Cara Menghentikan Tabiat Merokok dengan Pengurangan Tembakau - Bila bercakap berkenaan rokok ni memang kadang-kadang geram je dengan sikap mereka yang tidak ambil endah, ibarat menempah penyakit berbahaya dan tidak hargai nikmat kesihatan. Asap rokok tu bukan sahaja bahaya pada diri sendiri, malah bahaya pada sekeliling terutama sekali pada anak-anak kecil. Ya, bila sekali dah hisap rokok, bukan senang nak berhenti dan ia adalah satu proses yang sukar.
Kita masih boleh lihat berapa ramai perokok-perokok tegar dengan bangganya menghembus asap pembunuh ke udara tanpa memikirkan risiko pada orang sekeliling. Dianggarkan terdapat 1.1 billion perokok dewasa di dunia. Apa sebenarnya yang menyebabkan berlakunya ketagihan merokok ni? Sedap sangat ke rokok ni sampai orang susah nak berhenti dari merokok? Dalam hal merokok ini, asap rokok tu la paling bahaya. Cara untuk mengurangkan kemudaratan ialah berhenti merokok sepenuhnya atau dengan menggunakan alternatif bebas asap rokok bagi perokok tegar.