Asean Homestay Sungai Besar Suasana Kampung Di Tengah Sawah - Ke mana pulak percutian keluarga kali ni? Nad dengan adik beradik bersama mak ayah, buat perancangan bercuti dekat Sungai Besar. Ya, cuti dekat je, nak rasa suasana kampung tepi sawah pulak. Almaklumla, rumah kitaorang mana ada sawah, jadi masa ni la cari homestay yang ada di tengah sawah. Macam biasa, abang nad yang mencarinya..hehee. Jadi kita orang pilih untuk berehat di Asean Homestay Sungai Besar.
Kali ni, bukan family Haji Johari dan Hajah Latipah sahaja, kitaorang bercuti dengan makcik pakcik dan sepupu. Tak ramai pun, ikutkan dalam 3 keluarga besar. Meriah la sikit, lagipun Asean Homestay ni memang sangat luas.