Hai semua! Memiliki rumah sendiri adalah impian semua orang, termasuk Nad. Bagi Nad, rumah yang ideal bukan hanya tentang keindahan reka bentuk, tetapi juga tentang keselesaan, kemudahan yang banyak, keselamatan yang terjamin, dan lokasi yang strategik. Baru-baru ini, Nad berkesempatan melawat Galeri Jualan TuJu di 𝑜𝑓𝑓 Jalan Kuching untuk melihat sendiri projek TuJu Residences & Retail di KL Duta North.

Apa yang membuatkan TuJu begitu istimewa? Ia bukan sekadar sebuah pembangunan, tetapi satu komuniti yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan hidup. Dari reka bentuk menarik yang diilhamkan oleh seni kontemporari hingga kemudahan lengkap yang memastikan setiap orang, dari golongan muda hingga yang lebih tua, boleh hidup dengan selesa.