Showing posts with label McDonalds
Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Ke-30 Berjaya Mengutip Dana RM500,000 - Tahniah RMHC Malaysia, sekali lagi berjaya menganjurkan Kejohanan Golf Amal yang Ke-30 pada tahun 2023 ini. Sekaligus meraikan pencapaian yang bermakna setelah berjaya mengutip dana RM500,000 bagi menyokong kanak-kanak yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Kejayaan ini tidak hanya mencerminkan semangat kemanusiaan yang tinggi, tetapi juga komitmen dan sokongan masyarakat serta peminat golf dalam membantu RMHC Malaysia dalam usaha memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang memerlukan bantuan. 
McDonald's Malaysia, Tenaga Nasional Berhad Dan GSPARX Jalin Kerjasama Strategik Kurangkan Jejak Karbon melalui Tenaga Boleh Diperbaharui - McDonald's Malaysia mengukuhkan lagi komitmennya melibatkan alam sekitar dan kelestarian, seiring dengan komitmen McDonald's Global untuk mencapai sifar karbon dalam segenap operasinya di peringkat global menjelang 2050. Inisiatif McDonald's dengan memasang solar PV di restoran mereka adalah satu lagi contoh terbaik dalam mewujudkan impak positif ke arah masa depan yang lebih hijau.

Bumbung fotovoltaik solar (PV) merupakan satu teknologi canggih yang mampu mengekalkan tenaga matahari dan mengubahnya menjadi tenaga elektrik yang bersih dan berkesan. 
 hai assalammualaikum

RMHC Malaysia Raikan Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim Di Masjid Al-Qurtubi Sri Segambut Kuala Lumpur - Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Majlis Iftar bersama lebih 100 anak yatim di Masjid Al-Qurtubi Sri Segambut Kuala Lumpur.

Nad berkesempatan menghadiri majlis ini dan turut sama meraikan Ramadan dengan anak-anak yatim ini. Sayu hati nad tengok anak-anak yatim ni semua. Dari raut wajah mereka tiada siapa yang tahu apa yang terbuku di hati. Alhamdulillah, majlis seperti ni, sedikit sebanyak dapat mengembirakan mereka.
hai assalammualaikum

McDonald's Keluarkan Siri Drama Mini "Kau Sundaeku" mendekati Golongan Belia Mencari Pekerjaan - Wah! korang tau tak, McDonald's ada keluarkan siri drama mini di Instagram Reels. Korang dah tengok belum?. Kalau belum, boleh tengok di Instagram Reels McDonalds. Menarik juga tengok jalan ceritanya, kisah anak muda berkongsi pengalaman menarik bekerja di Mekdi.

Sedia maklum bahawa media sosial merupakan medium perantaraan  paling berpengaruh  dari segi keberkesanan dalam menyebarkan maklumat.  Berkongsi apa jua maklumat yang berupa video, berita dan imej secara pantas melalui internet. Media sosial memberi impak yang besar kepada semua terutama kepada golongan belia. 

Disebabkan itu, McDonald's mengambil inisiatif menggunakan media sosial untuk menarik ramai golongan belia dengan mengeluarkan siri drama mini bertajuk "Kau Sundaeku" di Instagram Reels bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai dalam syarikat tersebut. Pergh!! terbaik McDonald's.
 hai assalalammualaikum

Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Kutip Dana Untuk Program ‘Kembali ke Sekolah’ & Majlis Penyampaian Cek Geran Perubatan - RMHC Malaysia yang telah ditubuhkan sejak Februari 1990 sentiasa komited dalam membantu meringankan beban kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Baru-baru ini Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Golf Amal 2022 di Tropicana Golf and Country Resort bagi mengumpul dana untuk program 'Kembali ke Sekolah'. 

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah

Kejohanan Golf Amal ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dalam menjayakan program yang bermanfaat bagi menyokong aktiviti-aktiviti amal kearah kesejahteraan masyarakat.

Pada hari itu juga RMHC Malaysia menyampaikan geran perubatan kepada empat dana kebajikan di hospital terpilih.

 hai assalammualaikum

McDonald's Burger Double Spicy McCrispy Chicken - Dalam banyak-banyak burger McDonald's, nad suka makan burger Double Spicy Chicken McDeluxe. Memang suka beli double, baru puas makan, hehee. Nad memang suka pedas-pedas ni, sebab tu ambik spicy. Haritu masa nak beli Ice blended Green Tea dengan aiskrim Green Tea McFlurry, terus nad beli set makanan punya. Nampak burger baru McDonald's Double Spicy McCrispy Chicken. Dalam hati, sama ke macam double Spicy Chicken McDeluxe nie rk, ermm, takpela, kita cuba beli dan rasa.

Burger Spicy McCrispy Chicken ni ada dua jenis, satu Spicy McCrispy Chicken ( single), satu lagi Double Spicy McCrispy Chicken. Nad beli yang double sebab waktu tu lama sangat, dan masa tu dah lama betul tak makan dekat Mekdi ni. 

 hai assalammualaikum

McDonald's Ice Blended Green Tea Dan Green Tea McFlurry - Benda dah lama, baru nak story dalam blog, begitula yang bernama Nadia ni, hehehe. Almaklumla banyak sangat benda nak buat, termasuk persekolahan anak ni. Takpa, sekarang dah tak sibuk, kita kongsi juga menu McDonald's Green Tea ni.

Ramai post dekat media sosial McDonald's Ice Blended Green Tea ni. Ramai yang kata McDonald's Ice Blended Green Tea ni sedap. Sejujurnya, nad memang suka minum green tea. Paling sedap nad minum air Starbucks..Masuk situ mesti order Green Tea. Bila Mekdi keluarkan menu Green Tea, harusla kita cuba kan. Bukan setakat McCafe Ice Blended Green Tea je kita beli, dengan Green Tea McFlurry kita dapatkan.
 hai assalammualaikum

Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's Yang Ikonik Di Ibu Kota Kuala Lumpur - McDonald's merupakan pilihan ramai untuk makan sambil lepak santai bersama kawan-kawan atau keluarga. Sekarang, McDonald's bukan sahaja untuk duduk santai dan makan, malah boleh meraikan harijadi dan pelbagai majlis. Bila pergi McDonald's wajib pesan set yang ada sekali kentang goreng atau 'Fries". Kentang goreng ni boleh makan di mana-mana atau tuang dalam dulang, lepas tu makan ramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan. 'Fries' ni la kegemaran anak-anak nad sekarang. 

Ada banyak cara makan kentang goreng ni kan, ada makan begitu sahaja, ada makan dengan sos, ada juga makan dengan aiskrim. Disebabkan kentang goreng ni, McDonald’s Malaysia melakar sejarah ibu kota Kuala Lumpur dengan menjadikan ilustrasi kentang gorengnya - “McDonald’s French Fries” - yang terkenal di seluruh dunia sebagai lintasan pejalan kaki di hadapan McDonald's Bukit Bintang.
 hai assalammualaikum
 
McDonald's Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara - Saban hari, kes covid makin hari makin meningkat dan sebagai rakyat yang prihatin, kita perlulah mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan penularan covid ni. 
 
 hai assalammualaikum

McDonald's Malaysia Umum 25 Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI 2021) - Anugerah Guru Inspirasi McDonald's yang ke-5 telah mendapat sambutan dan McDonalds's Malaysia telah menerima lebih 4,000 pencalonan daripada rakyat Malaysia sejak 2 April hingga 18 April 202. 
hai assalammualaikum
 
Kisah Guru Inspirasi : Cikgu Haji Jaffar Bin Othman Dari SMK Tengku Abdullah, Tercalon Dalam Anugerah Guru Inpsirasi McDonald's 2021 - Jasa guru sememangnya sangat besar dan tidak terungkap dengan kata-kata. Bukan mudah untuk guru tetap tabah dan cekal berhadapan dengan karenah pelajar-pelajar dari tadika smpaila ke Universiti. 
 
 hai assalammualaikum

McDonald's Raikan Guru Hebat : Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 -  Rindu waktu belajar, cikgu yang ajar nad ada yang garang, ada yang lembut. Semua tu sebab cikgu nak mengajar anak murid sampai pandai dan menjadi insan yang berguna. Paling best bila tibanya Hari Guru, bagi hadiah dekat cikgu semua. Cara kita hargai cikgu kita selama mereka mengajar. “Guru ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi yang lain” adalah pepatah yang sering digunakan bagi menggambarkan penat jerih para guru dalam mendidik serta berusaha dalam memberikan ilmu yang terbaik kepada para pelajar.

hai assalammualaikum

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's : Kepimpinan Melalui Teladan Menggambarkan Kewibawaan Cikgu Aidil Azahar Bin Ahmad. - Guru, mereka inilah yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak bangsa kita supaya terus mendapat ilmu pengetahuan sama ada ilmu aqli atau naqli. 

 hai assalammualaikum

Percuma 100,000 McCafe Iced Latte Pada Bulan Oktober Sempena Hari Kopi Antarabangsa - Ramai yang suka minum kopi kan. Lagi-lagi kopi McCafe Iced Latte McDonald's Malasysia ni. Nad sendiri pun suka minum air kopi McD ni. Kalau boleh setiap hari nak beli, hahhaa. Ada berita gembira untuk korang yang suka minum air kopi McCafe Iced Latte McD ni. Pada bulan Oktober ni, korang boleh merasai kopi McCafe berasaskan ekspresso berkualiti tinggi secara percuma. 
hai assalammualaikum

Papan Tanda Ikonik ' Mekdi ' Dipaparkan Di Beberapa Restoran McDonald's Di Seluruh Malaysia Sempena Sambutan Merdeka 2020 Dan Hari Malaysia

" Beb, nak lepak mana? Jom Mekdi "
" Sayang, kita makan Mekdi nak "
" Ayah, ibu, dah lama kita tak makan Mekdi "


Ni la ayat yang diguna bila kita dah buntu nak makan apa, tiba-tiba teringat McDonald's Malaysia. Ya, restoran quick service yang cukup sinonim untuk seisi keluarga, tak kira usia, tua atau muda mahupun pangkat. Makan santai bersama keluarga atau rakan-rakan, tempat yang selesa untuk berkumpul. Sambut harijadi atau buat event dekat McDonald's pun best. Kalau nak cerita pasal makan apa best dekat McDonald's Malaysia, eh rasanya banyak yang jadi favourite hehe..
hai assalammualaikum


Kempen ‘Discover the World’ 2020 Dengan Citarasa Jepun, Samurai Burger Kini Kembali - McDonald's Malaysia yang melancarkan kempen tahunannya ‘Discover the World’ dengan kelazatan citarasa Jepun, membawa kembali Samurai Burger dan Shogun Burger yang popular.
hai assalammualaikum

McDonald's Malaysia Hargai Petugas Barisan Hadapan COVID-19 - McDonald's Malaysia menaja makanan untuk kira-kira 50 hospital di seluruh negara secara berkala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

"Ini adalah masa yang mencabar untuk negara, dan kita perlu prihatin dengan petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa untuk kita. Kerana jasa bakti mereka, kita mampu mengawal penularan wabak ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Menyumbang kepada komuniti di sekitar lokasi kami beroperasi adalah sebahagian daripada nilai teras McDonald’s Malaysia. Ini adalah sumbangan kecil kami bagi membolehkan kita mengharungi masa sukar ini bersama-sama, sebagai rakyat Malaysia,” tambah Azmir.


McDonald's Malaysia Menaja Makanan Hargai Petugas Barisan Hadapan Covid-19

Penajaan makanan oleh McDonald's Malaysia di hospital-hospital ini akan memanfaatkan kira-kira 15,000 petugas kesihatan. Selain hospital, McDonald's Malaysia juga membuat penghantaran makanan secara berkala kepada petugas barisan hadapan lain seperti anggota polis dan tentera di seluruh negara.

#KitaBoleh

McDonald's Malaysia telah memulakan kempen mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu padu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ini. Konsep #KitaBoleh yang dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja ketika rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

"Rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan yang tidak menentu, dan inilah masanya untuk kita semua bersatu. Di McDonald's Malaysia, kami ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa melalui semangat #KitaBoleh, kita dapat menangani apa jua cabaran yang datang dan berdiri teguh bersama," kata Azmir.

Azmir juga memberi pengiktirafan kepada pasukan restoran yang bertugas di lapangan sejak permulaan MCO.

"Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pasukan McDonald’s di semua restoran di seluruh negara. Tak dilupa juga penunggang McDelivery yang gigih bekerja memastikan pelanggan dapat terus menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka," tambah Azmir.

Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/.
hai assalammulaikum

Bestnya, Mainan Ikonik McDonald's Muncul Semula, Edisi Terhad Sempena Ulang tahun 40 Happy Meal - Siapa biasa beli kotak Happy Meal!! Selalu beli Happy Meal sebab nak kumpul mainan yang ada dalam tu Banyak dah mainan yang dikeluarkan McDonald's dalam kotak Happy Meal. Kebanyakan mainan yang ada semua best. Hah, korang ingat lagi tak mainan ikonik McDonald's dahulu, Hamburglar, Furbey, Space Jam dan banyak lagi. Kalau korang nak tau, mainan ikonik McDonalds muncul semula dalam set Happy Meal sempena ulang tahun 40 Happy Meal. Yeahh..best kan..Mengimbas semula nostalgia mainan ni tau..


Selama 40 tahun, Happy Meal menjadi simbol perkongsian detik-detik kegembiraan untuk keluarga di seluruh dunia. Bila dapat beli Happy Meal memang gembira sebab nak dapatkan mainan yang ada.


Bagi memperingati peristiwa penting ini, McDonald's Malaysia akan melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal, dengan menampilkan 14 mainan Happy Meal paling popular sejak empat dekad lalu. Surprise Happy Meal boleh didapati di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November ini, selagi stok masih ada.

"Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.

Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia – dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan.








Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad. Ni la antara mainan ikonik McDonalds yang koranga kan dapat.
Cowboy McNugget (McDonald's): 1988
Fireman McNugget (McDonald's): 1988
McNugget Carrier Mail (McDonald's): 1988
Hamburger Changeable (McDonald's): 1989
Grimace (McDonald's): 1990
Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald's): 1991
McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
Hamburglar (McDonald's): 1995
Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
Tamagotchi (Bandai): 1998
My Little Pony (Hasbro): 1998
Furby (Hasbro): 1999
Hello Kitty (Sanrio): 2013


Memang Surprise!!!

Hah, teruja tak. Semestinya teruja kan. Nad pun teruja..hehee.. Bezanya kali ni, setiap pembelian Surprise Happy Meal, korang tak boleh mintak mainan tu atau nampak mainan tu. Kerana ia di masukkan dalam plastik yang bukan lutsinar seperti selalu. Begitu juga pekerja McDonald's, mereka tidak akan tahu, mainan apa yang diberikan kepada pelanggan. Semuanya ada surprise!!!..


Selalunya, kalau kita dapat hadiah, mestila kita teruja apa nak tau dalam tu kan. Hah, samalah konsep McDonald's buat ni..hehee..

"Membuka kotak Happy Meal sering menjadi detik keriangan seisi keluarga, dan ia mewujudkan satu hubungan istimewa antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Bagi kami, Happy Meal bukan sekadar menu yang kami tawarkan – ia juga membantu mewujudkan kenangan terindah atau ‘feel good moments’ di kalangan keluarga,” tambah Melati.



Pelbagai Parti Boleh Dibuat Di McDonald's

Sebut pasal parti, mesti korang terfikir, hanya parti harijadi je boleh buat dekat McDonald's. Oopss..bukan ye, sebenarnya, pelbagai jenis party korang boleh buat dekat McDonald's ni seperti majlis perjumpaan semula, majlis perpisahan, bengkel photographi, office meeting, apa-apa sahaja. Bukan harijadi je tau!!..

Merapatkan hubungan kekeluargaan merupakan sebahagian besar daripada budaya McDonald’s. Melalui Parties @ McD, McDonald's Malaysia menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan di restoran-restoran McDonald’s terpilih di seluruh negara. Sambutan-sambutan ini merupakan peluang bagi orang ramai berkumpul untuk mencipta dan menikmati detik-detik manis bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang.

Selain Parties @ McD, McDonald’s Malaysia juga menyediakan Meetings @ McD dimana para pelanggan boleh menggunakan restoran-restorannya sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat.

Pelanggan boleh menempah restoran McDonald’s sebagai lokasi pilihan untuk parti atau mesyuarat melalui aplikasi McDonald’s, yang boleh dimuat turun di Play Store dan Apple Store, atau di laman web McDonald's Malaysia di www.mcdonalds.com.my.

Banyakkan kelebihan McDonald's ni, bukan sahaja tempat makan, tapi tempat untuk mengeratkan silaturrahim, merapatkan hubungan dan memberi keceriaan kepada orang ramai.
hai assalamualaikum

McDonald's Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak McD Sempena Merdeka - Sempena Bulan Kemerdekaan yang ke 62 dan sempena Bulan Merdeka ini, restoran makanan segera yang digemari rakyat Malaysia iaitu McDonald's meraikan  37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya," Mekdi " sebutan rakyat Malaysia bagi " McD " di samping memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Nasi Lemak McD.


McDonald's Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak McD Sempena Merdeka

Nampak tak perkataan " Mekdi " di belakang nad. Hah!, jangan terkejut, McDonald's tak tukar nama, tapi mereka hanya mengunakan nama samaran itu sempena Hari Merdeka. Macam mana terjadinya perkataan " Mekdi " tu ? Datang dari sebutan orang Malaysia juga la..Selalu kita sebut McDonald's dengan nama pendek sahaja iaitu " McD "..Jadi, McDonald's Malaysia menukar perkataan tu kepada perkataan Malaysia, maka terjadilah " Mekdi "..


Papan Tanda perkataan " Mekdi " ni hanya terpampang di restoran McDonald's Bukit Bintang. Nak tau sebab apa? Sebab McDonalds Bukit Bintang, merupakan McDonald's pertama yang di buka di Malaysia pada tahun 1982. Jadi kalau korang yang lalu lalang dekat sana, bolehla bergambar depan perkataan " Mekdi " tu sebagai kenangan..hehee..

Tak sangka, McDonald's Malaysia dah berusia 37 tahun, dari satu outlet di Bukit Bintang, sekarang dah banyak outlet di seluruh Malaysia. Makanan segera yang menjadi kesukaan orang ramai apabila waktu malas memasak, dan nak cepat..hehee..


"Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald's Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ianya kini sinonim dengan jenama kami," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai



Nasi Lemak McD Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia

Siapa sini suka makan Nasi Lemak? Nad pasti semua orang suka makan Nasi Lemak. Kalau ada orang tanya soalan " apakah makanan kegemaran rakyat Malaysia? "..pasti ramai yang jawab, " Nasi Lemak "..Nasi lemak ni memang dah jadi makanan yang disukai, tidak kira makan waktu pagi, siang atau malam. Nad sendiri, suka makan nasi lemak, dengan sambal yang pedas dan sedap, dengan ada timun, ikan bilis, telur..tengah taip ni pun boleh terliur..hehee.


Disebabkan Nasi Lemak ni, makanan yang  rakyat Malaysia memang makan dan cari, tidak kira di mana pun,  McDonald's Malaysia telah memperkenalkan Nasi Lemak McD, versi hidangan sendiri yang dicintai oleh ramai rakyat Malaysia. Lebih lagi, Nasi Lemak McD ni akan sentiasa ada.


Nasi Lemak McD datang lengkap dengan beras kelapa wangi, ikan bilis yang rangup , timun segar, dan telur goreng, dihiasi dengan sambal pedas. Korang juga boleh tambah sekali dengan  Ayam Goreng McD dan secawan Ais Limau.


Nad dah rasa sendiri Nasi Lemak McD ni, memang sedap sangat. Bagi nad, Nasi Lemak sedap kerana sambal dia, jadi sambal Nasi Lemak McD memang kena sangat. Semua orang cakap sambal Nasi Lemak McD ni sedap. Rasa pedas tapi tak terlalu pedas. Lagi meriah kalau makan Nasi Lemak McD ni bersama keluarga dan kawan-kawan.



Menyertai Petisyen Di Change.org Untuk Menjadikan Nasi Lemak Sebagai Hidangan Kebangsaan Malaysia

Jadikan Nasi Lemak sebagai makanan rasmi Malaysia.

Nasi Lemak adalah makanan yang disukai oleh seluruh rakyat Malaysia, jadi, McDonald’s Malaysia memerlukan 1 Juta tandatangan daripada anda semua untuk menjadikan inisiatif ini suatu kenyataan sebelum Hari Malaysia (16 September 2019).



McDonald's Malaysia telah memulakan petisyen di seluruh negara di Change.org untuk mengadakan perhimpunan untuk Nasi Lemak untuk diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan Kebangsaan Malaysia.
Jom korang,  beramai-ramai menandatangani petisyen ini demi menjadikan Nasi Lemak sebagai makanan rasmi Malaysia!


Pakat ajak keluarga, kawan-kawan, sedara mara, pakwa makwa, semua la untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ni. Korang boleh klik bit.ly/nasilemakmalaysia


McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal.



- Pilihan menu bercitarasa tempatan: Selain menu utamanya, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.

- Penggunaan bahan-bahan tempatan: 80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos – termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

- Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia ( hanya untuk restoran yang dimiliki secara terus oleh Gerbang Alaf Sdn Bhd ): McDonald's Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia, dan syarikat itu komited untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

- Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia: McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia, yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.

- Aktiviti akar umbi setempat: Restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's Malaysa telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.

- Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia: Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

Melati menambah, "Walaupun McDonald’s adalah salah satu daripada jenama global terkemuka, McDonald's Malaysia berbangga menjadi sebuah syarikat yang berjiwa Malaysia. Perniagaan kami memberi tumpuan kepada rakyat Malaysia dan memahami keperluan mereka, sama ada melalui menu kami, kerja-kerja amal atau memupuk bakat kami."

Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's, 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layari, www.mcdonalds.com.my.

hai assalammualaikum

Sambutan Ulang Tahun Ke - 20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM - Khamis semalam, nad sama-sama sambut ulang tahun ke - 20 Rumah Ronald McDonald di HCTM-UKM. Bagi korang yang tak tau, Rumah Ronald McDonald ni merupakan rumah penginapan keluarga pesakit dan pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM ni merupakan rumah penginapan dalam hospital pertama di rantau ASEAN bagi meringankan beban keluarga pesakit pediatrik.


Pertama kali nad tengok sendiri depan-depan rumah Ronald McDonald ni. Nad tengok luar sahaja, tak masuk dalam pun. Rumah ni telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia), dan  hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap di rumah ini.



Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM:
Bayaran penginapan: RM5 untuk satu malam
Bilangan bilik tidur: 19 (boleh memuatkan 19 keluarga dalam satu-satu masa)
Bilangan katil: 57 katil
Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirahat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer
Aktiviti menarik yang dijalankan: Hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan



Sambutan Ulang Tahun Ke 20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Pada haritu, Tun Dr Siti Hasmah turut hadir bagi sama-sama meraikan ulangtahun Rumah Ronald McDonald ni.



Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia ketika mengimbau kenangan merasmikan pembukaan rumah ini 20 tahun lalu berkata, “Saya amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 20 tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan dalam tempoh masa ini, saya terharu dengan komitmen dan sokongan semua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan keluarga mereka.”

Rumah Ronald McDonald ( RRM ) di HCTM-UKM dibina hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat.

Kalau korang perasan, masa korang beli makanan dekat restoran McDonalds, ada tabung sumbangan RMHC Malaysia dekat kaunter order tu. Tu la salah satu cara, Rumah Ronald McDonal ni terbina, hasil sumbangan dari orang awam yang prihatin. Lepas ni korang nampak tabung tu, bolehlah masukkan sedikit duit ke dalam.

Awal pembinaan, RRM di HCTM-UKM telah menelan belanja sebanyak RM2 juta. Sehingga kini, rumah ini telah melalui penaiktarafan dan penambahbaikan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014.


Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata, “Konsep unik ‘home away from home’ rumah ini merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka. Kami juga berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kami boleh memperluaskan lagi program ini untuk dimanfaatkan oleh keluarga pesakit di seluruh Malaysia.”


Kerjasama rapat pihak RMHC Malaysia dengan pelbagai pihak termasuklah syarikat-syarikat korporat, badan-badan bukan kerajaan dan individu-individu telah sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada keluarga dan pesakit kanak-kanak yang menggunakan kemudahan di rumah ini. Selain wang tunai, pihak RMHC Malaysia turut menerima pelbagai jenis sumbangan berupa barangan seperti bahan makanan kering dan basah, barangan keperluan harian dan lain-lain lagi.

Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, “HCTM-UKM sebagai sebuah hospital terkemuka di Malaysia menerima lebih 20,000 pesakit pediatrik setiap tahun. Selain meringankan beban pesakit dan keluarga mereka, kewujudan Rumah Ronald McDonald ini secara tidak langsung meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di sini.”


Pada haritu, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada adik-adik NASOM Maestro Choir dan anak autisme dari PPKI SMK Sentul Utama iaitu adik Muhammad Irfan Bin Makmur.


Ada juga sesi perkongsian ibu bapa dan pesakit yang menginap di Ronald McDonald. Sedih bila dengar kisah mereka. Anak menghidapi penyakit dari kecil sampai sekarang. Masih mendapatkan rawatan di HUKM. Dalam kesedihan ada kegembiraan, di mana ibu bapa dapat duduk bersama anak, teman anak membuat rawatan, dengan adanya Rumah Ronald McDonald ni. Sebab ada sebahagian pesakit yang datang dari jauh. Bagus sangat RMHC buat rumah ni demi keselesaan ibu bapa dan pesakit.


RMHC memberi tumpuan kepada 4 Program Utama

Rumah Ronald McDonald merupakan program global RMHC yang kini menjangkau 370 buah di seluruh dunia. RMHC Malaysia khususnya memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu
- Rumah Ronald McDonald ( menyediakan kemudahan asas penginapan kepada pesakit pediatrik dan ahli keluarga )
- Bilik Sensori Ronald McDonald ( khas untuk kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan rangsangan deria sentuh, pendengaran,penglihatan, rasa dan bau )
-‘Gift of Smile’ ( membiayai kos pembedahan sumbing bibir dan lelangit kanak-kanak )
- Pek Kembali ke Sekolah ( meringankan beban keluarga dengan bantuan berbentuk beg sekolah, pakaian seragam sekolah dan kasut sekolah )

Semua program ini meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Sebab tu sumbangan yang diberikan di tabung derma restoran McDonald's begitu bermakna bagi memberi peluang dan harapan baru kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukannya.


Baru-baru ini, RMHC Malaysia juga telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, untuk meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur.

Korang boleh hubungi cawangan Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur di talian 03-9173 5994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 jika berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2