Korban Di Jalan Paip Meru - Alhamdulillah, sekali lagi dapat nad rewang dengan saudara mara terdekat bantu majlis ibadah korban bagi yang membuat korban. Masih umur panjang dapat merasa ni semua. Al-Fatihah bagi yang telah pergi. Tahun lepas, gotong royong korban ni berjalan dengan lancar, tahun ni juga syukur alhamdulillha, berjalan dengan lancar. Ni semua hasil kerjasama dari semua pihak dan mereka yang membuat ibadah korban. Saje nak tunjuk suasana korban di Jalan Paip Meru.

Kita menyambut Hari Raya Aidiladha pada Hari Khamis 29 Jun 2023M bersamaan 10 Zulhijjah 1444H. Dapatla cuti sampai Hari Ahad dekat kampung. Ibadah korban ada juga yang dibuat di surau Darul Amin Jalan Paip. Bagi ibadah korban yang dibuat saudara mara , ialah pada hari Sabtu, 1 Julai 2023 di rumah Cik Gondol, tu nama orang kampung panggil...hehee.
hai assalammualaikum

Hari Raya Aidiladha 2022, Gotong Royong Buat Korban - Pada Hari Ahad 10 Julai 2022 Bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah , kita menyambut Hari Raya Aidiladha, atau dikenali sebagai Hara Raya Haji dan Hari Raya Korban. Alhamdulillah, kita dapat sambut dengan penuh barakah bersama-sama. Selamat Hari Raya Aidiladha nad ucapkan kepada selurun umat Islam. Baru sempat nak cerita pasal Aidiladha, almaklumla, bila raya ni, memang malas nak hadap laptop. Tahun ni, mak, ayah dan adik buat korban, kongsi dengan adik beradik belah mak yang lain.

Macam biasa lauk Hari Raya Korban sama sahaja macam lauk Hari Raya Aidilfitri, lontong, ayam kicap, sayur lodeh dan kuah kacang. Takda lauk ni tak lengkap ye. Nad balik Sabtu malam, nad dapat cuti pun sampai hari Isnin 11 Julai 2022 je. Hari Selasa dah kena balik sebab anak sekolah. Setengah tempat masih cuti lagi, seronok la depa.
hai assalammualaikum

Selamat Hari Raya AidilAdha : Cara Pembahagian Daging Korban - Selamat Hari Raya AidilAdha korang.. Harini baru balik kampung..heheh.. Tak sesak Kuala Lumpur, orang dah balik sebelum raya lagi.. Kita  balik Klang je.. Meriah kawan-kawan sambut AidilAdha,  lagi kawan dekat Kelantan.. Seronok tengok.. Raya ni, makanan dekat rumah pun meriah,  ada lontong, ayam masak kicap,  sayur lodeh dan kuah kacang. Semua adik beradik balik kampung..

Tahun ni, bawa anak-anak tengok sembelih lembu. Tahun-tahun sebelum ni tak tengok.. Biasalah ada sepupu dia,  sepupu yang ajak tengok.. Jadi kita biarkan jela dia pergi. Boleh juga, nad pun pergi tengok.
hai assalammualaikum

Rendang Itik Menu Baru Hari Raya - Lamanya cuti kan. Sakan betul korang cuti ye, nad pun sakan cuti..hahhaa. Dari cuti Merdeka, lepas tu Hari Raya Aidiladha, sambung pulak sampai hari Isnin, Perdana Menteri bagi cuti sebab Malaysia banyak dapat pingat emas untuk Sukan Sea.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2