Showing posts with label Tips
Cara Bersihkan Siput Sedut Dengan Mudah - Siput sedut masak lemak cili api memang kegemaran nad. Bukan nad je, suami dan anak-anak pun suka..hahaa. best bila makanan kegemaran orang lain pun suka, takdala pening nak masak apa kan. Siput sedut ni, paling sedap masak lemak cili api, pergh!!, mantap ye. Kita sedut dia, dengan kuah masak lemak tu, surrrr..terbaik.

Sesetengah orang tak suka siput sedut ni, sebab bentuknya yang lembut dan berlendir bila keluar daripada cengkerang. Tapi orang yang suka ni, memang tak fikir dah semua tu, fikir sedap je..hehee. Selama ni, kita beli siput sedut dekat pasar yang dah siap bungkus. Pernah tak korang terfikir, siput sedut ni dekat man, cara orang kutip siput sedut dan cara bersihkannya? Ni nad kongsikan tentang siput seduta.
Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak Dengan Betul - Setiap pagi, bila rasa nak makan telur setengah masak mesti buat, atau bila ke kedai mamak, mesti order telur setengah masak. Sedapnya bila dapat telur setengah masak yang putihnya masak lembut dan kuningnya cair meleleh. Dapat pulak makan dengan roti atau makan tu sahaja campur dengan lada sulah dan kicap. Pergh!! sedap..hahaha. Sebenarnya nad baru pagi tadi buat..hahaha. Nak dapatkan telur setengah masak yang betul-betul lembut dan cair tu ada caranya yang betul. Biasalah, kadang ada terlebih masak, terkurang masak, kita kena try error selalu ye.

Nak buat telur separuh masak nampak macam senang kan? Tapi sebenarnya ramai yang tak reti dan gagal setiap kali buat. Kalau terkurang masa, telur akan jadi kurang masak. Kalau terlebih masa pula, akan jadi telur rebus.
Cara Hapuskan Pepijat Dan Merawat Gigitan Pepijat - Tersiksa ya bila kena pepijat ni. Sekali dia gigit, habis gatal semua badan, lepas tu badan kaki jadi bekas hitam. Paling benci dengan serangga pepijat ni. Selalu pepijat ni kebanyakan dekat celah tilam tu atau toto. Serangga pepijat ni kecik je, tapi kalau dah gigit darah, terus jadi gemuk. Bila geram, kau pukul je dengan tangan, habis keluar darah dekat badan dia. Nad pernah kena dekat rumah dan rumah sewa. Nak tidur pun tak selesa.

Kita ni tak sedar pun ada pepijat sampaila bila bangun pagi korang tengok seluruh badan korang gatal, awas ya, ini petanda bilik tidur korang diserang pepijat. Kalau korang kene gigit dengan pepijat, habis berbintik badan. Kesan gigitan pepijat ni dahla lambat baik. Memang akan tinggalkan kesan hitam pada kaki atau tempat yang terkena gigitan pepijat.
Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu- Apabila seseorang lelaki bernikah sahaja dengan pasangannya, secara tidak langsung akan terus mendapat ibu bapa mertua, begitu juga bagi wanita. Taraf dan penghormatan terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa sendiri. Ada tanggungjawab yang kita sebagai menantu perlu laksanakan kepada mereka.

Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. 
hai assalammualaikum

Jenis Ubat Sakit Tekak Yang Berkesan Melegakan Kegatalan Tekak - Bila dah sakit tekak, memang perit ye. Kadang rasa gatal je dekat tekak tu, nak garu tak boleh, telan air liur pun tak jalan. Sakit tekak ni kira macam satu penyiksaan juga, lagi bila nak telan makanan atau minuman. Cuaca sekarang yang tidak menentu sekejap panas, sekejap hujan memang kadang kala terasa sakit tekak & batuk. Selalunya apa yang korang akan ambil untuk hilangkan kelegaan kagatalan tekak ni? Ni nad nak kongsikan beberapa ubat sakit tekak yang berkesan melegakan kegatalan tekak.

Sebenarnya, banyak cara untuk melegakan sakit tekak yang kita boleh cuba. Cara secara tradisional, cara moden dengan mangambil ubat doktor atau ubat secara kemam. Macam nad, pertama sekali nad akan buat secara tradisional dan pada masa sama nad akan makan ubat kemam atau lozeng. Kalau tak baik juga dan teruk, terus pergi klinik.

TIPS MEREKABENTUK KABINET DAPUR

in , , , by Nadia Johari, 21:50:00
hai assalammualaikum

Tips Merekabentuk Kabinet Dapur - Sekarang ni nad tengah tengok idea kabinet dapur yang simple dan cantik. Selalu juga tengok video dapur dekat tiktok, dapur diaorang kemas, cantik dan aesthetic bila ada kabinet ni. Biasalah, kita tengok dulu, buat contoh, mana tau ada rezeki bole buat dapur idaman, gitu!! Bagi yang baru dapat rumah, perkara pertama mesti fikir bahagian dapur kan. Nak tempah dan rekabentuk kabinet yang diinginkan.

Yela, dapur ni ibarat terapi bagi wanita tau. Bila masuk dapur dalam keadaan semua tersusun cantik, nak memasak pun best. Tempat simpan barang semua biar nampak teratur dan tidak serabut. Jadi nak buat kabinet dapur ni perlu ada langkahnya supaya memudahkan, berfungsi dengan baik dan ergonomik.
hai 

Kebaikan Semulajadi California Blueberries - Apa kita nak buat dengan blueberries harini, nak buat pencuci mulut, kek, minuman atau makan macam tu sahaja? hah, macam-macam kita boleh buat dengan blueberries ni. Nampak sahaja saiz dia yang kecil tu, tapi banyak kebaikan semulajadi California Blueberries ni tau.

Memandangkan sekarang musim blueberries, rasai sendiri kemanisan buah California Blueberries dan sediakan hidangan berasaskan blueberries yang sedap dan berkhasiat. Nad suka makan blueberries, nampak sahaja kecil tapi hebat . Jom nad kongsikan kebaikan semulajadi California Blueberries ni.
 hai assalammualaikum

Tips Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet - Penggunaan gajet dekat anak-anak memang tak boleh dielakkan. Ada tu, gajet ni sebagai penyelamat, bila anak tantrum, menangis bila ibu atau bapa sedang melakukan kerja, bagi handphone, pasang lagu kegemaran, baru budak-budak diam. Yela, kadang tak tau nak buat macam mana, hanya gajet je dalam fikiran.

Lagi zaman sekarang, semua zaman teknologi, handphone, komputer, laptop, tab dan mcam-macam lagi, di mana ia menjadi penggunaan utama waktu kini. Nak taknak, kena dedahkan anak-anak dengan gajet ni, kerana ia bukan sahaja tujuan untuk pembelajaran malah lebih dari tu. 
hai guys


Affordable Prices And Deals Of Flowers From A Better Florist Malaysia

If you have a deep passion for flowers, or even if you just love gifting flowers on all the special occasions in your life, you have to check out A Better Florist, the best florist in Malaysia. This florist is fresh and new, and know exactly how the minds of today’s customer works. This Malaysia flower delivery will give you those gorgeous flowers you see online and on Instagram, affordable prices and deals throughout the entire year, and an incredible reliable flower delivery.

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG DAN JIWA TENANG

in , by Nadia Johari, 23:41:00
hai assalammualaikum

Kunci Untuk Dapat Hati Senang Dan Jiwa Tenang - Dalam kehidupan ni, yang penting adalah untuk mendapatkan kesenangan hati dan ketenangan jiwa. Bila hati nak tenang, dan senang datang pulak masalah. Mungkin apa yang nad dapat daripada group whatsup ni, apa yang nad kongsikan ni dapat bantu korang untuk dapat ketenangan jiwa dan kesenangan hati.

Semoga apa yang nad kongsikan dapat memotivasi untuk hidup lebih tenang dan senang hati. Perjalanan hidup di atas muka bumi ini hanyalah sementara. Jalani hari-hari mu dengan sikap yang menggembiran diri sendiri disamping boleh menceriakan orang lain juga

MANFAAT BUAT AKTIVITI BERLARI

in , by Nadia Johari, 02:58:00
hai assalammualaikum

Sebut pasal berlari, mesti korang fikir penat, otot sakit, buang masa. Kalau korang nak tau, berlari merupakan salah satu aktiviti yang mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Aktiviti berlari seeloknya dilakukan pada waktu pagi, tapi kalau tak sempat tu, balik dari kerja, boleh juga buat. Sebelum kerja tu, lepas bangun, boleh berlari sekejap. Dengan berlari sahaja, korang akan dapat banyak manfaat untuk meningkatkan kesihatan tubuh.

PETUA HILANGKAN SAKIT TEKAK ATAU BATUK

in , by Nadia Johari, 12:53:00
hai assalammualaikum

Tips Hilangkan Sakit Tekak Nak Demam Atau Batuk

Haritu ngadu dengan mak, sakit tekak macam nak demam. Biasalah, cuaca dekat kampung dahla sejuk, lepas tu hujan pulak. Macam mana tak rasa nak demam. Memang waktu tu tekka dah perit, badan dah nak panas. Tercari-cari gak ubat batuk, tapi tak jumpa.

Lepas cakap dengan mak, terus mak bagi petua..Hanya dua benda je, nad buat alhamdulillah, dua hari je dah baik..
hai assalammualaikum

Tips Menjaga Kesihatan Tubuh Badan Wanita - Penjagaan badan dan kesihatan bagi wanita adalah sesuatu yang penting. Walaupun ada sesetengah wanita yang sanggup menghabiskan duit untuk dan mengambil masa yang lama, ia sudah menjadi keperluan para kaum hawa dalam menjaga tubuhnya agar tetap sihat dan tampil menawan. Dalam menjaga kesihatan tubuh wanita biasanya memerlukan cara yang khusus kerana tubuh wanita biasanya lebih sensitif.

Kesihatan tubuh memang sangat penting untuk wanita apatah lagi pada saat wanita sedang mengalami kitaran bulanan mereka yakni haid. Wanita wajib menjaga tubuh agar tetap sihat dan bertenaga dalam menjalani aktiviti harian dengan lebih semangat, tidak kira semasa haid atau tidak. Ini antara langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh wanita untuk tetap menjaga kesihatan tubuhnya secara semula jadi dan praktikal.

TIPS MEMILIH BRIDESMAID

in , , , by Nadia Johari, 21:42:00
hai assalammualaikum


Hati-hati Pilih Bridesmaid -Dulu masa nad kawin memang nak sangat bridesmaid. Yela, ramai-ramai diapit dengan gadis-gadis, terutama bridemaid tu kawan kita. Tapi kawan dekat semuanya dah sibuk, kawan jauh hanya datang waktu majlis persandingan. Nak kata diaorang bridesmaid jugakla, walaupun tak macam bridesmaid pun..hhhee. semua kawan-kawan sekolah Unversiti. Universiti Utara Malaysia, itulah kampus kitaorang belajar. Diaorang semua datang dari jauh, ada dari pahang, Kelantan, dan Kuala Lumpur. Memang rancang siapa kawin akan pakai baju sama..ahaha.sweet je. Ssetengah je pakai baju sama, lain ikut awokla..hehe.. Jadi boleh katakan bridesmaid tak..ehehe.
hai assalammualaikum


Cara Jadi Ibu Penyabar - Bila dah ada anak ni, tahap kesabaran tu lain sikit. Bukan mudah menjadi ibu bapa zaman moden ni. Siapa yang dapat tahap kesabaran yang tinggi tu memang bagus. Ibu bapa wajib mendidik diri menjadi seorang yang sabar dan sentiasa bersabar dengan apa jua keadaan. Kerana kesabaran yang tinggi sahaja membolehkan ibu bapa menangani setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak-anak.

CARA MANDI YANG BETUL ELAK STROKE

in , , , , by Nadia Johari, 08:59:00
hai assalammualaikum

Cara Mandi Yang Betul Elak Stroke - Ni nad dapat dari group whatsup berkenaan cara mandi yang betul untuk elakkan stroke. Jadi nak kongsi dengan pembaca nad tentang benda ni. Memang selalu, kita mandi mesti basahkan kepala dulu kan. Tapi sebenarnya salah cara mandian tu..

Nah nad kongsi kisah ni. Untuk renungan bersama.

" Kita selalu dengar, orang jatuh dibilik mandi.dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat-tempat lain? Mungkin ada, tapi jarang.

PETUA SEJUKKAN DIRI DI MUSIM PANAS

in , by Nadia Johari, 01:35:00
hai assalammualaikum

Petua Sejukkan Diri Di Musim Panas Ni - Baring tak kena, tidur lagila tak kena. Nak jalan keluar, lagila malas dengan keadaan cuaca yang teruk ni. Kalau dah rasa panas macam ni, mesti terfikirkan aircond je..sejuk je, tapi bila dapat bil, melompong kau..bila cuaca dah panas ni, macam-macam la idea kreatif mula datang. Petua yang diambil dari group whatsup dan google..hehe..tengok pun macam best je..meh tengok petua ni..

TIPS PENJAGAAN SIMPLE UNTUK KULIT WAJAH SIHAT

in , by Nadia Johari, 15:43:00
hai assalammualaikum

Tips Penjagaan Simple Untuk Wajah - Sejak nad dah jadi mommy ni, rutin harian semakin bertambah. Dengan hal rumah, hal anak dan blog kesayangan ni. Walaupun nad sibuk dengan segala hal, tapi penampilan diri dan penjagaan wajah nad amat titiberatkan. Sebelum ni, masa berpantang memang tak sempat buat semua tu, sampai wajah jadi kusam. Tapi dengan adanya penjagaan simple ni mudahla, kulit nad mesti sentiasa segar dan berseri.

Tidak ada istilah terlewat atau awal untuk mengambil penjagaan yang lebih baik pada kulit kita. Ni nad share penjagaan simple untuk mendapatkan kulit yang sihat.

TIPS CARA SEJUKKAN RUMAH

in , by Nadia Johari, 12:12:00
hai assalammualaikum

Tips Cara Sejukkan Rumah - Sekarang musim panas lain macam. Bahangnya lain macam. Malam-malam pun boleh panas. Lagila rumah nad depan dah jalan raya. Pokok pun cuma ada pokok bunga..alahaii..paham-paham jela kuala lumpur ni..

Bila El Nino menyerang..lagilaa panas. Dah pasang kipas pun masih terasa bahangnya. Nak pasang aircond, tak mampu,..lagi pikir bil elektrik akan naik. Jadi cubala alternatif yang jimat dan tak memerlukan belanja yang besar..huhuhu..

FANPAGE FACEBOOK DAH BOLEH TUKAR NAMA

in , , by Nadia Johari, 12:12:00
hai assalammualaikum

Fanpage Facebook Dah Boleh Tukar Nama - Sejak fanpage dah boleh tukar nama ni, ramai yang dah tukar nama lama ke baru. Sebelum ni nad dengar, fanpage mana boleh tukar nama kan. Kalau nak tukar kene bayar dekat orang yang boleh ubah nama fanpage ni. Sekarang dah boleh tukar, tapi tak tau sampai bila boleh tukar..so korang cepat-cepat la tukar ye kepada sesiapa yang nak menukar tu..hehehhe..banyaknya perkataan tukar ni..adeh..nad tak ubah pun nama nad..sebab blog pun dah nama miszrockers.blogspot..ngam la tu..

Ok nak bagitau ni..apa itu fanpage facebook dan kelebihannya kepada kita ni?
Fans page atau halaman fans adalah sebuah halaman yang dapat kita buat di Facebook, di mana halaman ini dapat kita manfaatkan untuk  berbagai kegiatan, mulai dari untuk mempromosikan bisnis kita, membangun interaksi dengan prospek/konsumen kita, untuk memajang katalog produk kita dan banyak lagi.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2