Kek Batik Paling Sedap Di Meru Klang - Kek Batik ni memang popular dan digemari semua. Nak buatnya pun bukan susah, mudah sahaja, cuma rajin tak rajin je. Kalau malas, kau beli jela..hahaha. Tapi tak semua kek batik yang dijual menetapi citarasa. Ada yang jual kek batik tu terlalu manis, ada yang biskutnya tak sekata. Kalau tak kena tekak memang sedih ye. Sampaila nad jumpa kek batik yang paling sedap di Meru Klang.
Asal balik Meru mesti beli punya kek batik ni. Kalau orang tu tak open order, sedih betul. Kalau dia open order, terus berbekas-bekas nad beli bawa balik KL..hehee. Yela dah sedap, lepastu beli banyak sebab jarang balik Meru, taknak rasa kempunan, belila banyak. Kek batik adalah dessert yang sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa pun.