REZEKI DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK

in , , by Nadia Johari, 06:21:00
hai assalammualaikum

Rezeki Datang Dalam Pelbagai Bentuk - Mesti korang pernah dengar kisah satu cerita yang orang ni beri duit dekat seseorang yang memerlukan, walaupun waktu tu dia tak cukup duit, disebabkan kesian dekat orang tu, dia bagi duit dia. Lepas kejadian tu, dia dapat berita gembira yang dia bakal dapat duit berlipat kali ganda. Allahuakbar, siapa tak suka dengar berita gembira macam tu. Rasa bersyukur sangat weii..Itulah dinamakan rezeki.


Rezeki datang daripada Allah. Kita hanya membuat perkara yang Allah suka. Bila Allah suka, dia akan bagi ganjaran. Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk, termasuklah rezeki kawin dan rezeki anak.

Macam nad, masa tu tak tau la, mungkin rezeki nad, dan hari bertuah nad masa mula-mula kawin. Mula aktif pergi event sana sini. Ada satu event ni, buat pertandingan entry food review terbaik. Siapa entry terbaik akan mendapat hadiah wang tunai. Waktu majlis tu, tak agakla kita akan menang, mr mafia yang mulut masin " emtah-entah sayang menang"..sekali die baca ayat dalam entry dalam hati " macam ku kenal ayat tu "..dan diumunkan..Nadia johari dari blog www.miszrockers.blogspot.com.

Terkedu kau!!!..Serius..betul ke?. Tak jangka akan menang. Sebab banyak lagi entry yang terbaik. Jadi nad anggap itu rezeki kawin. Syukur. Oh entry itu ade dekat SINI. boleh baca..


Lepas ada anak pulak, alhamdulillah, sikit-sikit rezeki masuk. Dengan cerita sahaja pasal dia..hehhee..Orang dah mul percaya dengan blog nad untuk bantu diaorang memperkenalkan produk diaorang. Dan lebih bahagia bila bos-bos diaorang suka dengan entry kita buat dan akan bekerjasama lagi. Alhamdulillah..semuanya kerana anak.

Macam nad haritu, ada duit lebih belikan mak ayah hadiah istimewa dan beri duit kepada mereka. Walaupun masa tu, nad tengah takde duit juga..nd tetap ingatkan mak ayah. Lepas tu, rezeki nad, nad dapat job lain pulak. Syukur sangat-sangat.

Ada kawan mr mafia cakap, rezeki kita diri sendiri ada, tapi kita tak tau bila, lambat atau cepat. Kawan mr mafia tu bakal dapat cucu kedua, jadi dia katakan rezeki dia datang mungkin sebab dari cucu dia. Bila dia cakap " kita ni tumpang rezeki diaorang bro, jadi bersyukur. Macam bro, rezeki anak, sebab tu ada job je..Kita bersyukur je"..


Macam tu la kan. Rezeki kita tak tau dari mana. Kalau kita buat baik, dapatnya baikla..Sentiasa memberi kepada mereka yang memerlukan.