Showing posts with label kelabbloggerbenashaari
hai assalammualaikum


Selamat Ulangtahun KBBA9 Ke 10 - Pejam celik pejam celik,  tak sangka dah 10 tahun KBBA ni. Nad mula masuk kelab ni 2014, dan sekarang dah tahun 2020.  Sebelum nad masuk dalam kelab ni, memang dah lama wujudnya KBBA ni. Nad baru 6 tahun dengan KBBA. Banyak sangat kenangan dalam kelab ni.


KBBA bermaksud Kelab Blogger Ben Ashaari. Founder semestinya abang sado Ben Ashaari. Orangnya nampak garang,  sekali dia cakap, macam tak boleh dibantah.. Hahaha.. Tapi,  sebenarnya dia happy go lucky. Nampak badan dia yang sado tu yang tatutttt kita.. Kahkahkah..









Kelab ni bukan sekadar kelab blogger,  tapi kelab yang lebih dari kawan blogger. Ibarat keluarga, tempat bila kau rasa nak luah,  luah je. Kelab ni juga banyak kongs ilmu berkenaan blog boleh dapat. Sekarang bukan setakat blog,  kadang diaorang share macam mana nak youtubers pulak.. Hahaha.

Macam nad, takde group ni,  hidup macam sunyi. Sebab group ni,  mesti ade je borak yang diceritanya.

Sempena Ulangtahun KBBA yang ke 10 ni, kitaorang buat gathering ahli KBBA. Tahun 2020, ni semoga KBBA9 terus maju dan maju. Walaupun ahli yang datang tak ramai,  tapi tetap meriah. Sepatutnya 40 orang tapi sekarang musim demam,  ada anak yang tak sihat,  jadi diaorang tak dapat datang.

Sepatutnya, ada acara lain,  tapi plan dah jadi lain. Tapi tetap teruskan,  sebab dah lama tak gathering macam ni ramai-ramai.


Alhamdulillah, KBBA dapat bertahan sehingga 10 tahun. Harap,  dapat bertahan lagi dan lagi. Semoga ukhuwah ikatan kita semua berpanjangan. Semoga Kelab Blogger Ben Ashaari terus maju ke hadapan.



Terima kasih juga kepada Khaisyadelite untuk kek pandan dan tart yang sedap ni.. Memang sedap.. Nad dah pernah beli beberapa kali dah. Memang taak pernah mengecewakan. Ni pun bawak balik sebab ade lebih kan.. Hehee.

Sesiapa nak order kek sedap ni,  boleh order di instagram khaisyadelite.


Terima kasih juga kepada MacDonalds Malaysia sebab sponsor makanan dan minuman untuk kami.



hai assalammualaikum

Makeup Simple Oleh MUA Hayati Hashim - Dah lama muka ni tak dimakeupkan dengan makeup artis ( MUA ) ni. Haritu nad ada photoshoot untuk satu produk. Wajib ok muka ni perlu dimakeupkan, barula masa nak ambil gambar muka ni cantik je..hahaa. Lagi muka nad jenis yang ada bekas jerawat sikit, haruslah kena tutup bagi hilang segala cela dekat muka ni. Kalau makeup sendiri mesti hancur..hahaa..Sebab tu suka dimakeupkan dengan jurumekap MUA ni. Tangan berseni diaorang ni boleh buat muka kita jadi cantik seperti artis gitu..hahaa. Makeup kali ni nad guna sis Hayati Hashim dari Lamar.




Make Up Artis Hayati Hashim Dari Lamar

Memang tak sabar nak tengok hasil dia macam mana kan. Mula-mula dia bersihkan muka kita dari segala kekotoran ni. Leps tu start pakai foundation, buat kening, sampaila ke gincu. Hey nad rasa sekejap je dia buat tau, takda lama macam MUA selalu buat..hahaa. Tepek, tepek dah siap. Masa ni dia yang tentukan, makeup simple je la ye, barulah natural. Yup nad setuju, sebab nad pun taknak over sangat makeup. Masa photoshoot ni pun nad tak pakai bulu mata palsu tu, sakitla nak gam dan cabut semua. Sis Hayati ni tau la macam mana nak bagi nampak hasilnya cantik walaupun makeup simple dan bulu mata tu melentik.


Hasilnyaa..tadaaa..Makeup simple tapi hasilnya hebat kan. Suka sangat nad tengok hasil makeup dia. Sis ni makeup nad macam nad nak pergi jalan-jalan je, tapi tengok la, macam ni pun dah woww!!. Muka ringan je tak berat dan tak tebal. Sis ni tak bubuh banyak foundation pun, letak sikit je. Suka giler ok kita dengan makeup dia ni. Yang penting dia tau macam mana nak jadikan muka kita nampak cantik, MUA kan.


Dari muka tak siap macam tongkang pecah, tiba-tiba muka nad berubah jadi seperti Mira Filzah..kihkih. Banyak lahai nad ambil gamabr sebab makeup dia,..haha..sayang nak tanggalkan. Makeup tak pecah pun..muka ni macam licin je..habis tutup cacat cela semua..hehee.



Oh, photoshoot masa tu ada masuk dalam air tau..hahaa. Jangan terkejut ok, dah macam model internantional masuk dalam air segala..hehee. Jangan tak caya, makeup ni tak cair dan tak hilang pun bila kena air, memang waterproof. Tengok jela gamabr, kena air pun masih kekal cantik. Ya ampun..jujur cakap berbaloi amik Sis Hayati Hashim ni sebagai jurumekap haritu.


Ni gambar masa balik, tetap elok lagi makeup ok..walaupun dah masuk air beberapa kali.


Model lelaki yang ditouchup kan oleh sis ni juga..hehee.


Akak ni ada bridal tau. Nama bridal dia Lamar. Dia ada buat package untuk perkahwinan. Sesiapa nak kawin tu, bolehla ambik package akak ni..memang terbaik.

Kalau korang nak jurumekap, untuk majlis kawin, majlis event apa-apa yang memerlukan MUA, korang ambil Hayati Hashim
Facebook: Hayati Hashim
Facebook: Mak Andam Kiri
Instagram: https://www.instagram.com/bussaina.rias73/


hai assalammualaikum


Tak boleh move on lagi, cantik sangat makeup kita masa photoshoot haritu. Muka nad betul-betul jadi macam doll..hahhaa..kenapa cantik sangat ni. Suka sangat tengok muka kita bertukar cantik bila dapat makeup ni..hahhaa.

Setiap hari tengok gambar, kalau boleh nak post selalu dekat media sosial, sebab cantiknya makeup dia. Selalu makeup biasa je, bila dapat makeup dari makeup artis yang hasilnya menakjubkan, memang tak boleh lupa..hahha.

Photoshoot Raya KBBA haritu MUA Linda yang makeup nad. Terima kasih Kak Linda, sudi makeupkan kita. Terima kasih sudi berkolaborasi dengan nad. Terima kasih nak makeup kan nad walaupun masa tu ade job makeup pengantin..

Sebelum photoshoot nad memang request nak look doll..hahaha. Kak Linda kata boleh je. Rasanya belum pernah nad makeup look doll..hehehe.. Nak tau gak macam mana rupa kita bila makeup doll look ni. Betul-betul macam doll ke..hahha.

Dalam pukul 8pagi Kak Linda sampai lokasi photoshoot di Muzium. Masa tu nad tak sabar nak dimakeupkan dia. Tak sabar nak tengok hasil dia. Satu-satu dia bubuh makeup dekat muka nad. Bahagian kening tu la yang nad nak tengok sangat..hahha. Sebab nad buat selalu tak menjadi. Kak Linda cakap kening nad dah ada bentuk, tapi kenapa nad buat selalu tak menjadi..hahhaa.



Untuk nampak betul-betul doll, bahagian mata kena buat betul. Warna eyeshadow yang sesuai. Nak bagi nampak doll lagi bahagian mata bubuh glitter..ala berkilat-kilat tu..hah gituu..Masa tu pulak baju nad warna pink peach gitu, jadi makeup pun pink, memang sesuai sangat.


Percayalah, masa tu Kak Linda makeup nad sekejap sahaja. Diaorang yang makeup awal pun ada yang tak siap lagi, tapi yang nad makeup lambat, siap cepat. Siap cepat tapi hasil dia memang kebabom..suka gilerrr...Sekali tengok betul-betul macam barbie doll. Kalau pakai baju macam anak patung, perghh mesti tak cam tu nad..hahaha..



Hasil tangan Kak Linda, nad suka sangat. Korang boleh tengok dekat instagram Kak Linda, dia makeupkan orang..cantikk..


Korang kalau nak MUA makeup cantik, ikut korang nak makeup ape untuk tunang, kawin, dinner, photoshoot atau apa-apa sahaja boleh contact Kak Lindaus. Kak Lin cover area Kuala lumpur, Selangor, Bangi, Puchong. Jauh-jauh pun dia cover..korang contact je dia.
Nama: Lindaus
Tel: 018 2914377
Ig: www.instagram.com/lindaus ( tulisan bawah ade tulis RF D house)
Fb: www.facebook.com/rfdhouse1429


Baju nad daripada butik Zacheela. Baju sendirian berhad..hehhee.. Suka tengok baju dia. Bahagian lengan tu macam pop yeyeh..hehehe..


Terima kasih juga kepada mua yang
Sponsored makeup Photoshoot Raya KBBA9 2017 pada haritu. Habis semua nampak lain..hehehe..

1. Saidila by @m.u.a_byilahamzah
2. Athirahassin by @alinaothman
3. Shazillah sani by @makeupbyninanizam
4. Syima by @afifahbakri
5. Mas by @yayabebeh.makeup
6. YB Shehan by @akid.anuar
7. Nina Mirza by @lizamahizan
8. Ema by @jemarikuct_aischa
9. Moha/kecik/Azura/Ieta/Fiza/Yanty by @theblushguru
10. Dell by @afifahbakri
11. SS dan MamaKembarTiga by @faeezah_pija
12. Qaseh / Sueizza by @hamidah_mat_shafie
13. Ayue by @emily.aisya
14. CikMa QueAchmad by @nyonyahanna
15. Kak Laila @kartina_khanib
16. Azni @byezzaharon
17. Cik EN by @elsbyeliyana
18. Bella by @surayasufian
19. Yanie by @sitinurfatehah
20. Azura by @theblushguru
21. Nadia johari @lindaus
22. Umminani / Ujang : @lilybeautyfacial
23. Yulia Fajrin by @nurfahazliani



hai assalammualaikum

Muzium Warisan Melayu UPM Serdang

Lokasi Photoshoot Raya KBBA9 2017 kali ni sangat menarik, sesuai dengan tema Raya. Suasana ala kampung gitu. Bertempat di Muzium Warisan Kampung UPM yang terletak di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Terima kasih Muzium Warisan Melayu UPM Serdang kerana menaja lokasi phostoshoot KBBA9 kali ini.

Nak datang ke sini mudah je, cuma waze ke Muzium Warisan Melayu UPM, akan sampai tempat yang dituju. Tak sangka, UPM ada tempat menarik seperti ini. Memang sesuai untuk berphotoshoot.

Masa nad masuk, tengok macam biasa je. Tapi bila turun dan lihat sendiri, wah!!memang betul-betul kampung. Kawasan yang luas dengan persekitaran menarik, memang sesuai untuk kami semua blogger KBBA berphotoshoot.





Muzium Warisan Melayu mempunyai lokasi-lokasi menarik yang sesuai untuk penggambaran, sama ada sesi fotografi mahupun videografi. Ada beberapa jenis rumah dengan rekabentuk yang berlainan dan menarik. Antaranya:
1. Rumah Negeri Sembilan / Rumah Datuk Raja Diwangsa Muhammad Yunus bin Jabar 2. Rumah Perak / Rumah Uda Noh bin Kanda Jaafar
3. Rumah Terengganu / Rumah Hj Wan Muda bin Wan Hassan
4. Rumah Pahang / Rumah Penghulu Ismail bin Khatib Bakar

Masa tu setiap rumah kitaorang buat photoshoot..hehehe..


Hari photoshoot juga kami disajikan dengan makanan kampung. Ya Allah, masa tu memang tak terfikir apa bila nampak lauk yang dihidangkan. Habis photoshoot, perut rasa kapar, terus makan. Sedap!!, memang sedap. Lemak rebung dengan lemak daging salai yang memikat selera. Makan sambil bersila, makan dalam talam dan makan beramai-ramai..seronok kau..macam kenduri kampung. Makan dekat salah satu rumah tradisional yang ada dekat sini.



Rumah papan, semestinya sejuk. Mula la berborak dengan kawan blogger siap cakap " ni kalau ada bantal , letak dekat sini konfirm terus tidur"..hhaha..serius, korang akan seperti berada di sebuah kampung yang betul-betul kampung.

Banyak juga aktiviti yang boleh dijalankan di Muzium Warisan Melayu UPM ni. Antara aktiviti yang pernah dijalankan

Antara aktiviti dan majlis yang pernah diadakan di kawasan ini termasuklah;
- Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri
- Hari Keluarga
- Temasya Sukan Rakyat
- Majlis Berkhatan Beramai-ramai

Dekat sini pun ada buat pakej perkahwinan. Hah tertarik tak!!, kalau korang rasa nak juga suasana kampung ni, nak photoshoot ke atau majlis apa-apa boleh ke website mereka http://muziumwarisanmelayu.upm.edu.my atau boleh tengok instagram Muzium UPM untuk tau lebih lanjut lagi.


hai assalammualaikum


Photoshoot Raya KBBA9 2017 - Ni kali kedua Photoshoot Raya KBBA9 dilakukan dan semestinya nad tak lepaskan peluang bila ada photoshoot ni. Bila lagi dapat berposing depan kamera bersama jurugambar terkenal dan profesional kan kalau bukan masa ni. Untuk Photoshoot Raya KBBA9 2017 kali ni kami buat secara outdoor seperti tahun lepas, tetapi berbeza tempat.

Pagi tu, pukul 5 pagi nad dah bangun, sebab dah janji dengan makeup artis sampai sana pukul 7 pagi. Dah namanya photoshoot mestilah kena makeup. Lokasi kali ni sangat menarik, sebab suasana ala kampung, iaitu di Muzium UPM.

Pagi tu pulak hujan, tapi syukur alhamdulillah hujan berhenti masa kami berphotoshoot. Walaupun kawasan agak becak disebabkan hujan, tapi tu tak menghalang kami dan jurugambar untuk ambil gambar. Walaupun masa tu, nad berkasut tumit tinggi..hahaha..gigih tau nak cantik depan kamera.




Wan izhar Abu Bakar Dari ODS Studio

Respek dengan jurugambar kitaorang masa tu, Wan Izhar Abu Bakar, cara dia ambil gambar. Blogger KBBA yang datang haritu hampir 40 orang. Nak ambil gambar seramai ni memang agak mustahil. Tapi bagi Wan Izhar, tu tak menjadi masalah. Nad tengok masa ambil gambar group, dia nak bagi susun cantik tu, bagi arahan lagi, tenang je. Kitaorang pun bagi kerjasama yang baik supaya dapat selesai dengan cepat. Sebab nak photoshoot untuk sorang-sorang pulak.




Selesai gambar group, masa untuk ambil sorang-sorang pulak. Bayangkan hampir 40 blogger Wan Izhar akan ambil gambar untuk sorang-sorang. Dia ambil gambar steady je. Macam tak rasa penat atau apa. Lepas sorang, sorang dia ambil. Siap berdiri la, duduk,..berpeluh-peluh dia..jari tak berhenti "ketik,ketik" kamera. Dia bagi yang terbaik untuk semua dengan hasil gambar terbaik untuk kitaorang

Wan Izhar siap bagi tunjuk ajar bila turn nad photoshoot. Kadang kita anggap, posisi kita dah terbaik, tapi tak..hahhaa. Jadi dia tunjukla macam mana posisi yang cantik.


Waktu tu, Wan Izhar datang bersama dua orang krew dia. Sorang pegang payung, sorang pegang untuk pengcahayaan. Bagus betul diaorang ni bila bekerja. Bersungguh-sungguh. Memang profesional habis. Nad pun rasa macam ala-ala model gitu..hahaha..

Tak sabar nak tengok gambar hasil jurugambar hebat dan profesional Wan Izhar Abu Bakar nanti..Boleh post masa raya..hehhe..Terima kasih Wan Izhar dan ODS Studio meluangkan masa bersama KBBA.



Korang kalau nak buat photoshoot, majlis korporat atau apa sahaja, boleh la contact jurugambar Wan Izhar ( belah kiri bertopi) ni.
Website: www.odsstudio.com
Facebook: www.facebook.com/pages/wan-izhar
Instagram: https://www.instagram.com/wanizhar/








Terima kasih juga kepada Ben Ashaari  dan semua ahli jawatankuasa yang bertukus lumus buat Photoshoot Raya KBBA9 kali ni. Memang happening habis. Ada juga yang sanggup datang dari jauh..dapatla nad berkenalan.



© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2