hai assalammualaikum
Percutian Hari Raya Di Port Dickson - Pada kebiasaannya apabila menyebut sahaja ‘Hari Raya’, pastinya semua akan teringat kampung halaman masing-masing. Tidak sah kalau Hari Raya tidak disambut di kampung bersama keluarga dan sanak saudara dalam tradisi musim perayaan yang dipanggil 'balik kampung'. Sebab tu raya in Malaysia ni kita dapat menikmati keseronokan walau di mana sahaja kita berada. Namun kini, ramai di kalangan kita yang suka menyambut Hari Raya dengan sedikit kelainan – iaitu ber’hari raya’ sambil bercuti. Ia sememangnya bukan sesuatu yang baru, tetapi semakin menjadi trend masa kini. Banyak tempat Malaysia yang kita boleh bercuti, dan salah satu tempat menarik ialah Port Dickson. Port Dickson ada banyak tempat menarik sekarang, dan nad sendiri dah rasainya, memang seronok. Kalau korang nak bercuti di Port dickson, korang boleh menggunakan website atau apps Traveloka, dan start buat booking secara online dengan mudah.
Port Dickson, Negeri Sembilan ialah destinasi pelancongan yang telah lama terkenal di Malaysia. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang panjang dan telah dibangunkan dengan berbagai kemudahan pelancongan seperti resort dan aktiviti menarik untuk disertai. Port Dickson bukan seperti dahulu, ada pantai sahaja, malah sekarang ada beberapa tempat yang boleh korang kunjungi.
1) Pantai Blue Lagoon
Jadi apa yang ada di Port Dickson, hah semestinya Pantai Blue Lagoon. Blue Lagoon adalah satu kawasan pantai Port dickson yang menarik.Pantai ini terletak di dalam teluk kecil berhampiran Cape Rachado, hanya 18 Kilometer dari bandar Port dickson. Air laut di sini cetek dan tenang sebab pantai ini dilindungi oleh teluk membuat tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bermandi laut.Terdapat aktiviti pelancongan dan mempunyai banyak hotel dan resort untuk penginapan percutian korang.Terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Tanjung Tuan dan pelancong dapat melihat hidupan liar seperti tupai, monyet dan burung. Pada waktu malam, korang boleh nampak lampu suluhan Rumah Api Cape Rachado merentas air laut.
2) Alive 3D Art Gallery
Salah satu tempat yang nad akan masuk dalam list. Sebab belum pergi lagi..hehhe..Tapi memang akan pergi sebab menarik untuk anak-anak. Alive 3D Art Gallery merupakan sebuah galeri 3 tingkat yang terletak di Lukut dan menempatkan lukisan-lukisan mural 3D. Lukisan 3D di sini kelihatan ‘hidup’ sekiranya diambil dari posisi yang betul. Disini terdapat lebih daripada 50 buah lukisan untuk pengunjung bergambar.Ada 5 tema dalam ni, iaitu aquarium, adventure, animation, seni dan exotic.
Hah!!, siapa yang suka bergambar, bolehla ke sini.
3) Rumah Api Tanjung Tuan
Rumah Api Tanjung Tuan, rumah Api yang dikelilingi hutan simpan ini telah di bina oleh Belanda pada tahun 1817 dan dikenali dengan nama inggerisnya Cape Rachado. Tempat ini merupakan mercu tanda popular yang sering menjadi tumpuan pelancong yang datang bercuti ke Port Dickson.Rumah api ni dianggap rumah api yan tertua di Negara kita dan dibina pada abad yang ke 16. Sampai disini korang kene mendaki sejauh 700 meter untuk sampai ke puncak tanjung ini. Walaupun agak memenatkan untuk mendaki bukit ini tapi memang berbaloi dengan pemandangan yang akan dilihat dan nikmati. Walaubagaimanapun, untuk berada sesetengah tempat disini seperti di rumah api dan melakukan aktiviti jungle trekking disini perlulah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib.
Ni baru sebahgaian tempat di Port Dickson, ada banyak lagi lokasi yang korang boleh pergi dan enjoy di Port dickson ni selain mandi laut. Kang nad share banyak-banyak, takut korang bercuti sebulan raya dekat Port dickson ni kang..hehehe..Jadi, ni dah beberapa minggu lagi nak raya, nad cadangkan korang book je terus ok..cuti-cuti raya..

Tempat Menarik di Port Dickson

4) Muzium Tentera Port Dickson
Muzium Tentera Darat Port Dickson nad pernah pergi waktu bekerja dulu. Tapi gambar dah hilang..sedih..Muzium tentera darat Port Dickson adalah muzium tentera terbesar di Malaysia. Dah namanya muzium, mestilah ditunjukkan pelbagai jenis kenderaan, barang dan kisah tentera yang berjuang demi negara. Orang ramai dapat mempelajari sedikit mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera negara kita. Pengunjung akan dapat melihat ruang pameran yang dikategorikan mengikut pelbagai era bermula dari Era Kesultanan Melayu Melaka hingga ke hari ini. Antara yang menarik ialah Terowong PKM, Era Portugis dan Belanda, Era penjajahan British dan Pameran Luar dimana berbagai peralatan ketenteraan dipamerkan kepada pengunjung.
5) PD Ostrich Farm
PD Ostrich Showfarm.Korang pernah tengok burung unta kan, tapi tak pernah tengok depan-depan atau pegang burung unta tu kan. kalau korang nak tengok, korang boleh singgah di Pusat Penternakan burung Unta atau dikenali PD Ostrich farm. Tempat ini terletak 9 Kilometer dari Jalan pantai Port Dickson. Di sini, pengunjung boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan serta menunggang burung unta. Antara haiwan lain yang ada ialah keldai, kambing, arnab dan angsa.Best kan, budak-budak mesti suka.
6) Rumah Upside Down
Terletak di deretan rumah kedai, galeri mempamerkan ciri khas rumah seperti bilik tidur, dapur, ruang tamu dan lain-lain dalam kedudukan terbalik, yang menghasilkan kesan foto lucu. Selain itu, terdapat pameran lain yang menggunakan perspektif dan sudut untuk mencipta kesan helah 3D.
Rumah Terbalik ni nad dah pergi, semua barang dalam tu terbalik. Datang sini, sebab tengok orang lain bergambar dengan terbalik. Nak tau macam mana terbaliknya tu..ehhehhee.. Dekat sini bukan sahaja benda terbalik, malah ada juga prop lain yang kelakar..
Korang boleh masukkan dalam list tempat ni ok..