Showing posts with label Tiroid

SCAN TYROID, TAK SERIUS TAPI KENE BERJAGA

in , by Nadia Johari, 16:25:00
hai assalammualaikum

Scan Tyroid, Tak Serius Tapi Kene Berjaga - Lupa pulak nak story berkenaan tyroid nad ni. Kisah nad pergi scan tahun lepas, nak tau serius ke tak tyroid nad ni. Kena ambil ubat atau macam mana. Tahun lepas juga dapat berita kawan blogger, abang Korie meninggal dunia. Sedih sangat sebab masa jumpa dia memang kurus, ingat kurus sebab dia diet ke apa, tak tau pulak dia ada sakit. Baru nad tau, yang banag Korie ada sakit tyroid yang serius. Sampai arwah pernah cakap dekat kawan blogger lain  ' tyroid dia boleh buat sesak nafas '. Nad pernah cerita simptom yang nad alami, tapi tak tau sebab sakit tyroid ni atau sebab stress.  Nad kalau orang sebut tyroid je mesti cuak. Yela, nad sendiri ada sakit tu, takut, memang sangat takut. Sebab tu, tahun lepas, pergi cek semua dan pergi scan.

Lepas je dapat surat pemeriksaan scan tyroid denagn tarikh dan waktu yang ditetapkan, memang terus pergi. Appoitment pun pukul pagi, jadi pagi-pagi dalam pukul 7 pagi dah keluar. Scan dekat Hospital Kuala Lumpur. Pertama kali pergi hospital sini, sebab tu keluar pagi sebab takut takda parking. Sampai hospital, Fariza yang temankan mommy, mr mafia dan adik pergi cari parking.

Tunjuk surat yang dibagi klinik kerajaan, lepas tu tunggu giliran. Masa tunggu tu memang jantung laju la. Takut semua ada. Hospital yang sejuk tu, nad rasa panas je..hahaha..Nad ni kalau dah takut sangat, semua tak kena haishh..

Sampai masa nombor dipanggil, terus masuk dalam bilik scan. Sebelum pergi hospital, nad memang dah google macam mana scan tyroid ni. Nasib bukan yang masuk dalam mulut. Pakai alat scan yang macam nak cek baby dalam perut je..hehee..

Masuk dalam, memang buka tudung jela, sebab nak scan bahagian leher tu.

Doktor pun scan la letak gel semua tu. Habis dia tekan-tekan dekat bahagain leher ni, nak tengok tyroid tu. Takde sakit pun. Memang nad baring jela, tak dapat tengok tyroid tu dekat screen. Ni bukan nak tengok baby ye..huhuhu..Jadi tunggula sampai doktor bagitau.

Dalam setengah jam juga la..yeke..lupa pulak..

Dah selesai tu, doktor cakap, tyroid nad takda serius sangat. Ada tyroid tu, tapi kecik. Kemudian, doktor cakap, kalau boleh follow up nak tengok macam mana..

Nad pulak macam blur masa tu. Tak tau nak cakap apa. Cuma cakap ' ooo'..Aiyokkk..apo ni nad..Patut tanya ' follow macam mana? ' ' kena makan ubat ke? '..ni blank..sedihhhh..

Keluar, doktor suruh tunggu depan kaunter. Lepas tu nama nad dipanggil, dan diberi gamabr scan tadi,

Add caption

Nah ni la dia, kalau korang perasan, bahagian kiri tu la tyroid yanga da dekat leher nad. Kecil, tapi nad tetap risau. Walaupun doktor cakap tak serius, tapi masih takut..Sekarang makan semua jaga..huhu..Tapi kadang teringin, makan juga..

Pastu balik kampung haritu, kakak cakap macam mana kes tyroid nad. Nad cakap sekian, sekian sekian. PAstu cakap pasl follow up. Kakak macam nak marah tak marah..hahaa..dia cakap ' kenaap ko tak cakap, apa daaa '..Pastu dia cakap, nanti tiga bulan lagi, ko pergi hospital lagi, cakap macam mana. Nak follow up ke apa '...

Nad pun, baiklaaaa..Nanti pergi..huhu.

Kakak nad nurse, diala yang perasan leher nad bengkak, dia juga suruh pergi cek..

Tunggu la nanti, nad pergi follow up lagi..

SURAT PEMERIKSAAN SCAN TYROID DAH DAPAT..

in , by Nadia Johari, 12:19:00
hai assalammualaikum

Surat Pemeriksaan Scan Tyroid Dah Dapat - Ingat tak, sebelum ni nad ada pergi ke klinik sebab nak tukar surat refer dari klinik swasta kepada klinik kerajaan. Cerita ada nad tulis dekat SINI. Sila lah baca..Kalau nak tau cerita berkenaan tiroid nad ni, boleh search je Tiroid dekat blog nad ni. Alhamdulilllah, surat refer yang nad nak tukar tu dah dapat hari jumaat haritu.

Nad hantar memang dah lama, tapi Jumaat haritu baru dapat. Ingatkan dah lupa dah dengan surat refer tu. Nad punyala risau, sebab takda panggilan telefon dari pihak klinik kerajaan. Nad fikir positif jela, mungkin diaorang sibuk buat hal lain. Biasalah, klinik kerajaan, kalau tak lama tak sah..Bila dapat panggilan tu, rasa lega!!..

Dalam panggilan, nurse cakap, surat tu dah siap dan boleh datang ambil. Dia cakap, tarikh temujanji untuk scan pada 8 November 2019. Terus nad pening kepala..adoii..Mana taknya, sebab 8 November bersamaan hari Jumaat, minggu ni, nad dah book hotel untuk bercuti. Tapi check in hotel tu pukul 3 petang. Jadi, nad fikir, scan dekat hospital tu waktu pagi..Okla, takde kelam kabut..harapnya la..


Bila ambil surat dekat klinik kerajaan, tengok waktu, ok temujanji pukul 10 pagi, tapi dekat Hospital Kuala Lumpur. Aduh..Kenapa la bukan Hospital Ampang sahaja. Nak taknak kena la ikut apa yang ditulis. Sebab dah risau dengan bengkak dekat leher ni.

Harap 8 November tu, takda la lama sangat. Harap tak kelam kabut nak pergi scan, lepas tu bertolak terus ke hotel tu. Walaupun hotel dekat je, tapi kalau kene buat benda lain waktu tu, macam kelam kabut je. Tak tau keadaan macam mana kan..huhu..harap semua berjalan dengan lancar.
hai assalammualaikum

Tukar Surat Refer Hospital Untuk Scan Tiroid - Banyak pulak masalah yang and hadapi, semata nak scan Tiroid ni. Cek sudah, ambil darah sudah, step seterusnya nak scan Tiroid dekat leher ni. Tapi..tapi...Lain pulak jadinya..Kisah nad tau , nad ada Tiroid, dan keputusan darah semua nad dah cerita, Lepastu dapat surat refer, tapi masalahnya, bila surat refer tu dari klinik swasta, bayaran untuk cek dekat hospital sama harga macam bayaran dekat klinik swasta. Maksudnya, mahal macam klinik swasta berbanding guna surat refer dari klinik kerajaan, bayaran murah. Ya, bab surat refer ni baru tau..lol..


Boleh baca:
Bengkak Leher Disyaki Tiroid
Keputusan Darah Tiroid

Kisahnya, lepas dapat keputusan darah tu dari klinik swasta, doktor bagi surat refer untuk scan tyroid ni. Bila dah ada penyakit macam ni, mestila kita nak scan cepat, nak tau Tiroid ke apa dekat leher nad yang bengkak ni. Lusa, nad pergi Hospital Ampang. Dahla jenuh nak cari bahagian scan ni. Tanya orang sorang-sorang dengan bawak budak berdua ni. Mr mafia pergi cari parking. Cari punya cari, akhirnya jumpa, tempat MOPD tak silap. Panjangnya tak tau apa..hahaha. Dok kalut sangat dah.

Bila dah sampai, tanya dekat kaunter, pasal surat refer tu berkenaan sakit Tiroid. Kemudian staff situ tanya " ni dari klinik swasta ke kerajaan "..nad pun jawab " klinik swasta "..Staff situ cakap, " kalau dari klinik swasta, bayaran mahal, dalam RM200 ke RM300 macam tu, kalau dari klinik kerajaan bayaran murah RM5 "..Nad dengar terus terkejut. Yela, tak pernah sakit siap surat refer ni. Ni la pertama kali. Lepas tu, staff situ cakap, boleh ke klinik kerajaan dan mintak tukar surat refer ni. Maksudnya bawak surat refer hospital dari klinik swasta ni, pergi ke klinik kerajaan, dan cakap nak tukar surat. So, dia akan bagi surat refer dari klinik kerajaan.

Pening kepala mak..benda nak cepat jadi lambat..Kita dahla risau dengan bengkak dekat leher ni sebab apa..

Terus, balik tu, terus update status dekat Instagram Story..Yela, mungkin ada orang yang pernah alaminya. Malas nak up kat facebook, taknak orang tau sangat pasal nad sakit apa. Belum tau lagi Tyroid ke apa. Sebab belum scan..

Tiba-tiba ade seorang kawan komen, dia cakap, dia pernah buat.  Dia kata boleh tukar surat refer dari klinik swasta ke klinik kerajaan. sekejap je. Dia cakap kalau dia tak buat, harga pembedahan dia beribu oii, tapi tukar surat terus harga berpuluh je..okla..nad dah lega..

Esoknya pergi la klinik kerajaa. Dah kawan kata boleh. Nad pun taknak tunggu lama..Risau kan. Jadi pergila klinik kerajaan.

Ingatkan, dah cakap nak tukar surat refer, terus je dapat tukar..

Tapi...tapii................

Kena ambil nombor, siap package jumpa doktor lagi. Pergh...Tak boleh buat apa, kita ikut jela prosedur klinik kerajaan ni..

Sampai giliran nad dipanggil. Doktor tengok surat, doktor tanya la macam sebelum ni pasal simptom tyroid ni. Nad pun jawab benda yang sama.

Dah selesai tu, doktor tengok surat tu, doktor cakap, " okla macam ni, kita scan terus nanti. Tapi nanti kita akan telefon puan la ".." nombor puan 017*******  ni kan "..aku jawab " ya doktor "..Dia jawab nanti dia telefon guys.dia telefon...

Nad dalam hati, " tunggu lagii "..dalam hati ok..huhu..pastu terus balik...

Setiap hari, setiap minit, nad tengok phone. Dari dua minggu lepas tak silap nad pergi, sampai ke harini, takda telefon..adoiiiii...apa yang ditengoknya tak taula dengan surat tu..

Sampai ke sudah, nad tak tau lagi ape yang menyebabkan bengkak dekat leher ni guysss...Kenapa la doktor buat nad risau..lol..

Setiap hari duk pandang cermin je..dahla makan pun kawal sikit sekarang..hurmm...

Doktor telefon la..telefonlaaa..

Surat refer tu dah diambil diaorang..jadi tunggu dan lihat jela...........

hai assalammualaikum

Keputusan Darah Tiroid - Sebelum ni nad ada cerita berkenaan bengkak leher yang nad alami, dan ujian darah pun dah dapat. Masa diaorang call kata keputusan ujian darah dah keluar,  memang malam tu tak keruan. Diaorang call lun dah petang,  jafi nad cadang nak pergi esoknya. Semalam nad pergi klinik nak tau apa keputusan darah tiroid nad,  adakah serius atau tidak.

Sampai je,  pekerja situ,  senang citer panggil nurse jela..hehhe,  dia panggil nama dan berikan keputusan ujian darah tu. Jantung laju takyah cakapla.. Huhu..


Lepas dipanggil,  dan dia bagitau,  " ok puan,  keputusan darah normal "..nad macam,  " normal, makna takda apa-apa ke?  ".. Nurse pun macam tak tau nak jawab apa.. Dia cakap ok je puan.. Huhu..

Nad yang tak puas hati cakap,  " habis, kalau normal,  bengkak dekat leher ni macam mna?.. Ok ke tak?? ".. Nurse tu macam blur,  mungkin sebab dia jaga kaunter bukan doktor.. Hahaha.. Nad pun cakap dengan nada lembut je.  Surely nad nak tau,  walaupun darah normal,  kenap leher ni nmapak bengkak.

Nurse tu cakap " nak jumpa doktor ke? "..nad terus cakap " boleh "..ofkos nak jumpa,  nak tai kenapa kan..

Masa tu pulak ada seorang makcik ada masalah jantung,  jadi doktor uruakan makcik tu dulu. Maka lambatla sikit nak jumpa doktor. Paham-paham jela anak kita dua orang tu. Dah jenis tak duduk diam.. Huhu..

Dah selesai semua,  baru dapat jumpa doktor. Doktor lelaki,  lembut je dia cakap.. Hahahhaa..

Doktor " ye puan Nadia,  ikut keputusan darah,  semuanya normal. Maksudnya tak serius.  Kalau tak normal,  dia lebih dari nombor ni. "..

" Tapi kita nak kene cek juga la kenapa leher awak bengkak.  Kita akan guna ultrasound "..nad pun iyakan je..

Doktor cakap nak tengokla kenapa bengkak leher tu,  kalau betul tiroid,  nak tengok besar mana.. Apa perlu buat seterusnya,  nak perlu makan ubat ke macam mana.. Hah macam tu la..


Tapi doktor cakap bukan dia yang tengok,  kene jumpa doktor pakar. Kena pergi Hospital Ampang. Doktor tu buat temujanji semua untuk dibawa ke Hospital Ampang.

Selesai semua. Jadi, hari selasa kita pergila Hospital Ampang. Tengok pulak apa yang akan dibuat. Nak tau juga bengkak leher ni kenapa. Kalau Tiroid nak tau juga rupa macam mana.. Seram pun ada sebenarnya ni.. Tak keruan dah.. Huhu. Tapi tetap buat macam biasa..

Jadi tunggu next entry.. Hehhe..

BENGKAK LEHER, DISYAKI TIROID

in , , by Nadia Johari, 13:07:00
hai assalammualaikum

Bengkak Leher, Disyaki Tiroid - Bila kakak kau seorang nurse, dan dia boleh nampak bengkak dekat leher kau, terus dia cakap


" diah, leher ko nampak besar la, pergi klinik cek, takut ko kene tiroid ke"..tu kata-kata sebelum raya haji, tapi aku tak pergi juga klinik.

Masa raya haji, aku balik kampung, kakak tegur lagi " ko tak pergi klinik lagi ke? , pergi la..nampak sangakt leher ko besar, bengkak ni "..aku dah mula cuak..sejak dia cakap tu memnag aku google je la pasal tiroid ni. Kakak sorang je perasa, aku, mak, atau suami, langsung tak perasan pasal bengkak dekat leher ni..huhu..


Kakak cakap, antara sebab tiroid, kurus badan tak naik, mata hampir terkeluar. Aku tengok diri aku, memang ada semua tu, tapi ni sejak dari sekolah lagi..mana la nak terfikir semua tu. Aku tengok leher sebelum ni biasa je ( yela tak tau lagi pasal penyakit tiroid ni ).

Dan, dalam beberapa hari tu, kadang-kadang, aku susah bernafas, aku fikir, rumah ni sempit. Tapi kalau balikkampung, ok je..Yela rumah kampung boleh keluar, udara lain sikit. Lepas tu aku cepat marah. Aku fikir, sebab aku banyak kerja. Kerja tak siap, anak kacau, memang la marah..huhu. Haritu susah nak tidur. Cepat debar, jantung laju. Tapi tu bukan selalu. Tu bila waktu aku macam banyak kerja, dengan perangai anak lagi..dengan keadaan rumah..sebab tu aku tak fikir lain.

Ada terbaca pasal tiroid, apa yang aku alami ni salah satu punca juga simptom tiroid.

Tapi dah kakak pesan, pergi jela klinik, dia ambil darah, je, nak tau ade tiroid ke tak..ok la aku pun pergi. Risau juga.

Bengkak Leher, Disyaki Tiroid

Pergila klinik kerajaan. Jumpa doktor, bgtau diapasal bengkak leher ni. Dia tengok, dia syaki aku macam kena tiroid. Dah cakap macam-macam, dia google terus, pemakanan apa yang tak boleh aku makan.

Antaranya, brokoli, kobis, pasta,..ada lagi dia sebut, aku lupa. Dan kalau nak tau, makanan ni semuala yang aku suka makan..oh my..

Lepas tu dia suruh pergi cek jantung. Ya, jantung aku laju..ni pun salah satu antara simptom tiroid. Tapi dia masa tu tak kene ambil darah. Dia suruh datang bulan 10. Pergh!!, lambat..aku nak tau cepat.

Whatsup kakak aku, kemudian dia cakap, " cek jela dekat klinik biasa, cepat sikit. ambil darah sekejap je "..

Esoknya pergi klinik biasa, sebab aku sendiri dah risau, dan nak tau pasal penyakit aku ni. Macam biasa bgtau dekat doktor, kenapa. Dia cek, dia ambil pernafasan, tekanan darah semua.


Doktor ni cek, tengok leher, kemudian belakang, dia cakap ada bengkak sikit di bahagian leher belakang belah kiri. Dia cakap lagi, ada rasa mudah lupa tak, aku cakap tak..hhahaha..sebab setiap kali barang laki aku dia lupa letak mana, aku yang ingat atau jumpa. Melainkan aku buat kerja ruamh banyak, then aku lupa nak buat ape lepas tu..ahhaa..tapi tu biasalah mak-mak, dah buat tu nak buat ini..kihkih..

Pastu dia cakap ada rasa debar tak?, hah, tu aku cakap sekali sekala, nafas laju. Kemudian doktor suruh aku angkat tangan. Sebab salah satu simptom tiroid lagi, bila ko angkat tangan ke depan, akan goyang, macam mengeletar. Aku buat ok je..hahaa..

Weii doktor cakap, rambut gugu rpun punca tiroid..hahaa..aku memnag la ade rambut gugur, duk fikir sebab anak je..hehee..


Dia kata takpe, ambil darah nanti tau keputusan dekat situ. Doktor tu suruh nurse ambil jarum, untuk ambil darah tiroid. Macam baisalah, dah nampak jarum, aku paling ke tempat lain la. Darah pun dah ambil. Dah selesai, balikla..tunggu jele keputusan darah tu.

Dan semalam, klinik tu call, kata keputusan darah dah keluar. Harini aku pergi. Harap takde perkara yang membimbangkan..Risau memang risau, dan macam biasa, aku akan buat perkara macam tiada apa berlaku..

Ni antara info sedikit berkenaan Tiroid..

Tiroid ni ada dua tau satu hypotiroid dan satu lagi hypertiroid.

Apa itu kelenjar tiroid?
Tiroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di hadapan leher anda dan ia menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi tubuh badan. Semua orang ada tiroid ni, tapi akan jadi maslaah jika

Hipotiroidisme: Apabila thyroid anda tidak mencukupi hormon tiroid. Ia juga dikenali sebagai tiroid yang tidak aktif. Ini melambatkan banyak fungsi tubuh anda, seperti metabolisme anda.

Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
- Lesu
- Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
- Kulit kering
- Sembelit
- Sentiasa berasa sejuk
- Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita

Hipertiroidsime: Atau tiroid terlalu aktif, menyebabkan tiroid anda membuat lebih banyak hormon tiroid daripada keperluan badan anda. Ini mempercepatkan banyak fungsi badan anda, seperti metabolisme dan kadar jantung anda.

Gejala atau simptom Tiroid
Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
- Tangan menggeletar (tremor)
- Rasa gementar
- Degupan jantung yang laju
- Mudah berpeluh dan panas
- Susut berat badan
- Lesu dan cepat berasa letih

Ni jela..nnati aku cerita lagi lepas dapat keputusan darah. Doakan kesihatan aku baik-baik sahaja ok.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2