Jom Ke Transformers One Roadshow Di AEON Mall - Hello you alls, siapa sini peminat Transformers? Hah ada berita best ni nak bagitau!! Kepada peminat Transformers, jangan lepaskan peluang untuk melihat model Transformers yang korang minati dengan lebih dekat lagi di TRANSFORMERS ONE Roadshow yang diadakan di AEON Mall terpilih. 

AEON telah berkolaborasi bersama United International Pictures bagi mempromosikan movie TRANSFORMERS ONE dan roadshow ni bermula 19 Ogos sehingga 30 September 2024. Banyak aktiviti dan ganjaran menarik menanti pengunjung yang datang ke Transformers One Roadshow ini.