Showing posts with label parenting
hai assalammualaikum

Lunavie Mini UV Sanitizer - Korang masih lagi setia dengan sanitizer ke? Nad masih gunakan sanitizer ni tak kira di luar atau di rumah, sebab kita masih tetap perlu jaga dan lindungi kita dari bakteria dan kuman berbahaya. Ada macam-macam jenis sanitizer yang korang boleh nampak, jenis cecair dan jenis UV. Lunavie Mini UV Sanitizer yang nad guna ni adalah cara paling mudah untuk melindungi keluarga daripada kuman,virus dan bakteria berbahaya.

Produk Lunavie ni memang dah terkenal dikalangan ibu yang mengandung dan barang baby. Dah banyak jenis produk Lunavie nad pernah guna tau, korang boleh baca

 hai assalammualaikum

Sambutan Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Fariza - Petama kali Fariza dapat sambut Hari Kanak-Kanak. Seronok dia bila cikgu buat Sambutan Hari Kanak-Kanak di Sekolah. Nad tengok sekolah lain kena pakai baju costum aa-apa sahaja. Tapi dekat sekolah Fariza, buat Karnival. Jadi ada macam-macm permainan, pameran dan lain-lain lagi dibuat masa karnival ini.

Hari Karnival kanak-Kanak bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia. Hari Karnival Kanak-Kanak Sekolah Pandan Jaya ni di buat pada Hari Sabtu. Jadi ibu bapa bolehlah datang sekali memeriahkan karnival ni. 
 hai assalammualaikum

Bagaimana 6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids ini boleh bantu anak-anak kekal fokus dalam pembelajaran? - Bila dah jadi ibu ni , banyak benda yang perlu dirisaukan dekat anak terutama sekali  tentang tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Bermula dari diaorang bayi sampaila dewasa banyak yang perlu dititiberatkan seperti perkembangan fizikal mereka, daya ketahanan badan, pembelajaran mereka, perkembangan mata, keupayaan untuk fokus dalam membuat sesuatu, perkembangan sosial, melihat perkembangan emosi dan mempunyai persekitaran usus yang baik. 

Setiap kanak-kanak membesar dan berkembang secara berlainan. Contohnya dalam pembelajaran, ada budak selalu fokus dan paham ada setengah budak susah nak fokus dan paham dalam pembelajaran. Seorang ibu mana tak risau kan bila anak tak fokus dalam pembelajaran. Dah habis cara nak bagi dia fokus tapi masih lagi sama. Bukan setakat tak fokus tapi memori sangat lemah. Setengah budak ada yang cepat letih, lesu, tantrum, dan belajar lambat. Lagi teruk bila anak tu terkena covid, kesannya anak tak fokus.
 hai assalammualaikum

Sambutan Kemerdekaan 2022 : Fariza Masuk Pertandingan Baju Beragam Sempena Merdeka Di Sekolah - Walaupun dah lambat nak cerita pasal Merdeka, tapi tetap nak cerita juga sebagai kenangan. Tanggal 31 Ogos kita Sambut Kemerdekaan yang ke 65 pada tahun 2022. Setelah dua tahun kita tak sambut, tahun ni alhamdulillah, kita semua dapat sambut, termasukla anak-anak di sekolah. Fariza masa sekolah tadika tak sambut merdeka, tapi masuk darjah satu, dapat dia sambut bulan kemerdekaan di sekolah bersama kawan-kawan siap sekali masuk pertandingan baju beragam Merdeka di sekolah.

Kebiasaannya sekolah akan buat pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan. Pertandingan yang dijalankan, photography merdeka, sajak, hias basikal merdeka, buku skrap dan macam-macam lagi. Nad pun ambil peluang masukkan Fariza dalam pertandingan baju beragam. 
hai assalammualaikum

TOY EIGHT Perkenalkan Program Saringan Digital, Bantu Saringan Awal Tumbesaran Dan Perkembangan Anak - Semua kanak-kanak dilahirkan dengan potensi berbakat. Setiap kanak-kanak berbeza kriteria, ada yang cepat belajar dan ada yang lambat belajar. Tanggungjawab ibu bapa untuk membantu dalam tumbesaran dan perkembangan anak-anak serta  mengetahui status perkembangan mereka adalah sangat penting.

Ramai tersalah tafsir bahawa tumbesaran kanak-kanak membabitkan perubahan fizikal, tetapi hakikatnya terdapat banyak lagi perkara lain. Ia meliputi pertuturan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan aspek lain melibatkan kanak-kanak.
 hai assalammualaikum

Sejak jadi ibu ni, baru nak paham, bukan senang nak membesarkan anak, banyak cabarannya. Cabarannya lagi besar apabila melihat perkembangan anak-anak dalam fasa membesar waktu anak-anak, dimana mereka cenderung untuk melakukan dan belajar sesuatu. Setiap anak ni mempunyai perangai lain-lain, jadi memang setiap ibu bapa perlu mengharungi setiap cabaran berlainan dalam membesarkan anak-anak. 

Macam nad, pengalaman membesarkan anak pertama sangat mudah tapi untuk anak kedua berlainan sedikit. Farhanah tidak seperti kakaknya Fariza. Fariza cepat mengenal huruf, cepat faham dan cepat buat sesuatu, tapi Farhanah masih lambat belajar daripada kanak-kanak lain seusianya. 
 hai assalammualaikum

Sabun Candy Viral Menarik Tapi Bahaya Pada Kanak-Kanak Kecil - Makin lama orang makin kreatif. Sabun basuh baju pun boleh jadi menarik dibuat dalam bentuk candy dengan warna yang pelbagai. dengan kekreatifan ni, ada baiknya dan ada buruknya. Baiknya, memudahkan mak-mak untuk mencuci baju tanpa perlu sukat serbuk baju atau cecair yang selalu digunakan. Buruknya, sabun candy viral ni bahaya pada kanak-kanak kecil.

Tengok pada warnanya memang dah menarik perhatian. Siapa tak suka dengan warna yang colourful, warna warni macam ni. Dikatakan setiap warna ni mewakili haruman yang berbeza seperti lavender, chanel, rose, fruity dan macam-macam lagi. Setakat ni nad tak terjebak lagi membelinya. 

hai assalammualaikum

Bonnisan Himalaya Galakkan Pertumbuhan Yang Sihat Dan Tingkatkan Selera Makan Anak - Bila dah jadi ibu, kesihatan anak-anak menjadi perkara utama. Bila anak sakit, kembung perut, sakit perut, dengan anak-anak meragam, memang tak tenang rasa. Lagi satu bila anak susah makan, memang tak senang duduk.

Pernah alami situasi, bila suap makananan dekat anak, anak tolak. Lepas tu dia pilih sendiri makanan mana dia suka. Kebanyakan anak-anak ni tak suka sayur, nasi, makanan yang penting untuk tumbesaran mereka. Nad rasa bukan nad je pernah lalui anak susah makan, ramai dekat luar sana anak yang "picky eater" ni kan. 

 hai assalammualaikum

Tips Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet - Penggunaan gajet dekat anak-anak memang tak boleh dielakkan. Ada tu, gajet ni sebagai penyelamat, bila anak tantrum, menangis bila ibu atau bapa sedang melakukan kerja, bagi handphone, pasang lagu kegemaran, baru budak-budak diam. Yela, kadang tak tau nak buat macam mana, hanya gajet je dalam fikiran.

Lagi zaman sekarang, semua zaman teknologi, handphone, komputer, laptop, tab dan mcam-macam lagi, di mana ia menjadi penggunaan utama waktu kini. Nak taknak, kena dedahkan anak-anak dengan gajet ni, kerana ia bukan sahaja tujuan untuk pembelajaran malah lebih dari tu. 
 hai assalammualaikum

Seronok Fariza Belajar Kelas English Online Novakid - Mungkin ada ibu bapa diluar sana yang risau tentang pembelajaran anak-anak terutama sekali Bahasa English. Ya, anak-anak perlu belajar semua bahasa, bukan sahaja Bahasa Melayu malah Bahasa English. 

Walaupun ada online kelas sekolah, tapi anak-anak ni cepat bosan dan tak fokus menyebabkan dia lambat sikit untuk belajar terutama dalam Bahasa English. Jadi, nad pun masukkan Fariza dalam kelas Inggeris online Novakid.
 hai assalammualiakum
 
Tempah Aqiqah Qurban Secara Online Dengan Aqiqah Centre Lebih Mudah dan Murah - Teringat dulu, buat Aqiqah anak, sebelum adanya covid, semua urusan kenduri Aqiqah nad buat dekat kampung. Yela bila buat dekat kampung lagi meriah, ada orang tolong. Masa tu pun mintak tolong abang ipar uruskan bab kambing ni, sebab dia je yang tau mana nak cari kambing, tempat sembelih dan masak sekali. 
 
 hai assalammualaikum
 
Didik Anak urus Kewangan Dengan DuitSmart HLB Pocket Connect - Orang cakap, simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ingat lagi, dulu nad kecil-kecil jarang simpan duit. Biasalah, masa tu ada je keinginan nak membeli, menyimpan takda langsung. Bila dah dewasa ni, baru sedar betapa pentingnya menyimpan dan mengurus wang dengan baik. Kesedaran ni, nad terapkan dekat anak-anak, didik mereka untuk menyimpan dan urus kewangan dengan "smart". Jangan jadi macam nad, dah tua baru nak belajar mengurus menyimpan.
 hai semua..
 
Beaconhouse Malaysia : Pemerhatian Yang Lebih Dan Kerjasama Ibu Bapa Dan Guru Untuk Menangani Masalah Mental Dan Emosi Kanak-Kanak Semasa Fasa Peralihan Ke Sekolah - Selain persediaan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak perlu kita ambil tahu apabila masuk ke alam persekolahan. Fasa peralihan ni mungkin akan membuatkan sesetengah kanak-kanak tidak selesa setelah sekian lama berada di rumah disebabkan persekitaran yang berlainan. Jadi, Beaconhouse Malaysia menggesa ibu bapa dan guru untuk bekerjasama memantau kanak-kanak dalam tempoh peralihan sekolah ini supaya tiada masalah mental dan emosi terhadap kanak-kanak.
 hai assalammualaikum

Cover Buku Rekod Kesihatan Anak Dan Buku Pink, Dengan Design Menarik Dan Murah - Siapa ada nak kecil yang masih pergi check up, mesti ada buku warna pink tu. Buku tu la wajib dibawa kehulur hilir pergi klinik. Buku menunjukkan kesihatan anak dari semasa ke semasa. Dah bila setiap hari bawa, lepas tu main letak je, lama-lama buku pun jadi tak kemas,kadang terlipat la bahagian tepi, comot sana sini. Sama jugala dengan buku pink kesiahtan ibu mengandung.  Benda kadang nampak baisa, simple, tapi entah kadang sakit mata tengok buku macam tu.
 hai assalammualaikum
 
Hadiahkan Anak-Anak Dengan Sejadah Dan Telekung, Seronok Diaorang Nak Solat - Fariza, si sulung, sejak kecil tengok mommy solat, bila dah pandai jalan, dah pandai buat macam-macam, sikit-sikit mommy ajak dia duduk sebelah dan solat. Adik pulak, ikut apa kakak buat, memang tak ajar, kakak ikut cakap mommy, adik ikut cara kakak, macam tu la. Sebelum ni pakai telekung budak warna putih dan sejadah kecik yang ada dekat rumah arwah mak mertua ni je.
 hai assalammualaikum
 
Permainan Teng Teng Alaf Baru, Rumah Takda Tanah, Ni Cara Nak Main Teng Teng -  Dulu kecik-kecik kau la paling terer main Teng Teng ni, hahaha. Permainan tradisional kanak-kanak yang takkan dilupakan. Tak kira lelaki perempuan, boleh main sama-sama. Kat kampung, permainan ni dilukis dekat atas tanah, ada satu petak atau dua petak. 
 hai assalammualaikum
 
Menarik Sangat Mainan Drill Ni! Macam Drill Betul, Buat Anak-Anak Fokus - PKP dilanjutkan, mestila tepu nak bagi anak-anak buat aktiviti kan. Mana yang kene PDPR berjalan seperti biasa, habis PDPR tak tau nak buat apa. Mesti nak bagi anak-anak buat sesuatu biar tak jemu dekat rumah tu. Ni nad nak kongsi permainan yang sangat menarik, yang anak-anak boleh buat. Permainan yang sesuai untuk anak lelaki dan perempuan iaitu permainan drill. Nama je drill tapi lelaki perempuan boleh main..hehee.
 hai assalammualaikum

Scott's Gummies Dengan DHA, Vitamin Untuk Anak Dengan Pelbagai Perisa - Sebagai ibu, semestinya kita nak yang terbaik untuk anak. Sentiasa mengambil berat tentang perkembangan, pertumbuhan anak-anak dari segi fizikal, mental dan emosi. Macam Nad sendiri, sentiasa mencari alternatif untuk memberikan nutrien yang baik kepada anak terutama makanan yang mempunyai DHA supaya mereka membesar dengan sihat. Apa yang nad baca, DHA adalah blok binaan utama untuk otak dan retina yang turut menyumbang kepada perkembangan otak dan mata yang normal.  Jadi, untuk mendapatkan DHA itu, Nad memberi suplemen kepada anak-anak. Nad memilih Scott’s Gummies kepada anak-anak kerana ia mengandungi DHA.
hai assalammualaikum

Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan Yang Para Ibu Boleh Cuba -  Teringat nad masa lahirkan anak pertama, pengalaman pertama menjadi ibu, gembira bila anak depan mata. Masa mengandung, memang niat nak susukan anak sampai 2 tahun. Bila lahir je anak pertama, terus excited bagi susu badan.  Ingatkan, lepas lahirkan anak, susu ni memang sentiasa ada, penuh, cukup untuk baby, tapi, rupanya, tak!! Sebelum-sebelum tu pernah nampak kakak susukan anak diaorang, tengok macam senang je, tapi rupanya menyusukan anak ni struggle ya, susu badan nad sikit.
hai assalammualaikum

Monesco Boromon Cookies, Snack Sihat Untuk Anak - Bila anak dah masuk peringkat membesar ni, gigi dah tumbuh banyak, hah mula la dia nak makan apa sahaja. Memang nad akan pastikan makanan untuk diaorang sentiasa ada. Selain nasi, nad pun ada bagi makanan ringan, biskut dekat anak-anak. Bagi waktu-waktu tertentu, macam waktu pagi, waktu tonton tv, waktu santai-santai, dan paling penting waktu jalan-jalan. Hah, paham-paham jela, budak, kalau lapar, mesti tak kena. Jadi, makanan ringan ni bantu mak-mak ya, supaya perut anak sentiasa terisi. Tapi, dalam memilih makanan ringan atau biskut, mestilah pilih yang bebas gluten dan sihat.
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2