Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah - Walaupun rumah berdekatan dengan Lotus Ampang, tak semua aktiviti nad tau dekat situ. Pernah pergi Food Thai Festival. Tu pun dah lama. Apa aktiviti dekat Lotus ni memang akan tau lambat. Kita tak follow pun dekat media sosial. Jadi macam mana nad tau ada Pasar Jom Santai Melayu Klasik ni? Itu sebab anak nad sekolah tabika ni dia bagitau. Anak cakap cikgu dia bagitau ada binatang dekat Lotus. Bila dia cakap macam tu, tak lain tak bukan adalah acara dekat Lotus tu, tapi nad tak tau lagi acara apa. Terus buka facebook dan keluarla video diaorang bagitau ada Pasar Jom Santai Melayu Klasik ni. 

Hari minggu tak buat apa-apa, bosan duduk rumah, jadinya, ajakla anak-anak pergi Pasar Jom Santai Melayu Klasik ni. Lagipun anak nak tengok binatang. Jadi layan jela anak-anak ni. Dah cikgu bagitau kan. Nanti kempunan pulak dia. Lagipun dekat je dengan rumah. Kitaorang pergi naik motor sahaja..hehehe.