Showing posts with label covid19
 hai assalammualaikum

Kad Digital Mysejahtera Akan Bertukar Putih Jika Tak Ambil Dos Penggalak - Hah semalam ramai post cakap Kad Digital Mysejahtera akan bertukar putih jika tak ambil dos penggalak. Setakat ni, kes ni untuk mereka yang menerima vaksin Sinovac sebelum ini dan warga emas 60 tahun ke atas perlu ambil dos penggalak untuk melengkapkan status Mysejahtera mereka.

Perlu ambil dos penggalak sebelum selewat-lewatnya Februari 2022. Mungkin dia bagi tempoh sampai akhir bulan 2 untuk dapatkan dos penggalak ni bagi penerima sinovac dan warga emas. 


Ni kenyataan media berkenaan dos penggalak tu. 

Kad Digital Mysejahtera Akan Bertukar Putih Jika Tak Ambil Dos Penggalak


Nasib nad dah dapat booster haritu. Debar juga, bila mysejahtera nak bagi tarikh untuk booster atau dos penggalak ni, sebab mr mafia dah dapat, nad tak dapat-dapat lagi. Terfikir juga nak walk in tapi tetap tunggu. Alhamdulillah, pada 20 Januari dapat tarikh untuk booster. 


Debar tak dapat tarikh satu hal, dah dapat tarikh pun debar tak habis lagi..hahaha.Biasalah macam-macam dalam fikiran ni. Baca mereka yang ambil dos penggalak ni macam-macam kena. Macam-macam dalam fikiran ni. 

Tapi nak taknak, kena ambik juga. Ni cara kita untuk elakkan dari Covid dan kalau terkena covid pun mungkin tak serius sangat. Sekurang-kurangnya dapat bantu kita dan kita ikhtiar sahaja. 

Lepas dapat tarikh, terus tekan confirmation. Memang masa nak pergi cucuk tu, cukup makan, rehat semua. Doa harap badan terima seadanya. 

Nad dapat dekat Menara Olympia. Alhamdulillah, masa cucuk tu semua berjalan dengan lancar. Biasalah kena isi borang semua dan yang menjaga bagi kerjasama dengan baik. 

Dekat situ ada pilihan booster. Masa nad ada booster Pfizer dan Sinovac. Mungkin sekarang sama juga kot. 

Ambil dos penggalak haritu, sekejap je, takda la lama sangat. Isi borang, duduk, sampai masa dah kena cucuk.. Hehehe. Lepastu akan diupdate dekat mysejahtera. Lengkap la status vaksinasi nad. Alhamdulillah. 

Masa nad kena cucuk, nad cuma lenguh je tangan bahagian cucuk tu. Alhamdulillah badan semua ok, takda masalah. Lain orang lain penerimaan bila ambil booster ni. Ada tu yang tak sihat lepas booster tapi beberapa hari je. Cuma lepas booster tu, siap-siap ada panadol dan rehat cukup-cukup. 

Kalau rasa was-was, boleh cek dulu tahap kesihatan dengan doktor. Mana yang terbaik, kita ikut. Ambik booster ye korang. Semoga kita terhindar dari terkena covid. Kita ikhtiar, kita jaga kita. 
 hai assalammualaikum

Kes Covid Makin Hari Makin Naik, Jaga SOP, Jaga Diri Dan Doa Yang Baik-Baik - Bila tengok angka covid, macam tak percaya pun ada, tapi kena percaya juga. Dia macam tiba-tiba naik kes covid ni, macam tahun-tahun sebelum ni. Kes naik bila lepas perayaan CNY dan nak dekat dengan puasa dan raya. 

Tapi tak hairan juga, sebab masa CNY pun ramai yang berjalan sana sini, balik kampung. Covid ni mana la kita tau nak kena bila kan.
 hai assalammualaikum

Alhamdulillah, Dah Boleh Rentas Negeri Bermula 11 Oktober 2021 - Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, rentas negeri dah dibenarkan bermula esok 11 Oktober 2021. Disebabkan atas kesabaran semua, walaupun kadang ada juga yang merungut, akhirnya hajat korang untuk merentas negeri dah ditunaikan. Semua ni juga atas kerjasama kita, rakyat Malaysia bagi mendapatkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah PICK telah mencapai sasaran 90% . 

Pengumuman ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob. Bukan sahaja dapat merentas negeri malah dapat dapat melancong keluar negara. Kebenaran ini hanya mereka yang telah lengkap vaksin.

KELONGGARAN PENERIMA VAKSIN LENGKAP

in , , by Nadia Johari, 12:06:00
 hai assalammualaikum

Complete Dose Kedua Cucuk Vaksin, Alhamdulillah - Alhamdulillah, alhamdulillah, complete dah untu dose cucuk kedua vaksin. Sebelum ni dapat vaksin pertama, nad dapat vaksin Sinovac. Untuk Sinovac hanya beberapa minggu sahaja untuk dose kedua. Dan 2/8 haritu selesai dose kedua. Ya lama dah kan, baru nak cerita..hehee.

 hai assalammualaikum

Alhamdulillah, Mak Ayah Dan Suami Selamat Cucuk Vaksin Dose Kedua - Senang hati bila orang tersayang dah selamat cucuk vaksin kedua. Dengan keadaa sekarang yang makin teruk, dengan datangnya varian baru, Delta, memang menakutkan kita semua. Sekarang, semua orang berlumba nak dapatkan vaksin. Ya,walaupun vaksin tak boleh halang virus 100%, tapi ni salah satu ikhtiar kita untuk elakkan dari terkena virus dengan lebih teruk.

SELESAI DOSE SINOVAC VAKSIN PERTAMA KU

in , , by Nadia Johari, 11:20:00
 hai assalammualaikum

Selesai Dose Sinovac Vaksin Pertama Ku - Vaksin yang ditunggu-tunggu akhirnya kunjung tiba. Selalu nampak orang lain post diaorang dah dapat vaksin, punya bersabar kita menunggu giliran untuk mendapat vaksin. Daftar dari bulan 2, setiap hari cek Mysejahtera, tak pernah miss, nak tengok dapat ke tak vaksin, masih tak dapat-dapat. Sedih, hampa, akhir sekali, redha dan tunggu sahajala. 
 hai assalammualaikum
 
McDonald's Malaysia Hargai Frontliner Dengan Menaja Makanan Kepada Lebih 70 Hospital Di Seluruh Negara - Saban hari, kes covid makin hari makin meningkat dan sebagai rakyat yang prihatin, kita perlulah mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan penularan covid ni. 
 
 hai assalammualaikum
 
Alhamdulillah, Ayah Dah Cucuk Vaksin Pertama - Sejak kes makin meningkat, kebanyakannya dah tau covid 19 ni bukan main-main. Virus ni ada di mana-mana sahaja tanpa kita nampak. Kecuali mereka yang antivaksin ni, tak percaya dan mereka anggap benda ni tipu. Malas nak berbicara tentang antivaksin, kita yang takut dengan virus ni, cepat-cepat nak dapatkan vaksin yang diberi sekarang.
 
hai assalammualaikum
 
Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko Covid-19 - Peningkatan catatan kes COVID-19 di seluruh negara membimbangkan Dr. Premitha Damodaran, Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL). Dengan pengalaman lebih daripada 25 tahun, beliau sendiri mengakui belum pernah melalui pandemik yang serius seperti COVID-19 dan menggesa supaya ibu hamil mendapatkan vaksin dalam tempoh antara Minggu 14 dan Minggu 33 kehamilan. 
 hai assalammualaikum
 
Korang Dah Daftar Belum Untuk Vaksin Covid-19?- Korang dah cek belum dekat mysejahtera untuk vaksin ni? Dah daftar belum untuk vaksin diri sendiri ni? Aku sudah!! Daftar dekat Mysejahtera. Tapi vaksin ni ikut peringkat-peringkat. Kita daftar je dulu, insyallah, sampai la ke kita nanti untuk vaksin ni.

PANDUAN CARA MEMOHON i-SINAR KWSP

in , , by Nadia Johari, 13:58:00
hai assalammualaikum
 
Panduan Cara Memohon i-Sinar KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut terkini mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP. KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas. Harini dah pun boleh memohon i-Sinar KWSP. Siapa yang layak cepat-cepatla mohon.

 hai assalammualaikum

PKPB Di Selangor, WP Kuala Lumpur Dan Putrajaya Bermula 14 Oktober - Baru update berkenaan PKPB di Klang, tiba-tiba harini dapat tau, PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober. Adeh!! Nampak tak, baru sahaja kita nak rasa nikmat bebas, walaupun tak sepenuhnya bebas, tapi bolehla bergerak ke sana sini tapi ditarik semula. Penat kita sebagai rakyat patuh SOP ni semua. Jangan pentingkan diri sendiri pada yang bersalah tu. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni bermula dari 14 Oktober sehingga 27 Oktober. Walaupun dua minggu sahaja, tapi beri kesan mendalam juga ya.

hai assalammualaikum

PKPB Di Klang Punya Pasal, Baru Nak Belajar Peta Klang - Haritu diumumkan 9 Oktober bermula PKPB di Klang. Ramai konfius, Klang area mana je, adakah Shah alam termasuk sekali. Macam rumah family nad dekat Meru, adakah kawasan tu termasuk? memang jadi tanda tanya. Waktu tu juga ramai yang post peta Klang, bahagian mukim-mukim ni. Nad tau pun area Meru, Kapar, Pelabuhan Klang, Kampung Budiman..ahhaa. Yang lain dah pening. Bila diaorang post peta Klang, baru tau..hahaha..

Ni antara peta Klang yang diaorang kongsi. 

Ni Untuk Klang Utara dan Klang Selatan
 

 
 
Ni pulak bahagian kecil-kecil bahagian Klang
 

 
 
Ni pulak Kawasan PKPB di bahagian Klang
 

 

Jadi rumah mak ayah nad tak termasuk dalam PKPB. Tapi diaorang tetap juga tak boleh keluar mana-mana sangat. Bila perlu je baru keluar. Samalah mana-mana tempat pun, yang tak PKPB pun buat benda sama. 

Masa pengumuman PKPB ni, nasib nad dah balik KL. Kalau tak, tak dapat keluar balik. Risau juga, sebab masa Meru ada sorang kes covid, dekat pulak dekat dengan rumah mak nad, memang risau. Sekarang, makin melarat covid ni. Dah merata dia ada. 

Bila la nak kembali pulih macam dulu kan. Rindu nak jalan-jalan tanpa risau, jalan-jalan dengan senang hati. Ni salah satu peringatan untuk kita juga. 

Sekarang lebih duduk rumah je. Event pulak banyak dah cancel semula sebab kebnayak shopping mall ada kes covid. Takpela, duduk rumah diam-diam, jangan pergi tempat ramai orang. Sama-sama kita putuskan rantaian covid ni. Malas nak nuding jari dekat mereka yang tak bertanggungjawab ni. Supaya mereka sedar lepas ni.
hai assalammualaikum

Nuby Malaysia Face Mask Kanak-Kanak - Benda paling penting sekarang ialah face mask. Kalau keluar je mesti kena pakai face mask, lagi- lagi anak- anak untuk menjaga keselamatan mereka. Nak cari mask untuk anak-anak macam tak banyak je. Nasib baik, nampak Nuby Malaysia post diaorang ada jual mask kanak-kanak. Korang boleh tengok kids face mask ni dekat Nûby Malaysia website via https://yobaby.store/shop/ .
hai assalammualaikum

Sekolah Tabika Dibuka 1 Julai - Disebabkan covid 19, banyak sekolah, universiti ditutup bagi menghentikan penukaran wabak ni. Baby dan kanak-kanak paling risiko terkena jangkitan wabak covid ni. Masa tak boleh pergi sekolah tu, tertanya juga Fariza, kenapa tak pergi sekolah. Bila cakap ada kuman, alhamdulillah, dia faham. Lagi pun masa tu banyak iklan pasal covid ni ditunjukkan, jadi senangla nak terangkan dekat dia. Masa PKP pun Cikgu Ema, cikgu tabika Fariza, ada bagi kerja sekolah untuk dia dan kawan-kawan buat. Kelmarin, Cikgu Ema whatsup, Tabika akan dibuka 1 Julai ni dan cikgu siap bagi SOP yang perlu dipatuhi. Memang nad baca betul-betul sebelum buat apa-apa keputusan..
hai assalammualaikum

6 BarangYang Patut Ada Dalam Beg Norma Baru PKP - Bawa beg ni bukan sahaja aset tapi memudahkan untuk mengisi barang tanpa perlu pegang barang tersebut. Bila ada beg ni masuk je dalam beg, dan bawa je ke mana-mana, tak kira la pergi tempat kerja, pergi kelas atau pergi jalan-jalan. Kalau sebelum ni, beg diisi dengan barang seperti dompet, makeup, kunci dan lain-lain lagi yang rasa perlu dibawa, sekarang disebabkan wabak covid, beg perlu ditambah lagi untuk diisi benda yang lebih penting. Mungkin ada beberapa barang sebelum ni yang kita bawak perlu dikeluarkan dan diganti dengan baru. Apa barang yang patut ada dalam beg norma baru ni ye?
hai assalammualaikum

Covid 19 Buat Anak- Anak Kecil Tak Bebas - Sejak penularan covid 19 di Malaysia, memang semua orang takut. Sebab virus ni mudah merebak kepada sesiapa pun. Dan yang paling risau ialah pada orang tua, mereka yang mempunyai penyakit dan kanak-kanak, sebab mereka mudah terkena. Sebenarnya antara mereka ni, kanak-kanakla paling kesian bila covid melanda ni. Kanak-kanak terpaksa duduk rumah sahaja, dah tak bebas seperti sebelum ni.
hai assalammualaikum

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Mulai 10 Jun - Dari Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pukul 3 petang tadi. PKPP akan dilaksanakan mulai 10 Jun.
hai assalammualaikum

Kambing Bakar Frozen Pomo Siap Perap Dari Kambing Bakar Delivery - Siapa tak suka makan kambing oii. Kalau nampak daging kambing dekat sesuatu majlis, mesti cepat-cepat ambil. Laku keras daging kambing ni, sampai sanggup beratur panjang, sanggup tunggu nak makan. Bukan selalu dapat makan kambing. Tapi waktu sekarang, nak makan mestilah buat sendiri kan, tapi kalau malas, order je..hehehe. Tapi nad suka beli yang jenis frozen, lepastu siap dengan perapan. Senang, nak makan cairkan sekejap, dan terus masak. Lagi best siap ada sos dia, takyah buat..hahaa.

SAMBUTAN HARI RAYA PKPB 2020

in , , by Nadia Johari, 22:48:00
hai assalammualaikum

Sambutan Hari Raya PKPB 2020 - Hah, dah masuk hari raya ke 6 dah rupanya ya. Tahun ni raya tak semeriah seperti sebelum-sebelum ni disebabkan covid 19. Macam tak sangka kan semua ni akan berlaku. Memang menjadi peringatan dan kenangan kepada kita semua untuk hadapi norma baharu. Tahun ni kita sambut hari raya secara sederhana sahaja. Walaupun macam tu, masih bersyukur dapat meraikan hari raya walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ).
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2