Pengalaman Menginap Di Rekta Habitat Pulau Gadong Melaka - Haritu kitaorang bercuti ke Melaka, dalam senyap-senyap suami dah booking penginapan ye. Bila sampai tempat penginapan tu, nad teruja sangat. Tak sangka ya dekat Melaka ada satu penginapan dengan suasana yang tenang dan mendamaikan macam dekat kampung. Betul-betul "hidden gem" tempat ni dan sesuai untuk staycation dengan pengalaman menenangkan jauh dari kesibukan kota. Nama penginapan ni pun sesuai la dengan tempatnya iaitu Rekta Habitat. Rekta Habitat, sebuah lokasi penginapan dengan konsep cabin villa, menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati suasana damai dan udara segar seperti di kampung.
Masuk je dalam perkarangan Rekta Habitat ni, tengok suasana hijau menyelubungi kawasan ini dan memberikan rasa ketenangan. Dikelilingi pokok hijau yang rimbun, angin sepoi-sepoi bahasa, ditambah pula dengan bunyi burung berkicau—memang terasa dekat dengan alam semula jadi. Best gila!