Showing posts with label PRU14
hai assalammualaikum

10 Mei 2018 Malaysia Dengan Kerajaan Baru - 9 Mei 2018, jam 9 malam, start tengok tv, nak tengok pasal pilihanraya ni. Pada masa sama tak sabar nak tau keputusan setiap negeri, siapa yang menang DUN dan siapa yang menang Parlimen. Paling utama sebenarnya, nak tau siapa yang bakal memimpin negara Malaysia ni. Nad tau, bukan nad seorang je yang tunggu depan tv, semua orang tonton tv pada hari tu. Debaran demi debaran bila satu-satu kawasan ditunjukkan siap menang siapa kalah.

Ni memang sejarah, sebab tak pernah-pernah nad tengok depan tv lama-lama sampai ke pagi semata nak tau keputusan Pilihanraya Umum ke 14 ni. Seluruh dunia kot sanggup bersengkang mata nak tau keputusan yang ditunggu. sepatutnya keputusan siapa menang dah dikeluarkan awal, entah kenapa tahun ni, lambat pulak keputusan. Nampak dah dekat situ parti Pembangkang yang menang. Pukul 4 pagi ku tetap bersengkang mata semata nak dengar keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Ingat nak bagitau keputusan siapa menang, rupanya dia bagitau pasal kerusi je, hampeh punya SPR. Dari pengerusi, ke timbalan pengerusi sampaila ke ahli SPR bagitau berkenaan kerusi..huh!!..Kau nampak tak semua orang-orang SPR ni tak boleh nak ucap sebab dah tau pembangkang yang menang. Macam susah sangat..deeyy..


Tapi ada orang cakap SPR dah umum jam 4.49am..entahla, nad tak dengar pun..hahaa. Yesszzaa, Pilihanraya Umum 14 telah dimenangi oleh Parti Pembangkang. Pertama kalinya, Malaysia bersuara untuk menukar memimpin. Cukup dengan pimpinan Pak Jib, yang terlalu menyusahkan rakyat dan negara. Mari kita berubah untuk selamatkan Malaysia. Syukur sangat-sangat, esoknya bangun pagi, dah ada pemimpin yang kita percaya boleh membawa Malaysia terus aman dan maju. Pemimpin yang pernah memimpin negara suatu masa dahulu dan kini dia kembali.

Tun Mahathir Mohamad, ya!!, sudah hampir 15 tahun bersara, dan dia bangkit selepas lihat negara makin kucar kacir. Beliau masuk ke parti pembangkang untuk melawan parti Barisan Nasional.

Detik Bersejarah 10 Mei 2018 Malaysia Baru Dengan Kerajaan Baru

Masing-masing dah buka mata, cukuplah dengan apa yang jadi dan 10 Mei 2018, maka terciptalah sejarah...Bangun pagi esok, macam segar je kepala, bila dapat tau Tun M yang akan memimpin negara. Tun M, cara dia bercakap je dah tau dia bukan cakap kosong, dia cakap guna akal fikiran. Aura dia lain macam sampai menang Pilihanraya kali ni. Bila tengok istiadat angkat sumpah Tun M menjadi Perdana Menteri, terharu rasa, usia dah 93 tahun, tapi masih ingin memimpin negara, ingin bekerja demi anak bangsa tercinta. Rakyat inginkan perubahan negara, mereka tak fikir parti mana pun sebenarnya. Rakyat inginkan pemimpin yang berwibawa, yang mampu membentuk negara ke arah keamanan.






Tun Dr Mahathir Mohamad mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali kedua hari ini susulan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau yang memakai baju Melayu hitam dan bersamping songket hitam keemasan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong ,Sultan Muhammad V, di Istana Negara di sini.

Sebak dan terharu melihat apabila Tun M mengangkat sumpah. Ya, Malaysia sudah baru dengan kerajaan yang baru, tapi di bawah pimpinan orang lama yang lebih arif dan berakal. Ramai rakyat gembira menyambut pembentukan kerajaan pusat yang baharu. Timeline media sosial memang meriah dengan PRU 14 kali ni. Ada yang tak pernah tengok berita, dah tengok berita..hehe..sama lah macam nad..hahaa.

Moga Tun Dr Mahathir, memimpin negara dengan baik dan memperbetulkan apa yang salah. Kepada mereka yang asyik cakap apsl manifesto tu, bersabarlah, Tun M pasti akan tunaikan sedikit demi sedikit. Setiap benda kena buat perlahan-lahan, banyak benda dah rosak ni ..huhu..Hidup Malaysia, I Love PM..
hai assalammualaikum


Pilihanraya Umum 14

PRU 14 : Undilah Dengan Bijak - Wah ramai dah balik ke kampung halaman. Dah macam balik raya. Bersemangat diaorang nak mengundi. Yela 5 tahun sekali je dapat undi, jadi mestilah rakyat nak ambil peluang ni untuk mengundi. Kempen sana sini dah semakin galak nampaknya. Status berkenaan PRU 14 memang dah selalu ada dekat facebook, twitter dan instagram. Nad hanya mampu baca je la. Malas nak campur. Kita undi apa biarlah rahsia..yang penting undi dengan bijak.


Dari hari boleh semak undi, terus cek nad dapat undi dekat mana. Ok sama macam sebelum ni, dekat Sekolah Kebangsaan Meru 2. Lepas tu nad semak lagi, keluar dah siapa calon Parlimen dan calon DUN dekat area situ. Pepandaila kita pilih ye.

Tak cukup pasal parti, pasal tempat mengundi pun boleh jadi cerita dekat timeline media sosial..hahaha. Yela, kebanyakan undi dekat sekolah, diaorang buat status " esok undi dekat sekolah,nak pakai baju sekolah atau baju koko "..eh macam-macamla..hahaha..ada je idea diaorang ni kan.

Malam ni ade pengumuman daripada pengerusi Barisan Nasional. Biasalah esok dah nak undi, ada lagi yang dijanjikan. Pengumuman Besar tersebut adalah:

1) Belia berumur 26 tahun dan ke bawah diberikan pengecualian cukai pendapatan, bermula dari tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta. Bagi cukai pendapatan yang telah pun dibayar pada tahun sebelumnya, akan dikembalikan semula kepada mereka.

2) Cuti peristiwa khas selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 14 dan 15 Mei 2018. Bagi negeri yang bercuti pada Jumaat dan Sabtu, cuti peristiwa khas ini akan jatuh pada 13 dan 14 Mei 2018.

3) Pengecualian tol sebanyak 5 hari untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri  - 2 hari sebelum Hari Raya, dan hari pertama, kedua dan ketiga Hari Raya Aidilfitri.

Yang sebelum ni pun ada, pasal brim, pasal peluang pekerjaan. Tak tau la kan janji ni ditepati atau tak. Jadi ikut hati kita, kalau nak undi, jangan tengok janji-janji ni semua, tapi tengok calon tu memang bekerja betul atau tak. Jangan masa kempen je baru turun jumpa rakyat, bila terpilih, duduk pejabat je..kahkah.

Apa yang perlu dibuat masa Pilihan Raya:

- Bawa Kad pengenalan
- Keluar awal, tapi keluar lambat pun boleh kalau taknak beratur lama. Masa mengundi dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.
- Pakai pakaian yang sopan dan tidak memakai atau membawa barangan yang mempunyai gambar calon, nama parti atau logo.

Panduan Mengundi

- Tunjukkan Mykad
- Dapatkan slip nombor saluran mengundi.
- Serah mykad dan slip semakan kepada KP1.
- Gerak ke KP2 untukcelup jaridengan dakwat biru.
- KP3 akan beri dua kertas undi untuk ahli parlimen dan ahli DUN.
- Gerak ke petak undi dan pilih calon anda dengan tanda X.
- Lipat kertas undi dan masukkan kertas undi ke peti undi.
-Pengundi OKU boleh dibantu oleh seorang yang dipercayai ( warganegara dan 21 tahun ke atas ) untuk membuang undi bagi pihaknya.

Selamat mengundi. Undilah dengan bijak. Pilih pemerintah yang berwibawa, yang boleh mendengar hati rakyat dan memajukan negara. Esok undi bawak Farhanah ok tak, boleh undi cepat, tak perlu beratur..haaha.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2