hai assalammualaikum

Jangan diselebungi misteri
credit pic : Kerex Photography


Rumah Terbalik Port Dickson

Gambar Nampak Pelik Di Rumah Terbalik - Masih tak habis lagi cerita nad bercuti di Port Dickson..kihkih. Haritu dah cerita pasal Funny House, kali ni nak cerita salah satu tempat yang popular juga di Port Dickson. Selalu nad nampak orang post gambar diaorang terbalik ni dekat Rumah Terbalik. Memang tak boleh berfikir macam mana rupa dia, macam mana diaorang terbalik. Jadi, nak tengok dan cuba punya pasal, masa sebelum bertolak ke Port Dickson lagi dah bagitau dekat mr mafia, mintak singgah Rumah Terbalik ni nanti. Nasibla dia nak singgah..huhuhu. Yela dah alang-alang bercuti di Port Dickson, mehla kita terjah tempat menarik di Port Dickson ni kan.

Upside Down Port dickson
credit pic : Kerex Photography

Rumah Terbalik ni pun sama macam Funny House. Terletak di kawasan deretan kedai. Jadi takdela besar mana. Lepas check out tu dari Resort tu, memang terus ke Rumah Terbalik ni. Masa ni memang takde orang la. Jadi takdela sesak nak bergambar. Kalau tengok tempat lain, Rumah terbalik tu siap ada bentuk rumah yang terbalik dan segala isi rumah terbalik. Tapi macam mana pula dengan Rumah Terbalik Port dickson ni ye?

Harga Tiket

Tiket Masuk Rumah Terbalik Port Dickson

Warganegara Malaysia Dengan Mykad
Dewasa : RM20
Kanak-kanak (12 tahun ke atas ): RM15
Warga Emas: RM 15

Bukan Warganegara
Dewasa: RM 25
Kanak-kanak : RM20
Warga Emas : RM 20

Ukur ketinggian

Percuma masuk kanak-kanak ketinggian bawah 90 cm. Boleh ukur ketinggian dekat dinding ni ye.

Waktu Operasi
Isnin- Ahad : 10 pagi hingga 8 malam

Apa Yang Menarik Di Rumah Terbalik?

Rumah terbalik ni ada dua tingkat. Yang dekat bawah ada art 3D dan barang yang terbalik. Bahgaian atas ada tempat sains dan rumah orang kerdil la. Masa masuk je, memang nampak pelbagai benda dan gambar dekat situ. Sama jugakla macam dekat Funny House, akan blur kejap, macam mana nak ambil gambar..hahahhaa. Tapi jangan risau, ada yang guide mengajar kita berposing untuk ambil gambar dan nampak gambar tu jadi menarik dan buat orang pening dan pelik tengok..hahahha.

Yang penting sebenarnya, arahan daripada jurugambar yang ambil gamabr korang. Yela, dialah yang tengok kedudukan korang masa nak ambil gambar. Mestilah dia tau rupanya macam mana. Yang kita ni gaya ikut arahan dia je, dan buat reaksi supaya gambar nampak real. Macam and, mestilah mr mafia yanga mbil gambar. Nad dengan Fariza yang jadi modelnya..kahkahkah. Oh mak buyung tak ingat dunia ni tau..membuyung pun duk tergolek sana sini..hahahaa..

Layan la gambar kitaorang jap. Ada memanjat la, ada terbenamla..hahaa..macam-macam..

Ku terapung
credit pic : Kerex Photography
Fariza buat dono je
credit pic : Kerex Photography
Tahan-tahan
credit pic : Kerex Photography

Yang ni pulak kawasan perabot terbalik

Payah haishh..nak basuh tangan
credit pic : Kerex Photography

Main dengan anak..
credit pic : Kerex Photography

Nak masak apa ye
credit pic : Kerex Photography

Baby, mommy kemas rumah bilik baby ni..
credit pic : Kerex Photography

Kalau tengok gambar mesti pening macam mana dia boleh terbalik kan..hehee.. Yang belum pergi mesti tertanya-tanya. Macam nad la. Bila dah masuk, ooo baru tau macam ni rupanya. Tapi susah juga nak gayakannya tau.

werkkk
credit pic : Kerex Photography
Alien datang
credit pic : Kerex Photography

Tempat sains, dan sedikit 3D juga. Sebelah nanti ada kawasan rumah orang kerdil.

Hancurkan rumah..mommy dah stress
credit pic : Kerex Photography

Fariza nak mana
credit pic : Kerex Photography

Nampak comel kawasan rumah kerdil ni. Sesuai dengan Fariza la..hehe..

Panjat lagi Fariza..panjat..mak buyung oii
credit pic : Kerex Photography

Dah jatuh tergolek kebabom
credit pic : Kerex Photography

Maafla kami anak beranak memang ngupe tak semenggah macam ni..hahaha. Dah datang kan, kena la ambik gamabr. Walaupun letih dengar arahan jurugamabr suruh macam ni, suruh macam tu, tapi hasilnya tengokla..hahaha. Yang suka bergambar boleh la ke sini.

Rumah terbalik Port Dickson ni tak sama macam di Sabah dan di Menara Kuala Lumpur. Nad belum pergi lagi dekat Kuala Lumpur tu. Ken apergi masa tak ramai orang la sebab taknak berebut bergambar macam dekat Port Dickson ni. Memang haritu kitaorang jela yang ada..hehee. Kalau kena berebut bergamabr mesti hilang mood nak ambil gamabr, dan gambar tak cantik dan real macam dekat Port Dickson ni. Nak ambil dekat Rumah Terbalik ni memang payah dan lebih sukar untuk mendapat 'real'nya kalau tidak kena caranya.

Nak tengok gambar nad yang lain, boleh ke link http://kerex.zenfolio.com/upsidedown

Dah nampak cara nad bergambar, korang nak pergi..hehee..boleh je waze ke
Rumah Terbalik
Alamat: Rumah Terbalik atau Art Galery Upside Down ini terletak di No 13A & 15, Jalan Coral Walk,Batu 9,Jalan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan
Facebook:  Upside Down Port Dickson
Instgaram: https://www.instagram.com/rumahterbalikportdickson/

Ada banyak lagi tempat menarik dekat Port Dickson ni..nak kena survey jap..Ada rezeki pergi la.