Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak Dengan Betul - Setiap pagi, bila rasa nak makan telur setengah masak mesti buat, atau bila ke kedai mamak, mesti order telur setengah masak. Sedapnya bila dapat telur setengah masak yang putihnya masak lembut dan kuningnya cair meleleh. Dapat pulak makan dengan roti atau makan tu sahaja campur dengan lada sulah dan kicap. Pergh!! sedap..hahaha. Sebenarnya nad baru pagi tadi buat..hahaha. Nak dapatkan telur setengah masak yang betul-betul lembut dan cair tu ada caranya yang betul. Biasalah, kadang ada terlebih masak, terkurang masak, kita kena try error selalu ye.
Nak buat telur separuh masak nampak macam senang kan? Tapi sebenarnya ramai yang tak reti dan gagal setiap kali buat. Kalau terkurang masa, telur akan jadi kurang masak. Kalau terlebih masa pula, akan jadi telur rebus.