hai assalammualaikum
Makan Steamboat & Grill Tepi Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah - Hari minggu haritu nad makan Steamboat & Grill di BBQ Lamb KL Kemensah. Selalunya kita makan Steamboat & Grill ni dekat restoran dalam mall dan kedai makan kan, hah kali ni kita makan dekat tepi sungai, istimewa sikit kan. Tempat ni terkenal dengan makan dalam sungai. Waktu malam pula, mereka menyediakan Steambiat & Grill.
BBQ Lamb KL Kemensah ni terletak dekat belakang Zoo Negara. Kalau waze je sampai la ke destinasi. Kemensah juga terkenal dengan tempat mandi manda dan aktiviti ATV. Dah lepas mandi manda tu, bolehla singgah ke BBQ Lamb KL Kemensah makan steamboat dekat sini