Showing posts with label fesyen
Hey guys, how are you?

Hope so. Today we're going to talk about Popilush's high-selling and which I recommend for everyday use. Remembering that Popilush has an incredible variety of products and seeks to bring comfort, safety and quality to all the pieces you need. Shall we start showing the five best selling items then?


The Soft Modal Loungewear 8 in 1 Built-In Shapewear Maxi Dress is one of Popilush's best sellers and is a perfect built in shapewear dress for your day to day. In addition, he has a wonderful system that helps define the waist, hips and abdomen.
hai

Peraga Pakaian Lestari Di 'The Show' Oleh Pelajar Teknologi Reka Fesyen Taylor's - Dunia fesyen sekarang bagai 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Macam-macam jenis fesyen baju, design yang direka oleh designer. Tanpa mereka sedar banyak kain yang tidak digunakan telah terbuang begitu sahaja. 

Taylor’s University, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd (LLCM) bersama FASHINFIDELITY dan pereka fesyen Hatta Dolmat, telah bekerjasama dalam satu inisiatif untuk memperagakan pengeluaran pakaian lestari sebagai usaha menyokong fesyen beretika di Malaysia.

 hai assalammualaikum

Aeon Fashion Preview : Baju Gaya Fit (Sukan), Percutian (Kasual) Dan Perkahwinan (Wedding) - Majlis Fashion Show paling meriah nad pernah sertai anjuran Aeon. Bermula dari TRIBES Boxing Studio memperagakan baju Gaya Fit (Sukan) jenama Innercasual, seterusnya berjalan ke MRT Surian ke Aeon Maluri, memperagakan baju casual di dalam MRT yang sedang bergerak dan diakhiri di Aeon Maluri dengan pakaian perkahwinan.

AEON Fashion Preview (AFP) ialah acara tiga tahunan menunjukkan jenama fesyen AEON yang akan berada di Aeon. Fesyen yang menyerlahkan trend, gaya, warna dan tekstur terkini mempamerkan ketibaan musim baharu serta mengumumkan kerjasama yang menarik. 

hai assalammualaikum

Tema Baju Raya 2020 - Tahun ni disebabkan kita beraya dekat rumah, boleh ziarah untuk hari raya pertama sahaja, jadi tema baju raya nad dengan anak-anak berkebaya dan berkain batik..hehee..Tapi nad tak pakai kebaya pun, nad pakai baju blouse. Anak-anak je pakai kebaya. Yang penting kain batik tu..hehehee..

UNIQLO and JW ANDERSON 2020 Spring/Summer Collection to Launch on March 27 Includes Long-Awaited Kids Line

Global apparel retailer UNIQLO today announces that it will launch its 2020 Spring/Summer UNIQLO and JW ANDERSON collection on Friday, March 27. Developed once again with leading London-based fashion brand JW ANDERSON, the latest collaboration is themed “British Country Style” and includes a long-awaited line for kids. The collection combines the functionality and details of LifeWear with Jonathan Anderson’s playful take on such traditional British patterns as gingham checks and patchworks to add fun to spring and summer. This marks the very first time for the designer to create a kids’ line.



The traditionally inspired collection includes numerous new items in JW ANDERSON’s signature bold hues. Men’s pocketable parkas are updated with in-trend anorak styling, for a genderless look. For women, the line features patchwork dresses and skirts, tote bags with large gingham patterns.

Designs and details for the kids’ line are essentially the same as for adults, only in commensurately smaller sizes. There are also linen blend blouses inspired by vintage sailing apparel. Regular fit shirts incorporate stitched panels for an additional styling touch. All items for kids coordinate easily with adult outfits to make family outings more fun.

The range will be available globally and all UNIQLO stores will stock some items from the collection, while the full lineup will be accessible through Fahrenheit 88 and at https://www.uniqlo.com/my/

hai assalammualaikum

GMBB Souk Raya 2019 Mempamerkan Rekaan Pereka Tempatan Sepanjang Ramadan

GMBB Souk Raya 2019 Mempamerkan Rekaan Pereka Tempatan Sepanjang Ramadan - Haritu nad hadiri fashion show di GMBB Mall di Bukit Bintang. Kalau korang yang tengah nak cari baju raya tu, bolehlah datang ke GMBB Mall ni sebab ada banyak koleksi baju raya yang korang boleh pilih. Baju dari orang dewasa hingga kanak-kanak. GMBB Souk Raya 2019 ni akan diadakan sepanjang bulan Mei ni.

Lebih 30 jenama fesyen akan mempamerkan koleksi fesyen Raya terkini di Souk Raya bertempat di GMBB dari 1hb hingga 31hb Mei
Kreativiti menjadi tumpuan di pentas utama GMBB Bukit Bintang sepanjang bulan Ramadan Mei ini bersempena Souk Raya

GMBB, pusat membeli-belah pertama yang menjadi tuan rumah kepada acara Souk Raya 2019, pasar raya yang bertemakan konsep Maghribi pada sepanjang bulan Ramadan. GMBB sebagai penaja lokasi bekerjasama dengan AX Events and Communications sebagai penganjur. Souk Raya dilancarkan dengan pertunjukan fesyen yang menunjukkan lebih daripada 30 gaya menarik dari 9 pereka yang terkenal untuk pakaian wanita dan lelaki serta pakaian kanak-kanak.

Pertunjukan fesyen ini menampilkan rekaan siap dipakai (ready-to-wear) dan couture dari pereka tempatan seperti Shanell Harun, Raya oleh Calvin Thoo, Koleksi De Bunga Raya oleh Ridzuan Bohari, Chic Cool Chica oleh Tom Signature untuk pakaian wanita manakala Goodman dan Dato Shah Reza untuk gaya lelaki.



Lain-lain jenama pereka Kids by ASLI untuk kanak-kanak, Najla Shoes, aksesori oleh Suzanna dan bunga-bungaan oleh Bunga Lab.

Pertunjukan fesyen Souk Raya ini turut menerima kunjungan dari Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Fazarinawati Datuk Mohd Din. Lebih 300 tetamu undangan diberi kesempatan untuk melihat dengan lebih dekat setiap satu rekaan unggul yang dipamerkan pereka-pereka di pertunjukan fesyen Souk Raya ini. Peraga fesyen tempatan dan selebriti-selebriti seperti Datuk Tom Abang Saufi dan Iman Zulkarnain turut hadir memeriahkan acara tersebut.



Souk Raya adalah pasar trend dan fesyen urban unik yang diadakan sepanjang bulan Ramadan. GMBB ialah lokasi yang dipilih secara khusus bagi menyediakan pengunjung dan pembeli untuk merasai pengalaman membeli-belah yang berbeza. Ini adalah tahun pertama GMBB menganjurkan acara seperti ini bagi membangkitkan cita rasa artisan serta pengalaman peruncitan bebas di mana daya kreativiti menjadi perhatian utama. Dari couture hingga rekaan siap dipakai (ready-to-wear) pada harga yang berpatutan, pembeli turut boleh dapati pelbagai variasi pilihan lain seperti pakaian, kasut, tudung dan aksesori.


Pengarah Urusan AX Event and Communications, Encik. Abdul Azeez Salleh berkata di majlis tersebut, "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan pereka-pereka fesyen tempatan yang berbakat untuk memperkenalkan koleksi Raya 2019 mereka kepada rakyat Malaysia. Melakar inspirasi menerusi elemen dan komponen setiap satu rekaan, setiap koleksi mempamerkan gabungan tekstur, warna dan corak unik yang mewakili maksud yang tersirat. Souk Raya bukan sekadar platform untuk pereka fesyen tempatan mempamerkan kreativiti fesyen masing-masing, ia juga turut berkongsi pandangan mengenai reka cipta pereka-pereka fesyen kepada orang ramai, sambil memberi mereka peluang untuk menubuhkan jenama dalam industri perniagaan. Inilah kali pertama Souk Raya diadakan di GMBB. Kami yakin konsep GMBB bersesuaian dengan Souk Raya dan kami berharap agar dapat menjalinkan usaha ini setiap tahun - di mana trend fesyen menjadi satu. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada GMBB atas sokongan yang diberikan. "


Souk Raya berpamerkan di tingkat 1 dan 2 di GMBB. Dengan pelbagai tawaran menarik yang disediakan bersempena sambutan Hari Raya, pengunjung dialu-alukan untuk melawat Souk Raya 2019 dari hari ini hingga 31 haribulan setiap hari bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut tentang Souk Raya dan senarai aktiviti terkini di GMBB, sila ikuti kami di Facebook (https://www.facebook.com/gmbbkl/) atau Instagram kami di (https://www.instagram.com/gmbb.kl/).


hai assalammualaikum

Promosi raya 2019 Rawatan serendah  RM199 Di MBH Medispa - Sekejap lagi dah nak masuk bulan Ramdhan, kemudian bulan Syawal pula. Hah!!, nad tau, ramai dah buat persiapan raya kan. Walaupun .kita tengok macam awal je lagi, tapi buat persiapan awal tu bagus. Takdala kelam kabut sangat kan. Tak kira lelaki atau perempuan, setiap kali musim raya ni, bukan baju dan perhiasan rumah sahaja nak cantik dan baru, diri sendiri pun mesti nak nampak cantik dan "baru". Masing-masing taknak kalah, mesti nak tampil dengan wajah berseri, badan yang langsing dan rambut yang menarik. Bila nak berOOTD tu rasa seronok je kan. Orang tengok pun, "woww, cantiknya dia, hensemnya dia, kurusnya dia"..gitu..hehehe..



Promosi Raya 2019 Rawatan Serendah Dan RM 199 Di MBH Medispa  

Hah!!, nak cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki, tapi tak tau nak buat macam mana? Jangan risau, ni nad nak kongsi dengan korang, nak bagitau berita gembira yang korang boleh dapatkan wajah yang cantik berseri, badan yang langsing dan rambut yang menawan di MBH Medispa. Bertemakan " Raya Semua Baru", denagn tagline mereka "MBHRayaNiConfirmCun, rangkaian MBH dibawah syarikah MOHA GROUP SDN BHD, yang menggabungkan empat anak syarikatnya iaitu MBH Medispa, MBH Haircare dan MBH Body Theory dan Dermaklair telah melancarkan kempen menjelang Raya, dan membuat kelainan dengan menawarkan rawatan terbaru, koleksi raya terbaru, pakej raya terbaru dan loyalty point kepada pelanggan mereka.


Sempena raya bakal tiba ni, MBH Medispa menawarkan harga promosi untuk setiap rawatan dari rambut, muka dan badan serendah RM199 bermula 1 April sehingga 31 Mei 2019. Boleh dah buat sekarang guys!!..Harga yang diberikan memang sangat berpatutan dan murah.

Rawatan Terbaharu MBH Sempena Raya 2019
Rawatan yang ditawarkan di MBH sempena raya merangkumi semua, dari rawatan rambut, rawatan wajah, dan rawatan badan.

Rawatan Rambut
- Mana yang ada masalah rambut tu, seperti rambut gugur, rambut gatal sana sini, botak kepala, boleh cuba rawatan pertumbuhan rambut iaitu Hair Growth Booster Laser. Rawatan ini dapat merangsang pertumbuhan anak rambut yang baru dan menghilangkan kelemumur, membunuh kuman bakteria yang menjadi punca rambut tak sihat. dengan rawatan ini, rambut akan sihat dan kuat.

Rawatan Wajah
- Semestinya, wajah amat penting untuk kita kan. Musim raya ni nak berjumpa dengan ramai orang, sanak saudara. Kalau muka tak cantik, mesti malu kan nak keluar beraya. Jadi ni rawatan yang boleh korang buat.
* Salmon DNA Booster Treatment
* Pinkish Cheek KPOP
* Crystal Clear Treatment
* Vitamin C Whitening Infusion

Dalam banyak-banyak rawatan wjaah ni, nad tertarik dengan Pinkish Cheek KPOP. Rawatan ni buat pipi kita nampak pinky kemerahan tau, tak perlu pakai blusher. Semulajadi dia merah..hehehe. Disarankan buat ni seminggu sebelum raya.

Rawatan Badan
- Mana yang nak badan langsing, kurus, ada bentuk cantik solid tu, bolehlah dapatkan rawatan badan di MBH Medispa ni. Yela, nak pakai baju kebaya kan tahun ni..hheheeh..Rawatan yang dibuat ialah "inch loss" iaitu Staright Loss Shell.

Dermaklair juga melancarkan produk baharunya iaitu
- Sensitive skincare
- Whitening tablet
- UV tinted PRO
- Let It Melt
- Burn It Fast.









Hah banyak pakej dan koleksi raya tu, korang tinggal pilih je nak buat yang mana, nak buat semua pun boleh..hehee..Murah je you alls. Jangan tak tau ada yang dah book tau untuk promosi Raya ni, yela nak tampil dengan imej "baru" raya nanti..hheehe..

MBH Program Loyalty khas untuk Pelanggan 

" Setakat ini, sambutan yang ditunjukkan para pelanggan amat menggalakkan", kata Puan Yaya Mohammad selaku pengarah urusan MOHA Group Sdn Bhd. " Bukan sahaja untuk kempen raya, sebelum-sebelum ini, pelanggan MBH sentiasa memberikan sokongan tidak henti setiap kali MBH mengeluarkan promosi terbaharu.



Hah!!, nampak tak, ramai yang dah cuba buat rawatan di MBH. Jadi untuk pelanggan setia atau pelanggan yang datang buat rawatan di MBH, pihak MBH akan memberikan " Loyalty point ", diskaun, rawatan percuma, kad keahlian MBH kepada ahli-ahlinya bagi mengembirakan dan memberi kepuasan maksima kepada pelanggannya. Ada juga aktiviti menraik sepanjang keahlian. Bagus kan, bila ada ni semua, pelanggan rasa betul dihargai.


Bagi korang yang daftar sebagai ahli atau yang datang buat rawatan pakej raya ni, korang akan dapat set travel mini ni dan pelbagai voucher lagi. Wah, menarik kan. Nad pun nak jadi pelanggan setia MBH la..hehee..

MBH Medispa telah ditubuhkan selama 10 tahun dan mempunyai 17 cawangan, antaranya
- MBH Medispa Tebrau,
- MBH Medispa Penang,
- MBH Skin Expert Segamat,
- MBH Medispa Johor Bahru,
- MBH Medispa Batu Pahat,
- MBH Medispa Melaka,
- MBH Medispa Senawang,
- MBH Medispa Ampang,
- MBH Medispa Kota Damansara,
- MBH Medipspa Wangsa Maju,
- MBH Medipsa Cheras,
- MBH Medispa Bangi,
- MBH Medispa Shah Alam,
- MBH Medispa Kuantan,
- MBH Medispa Temerloh,
- MBH Medispa Ipoh
- MBH Medispa Sungai Petani


Hah, apa tunggu lagi, book appointment sekarang untuk buat rawatan di MBH Medispa, sementara harga promosi sempena raya ni oii!!, murah je serendah RM199. Raya ni nak wajah cantik, nak badan solid, nak rambut sihat apa tunggu lagi, pergila MBH medispa berdekatan ok. Nad pun nak buat ni..hehee..bagi meletup raya ni kau..hahaaha..

Untuk maklumat lanjut boleh layari
Website : www.mbhmedispa.com

MBH Medispa:
Facebook:  https://www.facebook.com/mbhmedispa1/
Instagram: https://www.instagram.com/mbh_medispa/

MBH Haircare:
Facebook: @MBH Haircare Malaysia 
Instagram: https://www.instagram.com/MBH.HAIRCARE_MALAYSIA/

MBH Body Theory:
Facebook:  MBH Body Theory
Instagram: https://www.instagram.com/MBHBODYTHEORYHQ/
hai assalammualaikum

#OOTD Raya 2018 : Lagi beberapa minggu dah nak habis raya, mood raya masih tetap on ok. Masih nak bercerita pasal raya ni..hehe. Selalunya, kalau raya, mestilah kita nak #ootd ( outfit of the day ) bagai, terutamanya perempuan..hahaa. Lagi-lagi raya pertama, mestilah nak tunjuk baju masing-masing kan. Tema mestilah berlainan daripada raya tahun-tahun sebelum ni. Design dan corak pun kena berlainan. Baru la nampak kelainan di situ. Raya kedua dan seterusnya, pakai baju lama je, tapi asalkan yang belum pernah ambil gamabr lagi..hahaa. Mungkin pernah ambil, tapi kita gayakan cara lain kan berbeza..hah!!..


Untuk raya pertama, memang mestilah baju baru..hahaa. Raya kali ni, nad beli pakai pakaian dari Jakel, Hanis Zalikha punya.Tahun ni memang Jakel la. semua anak beranak dapatkan baju dekat Jakel, senang, satu bumbung, dari lelaki, perempuan sampai ke anak. Hah, baju tema kali ni warna maroon, tapi nad punya warna merah, memang kena lain sikit ye dari suami dan anak-anak. Nad punya special sikit..hehee. Corak bersilang, memang simple, tapi masih nampak menawan.


Raya kedua, pakai baju lama, baju kepok-kepok ditangan. Dulu pakai tudung, yang ni pulak pakai shawl la..hheee. Nampak sesuai shal ni bila dipadankan dengan baju. Masa ni raya dekat kampung, memang banyak portla nak bergambar cantik-cantik..hahaa. Tempat bunga jiran pun boleh.


Raya ketiga, baju lama juga, baju dari zaman anak dara gitu. Baju kurung biasa berwarna hitam merah. Masih lagi cantik.


Malam tu, baju Batik Sarawak. Gambar agak kabur ye, sebab tukang amik gmbar tak reti pakai kamera phone kita..huhu


Yang ni, tak ingat raya ke berapa, pergi kenduri rumah orang kawin. Baju kurung moden.


Yang ni pulak pergi ke open house, baju jubah bercorak bulat-bulat dan berbunga dibawah. Shawl pun berbunga.

Lepas tu dah takde #ootd dah, sebab dah tak keluar beraya..hahaa. Tahun depan tak tau #ootd macam mana pulak..hehee. Tunggu jela tahun depan.


TEMPAHAN BAJU SEDONDON AURELIUS HANDMADE

in , by Nadia Johari, 23:28:00
hai assalammualaikum

Dari Fariza lahir, sampaila harini,memang suka sedondon baju dengan anak. Puas jugakla cari baju yang memang nak sama dengan anak, dari segi design, bentuk dan corak tapi susah nak cari dekat kedai. Ada mungkin ada, tapi tak menetapi citarasa pulak. Itu biasala kan. Nak lagi mudah, kalau boleh, beli kain, lepas tu suruh orang jahit. Tapi ada ke, orang amik upah jahit tshirt. Bukan senang nak cari kan.

Mak Dan Anak Sedondon, Baju Dari Aurelius Handmade

Baju Sedondon Keluarga Di Aurelius Handmade

Haritu, nad ada post gambar di atas, dekat facebook. Ramai cakap berkenaan baju kami lawa dan sedondon. Corak pun menarik. Lagi-lagi baju anak, siap ada hoodie..hehehe. Jangan terkejut, baju ni jahit sendiri tau. Lawa kan,nad suka giler. Jeles juga dengan baju anak..hahaha.

Hah!!, ni nad nak kongsikan dengan korang, mana nak buat baju sedondon tshirt sahaja tau untuk mak,anak. Kalau nak sedondon ayah sekali pun boleh. Nak sedondon satu keluarga pun boleh, tapi hanya tshirt sahaja ok.

Pelbagai tshirt di Aurelius

Macam-macam ada

Nad tempah baju ni di Aurelius Handmade. Pemilik Aurelius Handmade ni namanya Puan Farah. Farah hanya amik tempahan buat baju tshirt sahaja. Ada juga dia amik tempahan buat seluar dan satu set baju tshirt untuk budak. Comel-comel je tengok baju budak dia buat. Geram pulak..hahhaa..

Sebenarnya ada pilihan, sama ada korang nak guna kain yang dah disediakan oleh Aurelius Handmade atau beli kain ela sendiri dan hantar dekat Aurelius. Tapi macam nad, takda masa nak cari kain ela semua, jadinya mintak pilih kain yang ada di Aurelius Handmade. Nad pilih dua kain, dua-dua bercorak. Mula tu nad tanya, tshirt je ke??, boleh buat jenis fishtail ke. Farah kata boleh, lagi suka la nad. Yela takkan nak dua-dua tshirt, mestila nak lain-lain design kan..hehehe.

Design tshirt untuk anak, nad tengok dekat page Aurelius handmade. Ada macam-macam, tapi nad terpikat dengan yang ada hoodie. Untuk gaun anak pun sama.

Untuk ukuran, korang kene ukur sendiri, lepas tu bagi dekat dia. Pastikan ukuran betul, kalau tak, haru..hahahha. Macam untuk Fariza, nad tak amik.ukuran tapi bagitau umur. Mungkin Farah dah biasa buat baju budak, tanya umur je dia tau saiz..hahhaa. Nad redha je untuk baju anak. Tapi takkan la Farah buat tak betul kan..hehehe... Nak selamat korang bagila ukuran anak beranak.

Dalam masa seminggu lebih juga baju tshirt pertama siap dan Farah hantar hasilnya. Tengok gambar pun dah cantik. Tak sabar nak dapat. Mulanya gambar dia hantar, nad nampak baju nad macam bahagian bawah tu panjang sangat pinknya, jadi nad mintak alter. Lepas tu, baju fistail pulak siap. Memang cun.

Cantik kan..bunga-bunga gitu

Tshirt Fariza ada hoodie, Nad punya tshirt muslimah

Bergaya dengan tshirt Aurelius Handmade

Fishtail dari Aurelius

Tersenyum riang pakai baju sedondon ni

Bila Farah kata, puas hati atau ada apa-apa nak kena ubah, nad cakap takde ape dah. Sebab dah cantik..hehehe. Bagus Farah ni tau. Hasilnya memang menakjubkan. Sama macam apa kita nak.

Baju ni dijahit sendiri oleh Puan Farah. Jahitannya memang kemas dan cantik. Sangat-sangat puas hati. Lepas ni boleh tempah lagi. Korang kalau nak baju macam ni, boleh contact   016 298 7011 atau terjah page dia tengokla macam-macam dia jahit sendiri di.
Facebook: https://www.facebook.com/aureliushandmade/
Instagram : @aureliushandmade



hai assalammualaikum

Siapa tak suka pakai beg tangan. Orang perempuan mesti nak bergaya dengan beg tangan. Sebelum ada anak, bolehla bergaya dengan beg tangan yang comel-comel. Sejak ada anak, barang anak lagi banyak dari barang sendiri. Jadi, nad akan pilih beg tangan yang mempunyai ruang yang besar untuk isi barang ibu dan anak. Dan pastikan beg tangan tu, nampak bergaya bila dipakai.

Beg Shunshine Dooms Dari Mizzue

Satu hari tu, bila kawan-kawan ada sebut berkenaan beg di Mizzue. Nad pun mula lah nak tau apa tu Mizzue??..dekat mana nak tengok. Kawan cakap pergi ke website dia, www.mizzue.com.my. Nad pun apa lagi, mulalah tengok website dia. Dah buka mesti klik sana sini, aduhh!!! Cantik-cantik semuanya. Memang buat nad teruja nak pilih beg tangan dekat situ.

Beg Tangan Mizzue Malaysia Berjenama

Mizzue Malaysia adalah jenama online shoping di mana, ia menjual pelbagai jenis beg tangan yang akan membuatkan si pemakai nampak lebih elegant, anggun dan bergaya.

Pelbagai koleksi beg Mizzue

Beg tangan di website mizzue memang banyak pilihan yang cantik, comel dan warna yang menarik. Jenis beg yang ada bukan satu jenis tapi pelbagai jenis sepeti clutches, shoulder bag, beg travel dan dompet. Design yang menarik, dan berkualiti akan buat korang rambang mata sampai tak tau nak pilih yang mana. Beg tangan Mizzue ni bukan biasa-biasa tapi sangat berkualiti dan tahan lasak.

Shunshine Dooms

Kulit yang berkualiti

Bergaya dengan beg Mizzue

Pilihan beg nad dari Mizzue Malaysia, yang menarik perhatian nad Shunshine Dooms ni. Nad tertarik sebab, design dia macam baju dekat bahu..hahaha. Design macam ni nad takda lagi, jadi nampak cute pulak.

Memaparkan poket depan kulit-zip, poket belakang belakang dengan penutupan magnetik magnet. Pilihan warna yang ada ialah  Mauve, Blue dan Turquoise. Korang boleh pilih mengikut kesesuaian dengan citarasa korang. Beg ni dari kulit PU yang direka dengan kemasan berkualiti tinggi yang menampakkan beg ni menjadi trend fesyen beg tangan moden yang terbaik. Ia sangat tahan lama dan tahan lasak.

Macam-macam boleh masukkan

Ruang Kapasiti Yang Luas

Nad ingat saiz beg ni, sederhana sahaja, sekali dapat, besar betul. Suka sangat sebab menetapi citarasa nad. Ruang yang sangat besar, bukan setakat boleh isi telefon, dompet, malah boleh masukkan barang makeup, ipad dan sebagainya. Laptop pun boleh muat ni tau!! Macam nad, ada anak, bolehla selit barang anak juga. Mana taknya, ada zip ruang di bahagian luar, depan dan dalam beg.

Beg Tangan Mizzue Sesuai Digunakan Sesiapa Sahaja

Beg Sunshine Dooms' sempurna untuk dipakai sehari-hari dan sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja, tak kira pelajar , pekerja atau mereka yang ingin nampak bergaya dengan beg tangan.

Boleh pakai di lengan

Pakai bertali

Nad pilih beg ni sebab boleh pakai dengan dua cara, sama ada nak pegang ditangan, bila nak nampak ayu atau gaya silang. Yela kadang nak santai, nak travel, pakai silang la kan.

Hah!!, menarik tak. Tertarik tak!!..hehehe. Yang pasti semua beg tangan dekat Mizzue ni memang mempunyai ruang yang besar. Banyak lagi pilihan yang ada korang boleh pilih.

Apa kata korang layari maklumat yang nad beri ni, pasti korang akan terus pilih dan
Website : www.mizzue.com.my
EMAIL :- customer@mizzue.com.my
FaceBook :- https://www.facebook.com/mizzuemy
INStagram :-  https://www.instagram.com/mizzuemy/

BERKEBAYA KITA DI HARI RAYA

in , , by Nadia Johari, 14:45:00
hai assalammualaikum

Kebaya Batik Dari Bellaabaya

Tahun ni Raya 2017 tema baju nad dengan anak kebaya..hehee.  Mak dengan anak mesti sedondon walaupun lain design..hahaa. Tapi sebelum nad pilih baju kebaya, kawan nad ada offer baju budak. Jadi nad terbekenan dengan baju kebaya budak tu. Hah!!, Jadinya, tahun ni kita berkebaya la..hehee..Masa tu mulalah usha isntagram cari baju kebaya, tapi kebanyakannya terjumpa dari Indonesia..hahaa. Apa lagi, buatla status dekat facebook. Banyak kawan-kawan bagi cadangan, page dan instagram kebaya ni.

Macam nad, taknak kebaya yang jarang dan seksi tu, nad nak kebaya tak seksi. Lepas tu taknak baju kebaya yang labuh tu. Nad nak kebaya yang pendek dan tak seksi. Punyala tengok semua page dan instagram yang diaorang bagi, semua tak berkenan, sampailah ada satu ni, mula-mula tengok macam tak lawa, tapi tiba-tiba terpandang satu kebaya ni, cantik, tak seksi pulak tu. Warna kebaya tu pun takda lagi dalam almari, jadi terus beli je. Murah pun murah.


Hah, ni la baju kebaya nad. Maaf, gambar tak cantik pulak, ni kakak kita yang ambik. Haishh..penat posing cantik-cantik. Kakak ambil gambar senget pulak. Nad beli baju kebaya dia sahaja. Kain nad beli dekat kedai lain depan SOGO. Nasib sesuai kain dengan baju tu, sebab masa nak beli kain, tak bawa baju pulak. Tapi nasib baik ada gambar dekat telefon.


Baju kebaya nad beli ni namanya Baju Kebaya Batik. Baju corak batik. Memang cantik, tak seksi dan tak jarang. Pakai pun selesa. Tak panas pun. Sesuai la dengan nad, walaupun pendek tapi takdela pendek sangat. Baju kebaya ni boleh je pakai dengan seluar. Saiz nad amik saiz S. Ngam sangat dengan badan nad. Suka gila bila dapat baju kebaya ni. Baju nad ni harga RM89.

Kalau korang bekenan baju kebaya nad ni, korang boleh tengok di
Instagram: https://www.instagram.com/bellabaaya/
Contact: 013-5111239

Ada macam-macam jenis baju kebaya ada. Tapi orang ni memang lambat reply..hahaa..bersabarla. Tapi nad ni jenis kalau dah suka, memang sanggup tunggu. Tapi aklau seminggu tak reply memang cari lain la..hahaa. Tapi nasib dia tak lambat seminggu reply..hahaa.


Baju anak pulak, satu set. Susah betul nak ambil gambar dia sorang. Nak main je. Baju Fariza ni nad beli dengan kawan blogger juga. Memang ngam dengan badan dia..hehee. Comel je dia pakai baju kebaya ni. Dia ni dipakaikan baju apa dia tak kisah. Dia selesa je, tak panas.


Tengokla jelingan dia. Tajam oo..hahahaa..

Raya Kedua Tema Baju Pop Yeyeh Dari Zacheela

Baju raya hari kedua tema pop ye yeh la pulak. Bahagian tangan kitaorang kembang. Baju nad pakai ni masa dekat photoshoot. Baju nad ni dari Zacheela.Simple dan cantik. Bawah ada manik-manik sikit. Baju anak pulak bertingkat.


Ni la baju baru Hari Raya 2017 ni..simple je.Asalkan cantik. Yang penting warna tu belum ada dalam almari..hehee.


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2