Showing posts with label Merdeka
 hai assalammualaikum

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sama-sama Hayati Makna Kemerdekaan - Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 64. Setiap 31 Ogos, kita akan sambut bulan Kemerdekaan. Dua tahun kita meraikan Kemerdekaan dengan norma baru disebabkan covid. Tiada perarakan, tiada sambutan yang meriah. Bila fikir balik bagus juga macam ni, sekurang-kurangnya, kita dapat hayati makna kemerdekaan sebenar.
hai assalammualaikum

Tema Merdeka : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta - Lagi dua hari kita nak sambut kemerdekaan. Diam tak diam dah 57 kita menyambut kemerdekaan. Bila kita kenang kembali bagaiman rakyat pada masa dahulu bertukus lumus memerangi penjajah dan berusaha memerdekan negara. Rundingan demi rundingan oleh orang atasan dilakukan untuk memerdekan negara. Semangat nasionalisme mereka sangat kuat demi mempertahankan negara. Dan sekarang lihatlah, Inilah Malaysia, hidup dengan pelbagai kaum, pelbagai adat dan pelbagai bahasa. semoga Malaysia terus aman hendaknya.

"Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"..itulah tema bagi kemerdekaan 57 kali ini. Serangkap ayat yang diambil daripada lagu Allahyarham Sudirman "Warisan". Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarham Sudirman. Seorang penyanyi yang tersohor ketika dulu dan membuat konsert di Chow Kit Road dihadiri oleh beribu orang. Suaranya yang sedap, membuatkan dirinya dikenali oleh semua orang. Bila tengok video Allahyarham menyanyi , cara dia menyanyi tu seolah-olah dia berada di tempat itu dan dia menghayati lagu itu dengan sebaiknya. Seperti lagu " Tanggal 31 ",  Lagu itu menjadi popular sehingga hari ini disebabkan kehebatan Allayarham membawa lagu tersebut.

Satu ayat nad amik dekat blog seorang kawan. 

"DI SINI, di tanahair tumpah darahku ini..lahirnya sebuah cinta nan murni abadi lagi sejati. Di sini tersemai rasa cinta yang bercambah, mekar berkembang laksana pokok bunga yang berbaja - menjadi WARISAN.

Andaikata aku terbuang tak diterima...
Andaikata aku disingkirkan akibat perbuatan anasir-anasir 'pemecah-belah' negara!"
 



Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita-cita

Bercambah menjadi warisan



( korus )



Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini



Betapa...

Dibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki



Aku...

Bukanlah seorang perwira

Gagah menghunus senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini



Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan





Salam kemerdekaan yang ke 57 nad ucapkan. Semoga negara kita terus aman dan tiada anasir luar yang boleh mengoncangkan keharmonian kita. Tetapkan iman dan kuatkan hati supaya kita tidak terpengaruh dengan nasir luar. 
<
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2