Showing posts with label product review
hai

Takex Clean Extra Sanitizer Powerful Combination Of Bamboo Extract And Ethanol -  TAKEXCO MALAYSIA SDN BHD is supporting the global need for proper sanitation and announces that TAKEX CLEAN EXTRA Sanitizer is now available in Malaysia. 
hai assalamualaikum

Produk Keselamatan Lunavie : Elak Kecederaan Kepada Anak-Anak - Kemalangan dan kecederaan boleh terjadi di mana-mana sahaja. Tidak kira di dalam rumah atau di luar rumah. Kita fikir, bila dalam rumah, pasti akan selamat untuk anak-anak, tapi, kita silap. Kediaman juga boleh bertukar menjadi tempat paling bahaya untuk kanak-kanak sekiranya tidak ada langkah melindungi keselamatan mereka. Sikap sambil lewa atau hanya bertindak apabila berlaku kemalangan seharusnya tidak berlaku. Sebaliknya setiap ibu bapa perlu mengambil langkah proaktif memastikan keselamatan anak mereka terjamin.

Terdapat banyak hal di rumah yang berpotensi membahayakan keselamatan anak. Hal-hal seperti pintu benda-benda tajam, elektrik dan lain-lain yang membahayakan si kecil .Benda-benda yang kita anggap kecil mungkin boleh menjadi serius. Seperti Fariza, kini dia dah berusia 9 bulan. semakin aktif dan mula nak meneroka dalam rumah ni. selalunya tempat paling dia suka ialah bermain pintu almari. Memang dia gemar buka pintu almari. Budak seusia tu, mana dia tau apa yang bakal terjadi. Yang dia tau keseronokan. Dan akhirnya jarinya tercepit dekat almari tu. Perkara seperti ini walaupun kecil patut kita elakkan. Nak tengok dia main pintu almari boleh klink link dekat SINI.


Lunavie.com memahami hati seorang ibu yang ada anak kecil. Nad terima tiga jenis produk keselamatan baby untuk dikongsi dengan ibu-ibu di luar sana. Nad yakin, produk ni mampu mengelak kemalangan kecil yang berlaku di rumah. Produk keselamatn Lunavie dijamin selamat dan tidak membahayakan. Antara tiga produk Lunavie yang nad terima ialah Lunavie Multi Purpose Latch, Lunavie Slider Lock dan Lunavie Corner Protector.

Lunavie Multi Purpose Latch


Harga: RM10.90 ( 2 pcs )

Lunavie Multi purpose boleh digunakan apa jenis pintu sekalipun. Membantu untuk mengelakkan kanak-kanak daripada membuka peti sejuk, almari, kabinet, tandas, dan lain-lain Ia boleh digunakan pada permukaan melengkung dan sudut dan pada pelbagai permukaan termasuk kaca, logam, kayu dan plastik.


Caranya mudah sahaja. Buka pelekat dan tampal di mana yang anda rasa sesuai. Jika anda ingin membuka pintu alamri tersebut, cuma buka bahagian sebelah. (sila rujuk pada gambar ). Jika nak halang daripada anak membuka, pasang je semula. Senang kan. Kerja kita pun mudah.

Lunavie Slider Lock


Harga: RM10.90
Alat ni memang penting. Ibu-ibu memang wajib ada di setiap rumah. anak-anak kecil memang gemar buka pintu kabinet. Selalunya kabinet ni tempat ibu-ibu simpan pinggan mangkuk, periuk belanga kan. Anak-anak lagi suka nak capai benda-benda macam tu. Ia dapat mengelakkan kanak-kanak daripada membuka pintu kabinet dan mencederakan diri mereka sendiri.


Mudah untuk memasang tanpa sebarang alat.
1) Tentukan lokasi pemasangan
2) Tekan selak dan tahan terbuka
3) Memohon kunci sekitar pemegang
4) Slide selak ke dalam untuk mengunci

Lunavie Corner Protector


Harga: RM12.90 ( 4pcs/set )


Macam fariza, dia sekarang dah pandai berdiri. Asal dia nampak tempat berpaut, dia nak cuba berdiri. Lagi-lagi kalau nampak meja.Taula bahagian hujung meja ada bucu tajam. lagi bahaya kalau meja jenis kaca. Aduh!!! tak dapat bayangkan kalau terkena mata, tangan atau anggota lain. Lagi budak suka melompat sana sini. Jadi nak elakkan daripada berlaku, gunalah Corner Protector ni. Direka khas untuk menutup seluruh buju meja. Jadi tak perlu risau anak terkena buju.

Dah nampak kebaikan guna alat keselamatan daripada Lunavie ni. Ingat!! Dalam rumah pun tak selamat. Jadi jangan pandang remeh perkara macam ni. Ibu bapa wajib ada alatan keselamatan ni di rumah. Insyallah, dijamin keselamatan anak. Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab ibu bapa. Jadi kalau korang nak beli produk keselamatan Lunavie ni, korang boleh layari
Website : www.lunavie.com
Email : info@lunavie.com
Facebook : www.facebook.com/mylunavie
Instagram : @lunavie_com
Telefon : 03-9057 2661

LUNAVIE
Caely (M) Sdn Bhd
No 47-2 Jalan Radin Anum
Bandar Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur


hai assalammualaikum

Pengalaman Tebus Voucher Barang Di Zalora - Sebenarnya ni kali kedua nad tebus voucher Zalora ni, tapi ni kali pertama nad buat sendiri. Sebelum ni, nad suruh member buatkan. Sebab masa tu berpantang dekat kampung, nak pilih guna phone dengan line macam siput memang takla. Lepas tu massage la Lisa mintak tolong tebuskan. Masa tu dia kata banyak discount, tapi nak mudahkan dia, nad suruh pilih barang yang takde discount, kira ngam-ngam dengan harga voucher tu. Padahal voucher tu, dari bulan 1 lagi, dan tamat bulan berapa.tak ingat..jadi terus mintak tebus.

Kali ni nad buat sendiri, tengok sampai tiga barang guna satu voucher nad tebus..fuh..Disebabkan kesalahan sendiri, asyik buka zalora tapi tak tau nak pilih macam mana, last-last suruh orang buatkan..kan..kann..hahaha..kan dapat satu barang je. Kali ni puas hatila dapat tiga barang dengan voucher RM100. Masa ni pun dok pilih beberapa minggu. Adoii penin memilih..hahaa..Kalau boleh nak pilih warna biru je, tapi tengok bajet ada terlebih dari voucher ada terkurang dari voucehr. Kalau beli mahal dapat barang dua, kalau pandai pilih dapat barang tiga ni ha!!..Selepas dah beberapa minggu, akhirnya dah buat keputusan beli tiga barang ni..hahaha..Cantik pun cantik. Beli bukan untuk raya, tapi pakai seharian..

Meh tengok nad tebus apa.


Ni la barang yang nad tebus..hhehehe..Sebeanrnya kalau boleh semua barang nak biru, macam nad cakap dekat atas, kadang terlebih dari harga voucher dan terkurang dari voucher...Nad aklau boleh nak ngam-ngam dengan voucher tu..ehhee..dan hasilnya ni la..Nampak harga tu kosong, sebab guna voucher. Nanti nad ajar step tebus voucher. Tu pun mintak orang guide..hahaa..


Amacam kita bergaya dengan barang Zalora.

Jacket tu best sangat..boleh diikat dan dibuka. Sebenarnya sebelum ni ada warna hijau pekat, pastu nad buka balik tengok-tengok baju tu dah takde. Jadi amik jela warna pink ni. Takpela, nad pun takda warna pink..hehehe.. Nama jackert pun Nadia..hahaa

Yes!!..salah satu warna biru..hehehe..akhirnya dapat juga..beg sling..cantik pun cantik..Selepas pilih baju dan jacket, ada balance RM17. masa tu dok usha la barang harga tu. Last-last pilih tudung adijuma tu..ehhee..okla..dah selesai membeli. Takyah penin lagi.

Cara Tebus Voucher Zalora


1) Memilih barang
 Disebabkan kali pertama, jadi nad kena buat elok-elok. Takut tiba-tiba terbayar pulak..hehee..Sebelum ni nad ada terbaca dekat blog kak Julia Johari,berkenaan pembelian di zalora dan Lisa bila dan beli barang ni. Meh nad bagitau.


Dua Perkara Perlu Amik Tahu 
1) Delivered In - Setiap pembelian yang menggunakan voucher mestilah lihat pada delivered in tu. Korang perasan kan kat gambar tu ade delivery. Ok kalau delivery yang lebih 5 hari tidak boleh menggunakan voucher. Voucher hanya menerima 1-3 hari edelivered in. Atau pun seperti gambar yang nad bagi tu tu. 1-4 delivered in peninsular Malaysia. Hah !! tu boleh, asalkan jangan lebih 5 hari.
2) Tulisan voucher - Ada dekat bahagian detail, korang scroll bawah lagi ada tulis details. Kadang dekat situ dia kadang ada tulis tak boleh guna voucher. Jadi korang kena tengok situ jugak ye.

Itu jela dua perkara yang kena amik tau. Saiz pun jangan lupa ye..dia ada saiz tertentu.

2) Add To Bag
Dah pilih tu tekan add to bag

3) Kalau tak puas membeli boleh klik continue shoping


4) Bubuh code Voucher

5) Secure Checkout

6) Bagi detail Nama, email, alamat. Dekat situ akan nampak simbol facebook ( perlu login dengan facebook )..kalau tak dia tak jalan

7) Pembayaran. (tekan Gift card untuk tebus voucher. Bubuh lagi code tu walaupun dah bubuh tadi mula-mula...hahaa
8) Lepas tu hantar jela..
9) Tunggu email zalora untuk confirmation order.

Selesai.. Selamat bershoping. Nad order sehari dan esoknya barang dah sampai..wah terbaik zalora..

hai assalammualaikum

Periuk Nasi Pelbagai Fungi Philips - Alkisahnya sebelum nad balik kampung nak berpantang dekat sana, periuk nasi yang dah sedia ada dah pun rosak. Memandangkan nad takde berbulan-bulan dekat rumah kuala lumpur ni, jadi cadang takyah beli lagi, sebab husband confirm akan makan dekat luar..hahhaa. Memandangkan nad dah balik kuala lumpur, jadi tugas isteri kene dibuat..masak wajib supaya berjimat tak makan dekat luar..hehe.


Periuk nasi ni hasil pemberian hadiah masa kawin aritu. Orang dah bagi mestilah kita guna kan, daripada beli..jimat. Tapi akhirnya dia dah jahanam, jadi kenela beli baru. Masak nasi guna gas asyik hangus je. Jadi memerlukan periuk nasi baru untuk memudahkan kerja.

Haritu kitaorang pun pergi la jalan-jalan dekat Tesco sebab nak cari periuk nasi ni. Jalan dekat bahagian perkakas periuk nasi. Tengok punya tengok, ternampak satu periuk nasi comel je, warna pink ok..hahhaa..dan banyak button ko. Kalau selalu kita tengok satu button, ni berbutton-button. Periuk nasi pelbagai fungsi daripada Philips ni. Mr mafia cakap pun comel dan designnya unik. Takdela tengok bulat je kan. Bentuk lonjong. Jadi bila letak satu tempat nampak kemas. Tapi masa tu kitaorang tengok dulu, sebab nak tengok pulak dekat kedai perkakas elektrik.


Jadi pergila survey dekat kedai elektrik. Masa dalam kereta nad baru teringat, periuk nasi tu macam dekat mastechef punya..hahhaa..Sampai kedai perkakas elektrik, husband je keluar sebab hujan masa tu, kang si baby fariza demam pulak kalau kene hujan. Jadi nad dalam kereta je. Lepas tu dia balik masuk dalam kereta dan tunjukkan periuk nasi banyak button tu ade dekat sini, lagi ada design lain. Arghh sudah..penin pulak nak pilih. Tapi nad cakapbyang button sikit tu lebih ssesuai, takdela penin. Kalau banyak sangat button, siap kene tekan masa, kan dah penin..hahha..nak baca manual pun dah satu hal.


Jadi mr mafia beli periuk nasi pelbagai fungsi yang ni drngan harga RM299.. Hah ok sikit. Besar pun besar, boleh masak untuk ramai orang. Balik je terus masak nasi dengan periuk ni..hahaha..tak sabar kau..


Beli periuk nasi ni dapat bekas steam, penyeduk nasi dan sup dan bekas beras.



Macam biasalah, nak masak nasi mesti kene amik beras, basuh beras kan. Sukatan tak perlu risau, dah ada dekat periuk nasi ni. Kalau masa satu pot air mesti nak dua pot kan. Hah senang kan.


Kalau sebelum ni, nak masak nasi kene tekan bawah kan. Kalau tak tekan, alamatnya tak masakla nasi tu. Macam nad la kadang terlupa..huh..Tapi dengan Periuk nasi Philips ni,senang je. Button semua dekat depan mata. Just tekan je mana korang nak. Kalau nak masak nasi, terus tekan Standard cook, lepas masak dia akan bunyi "BIP" 4 kali. Lepas tu dia akan keep warm sendiri. Tak perlu kau nak panaskan lagi..senang kan..

Kalau nak panaskan, tekan je reheat. Nak masak cepat, tekan quick cook. Periuk ni bukan sahaja masak nasi, tapi bileh masak sup, bubur dan cake..Kek pun boleh kau..fuh..canggih sekarang ni. Macam-macam button.

Memang mudah kerja. Masak nasi lebih sedap dengan Periuk Nasi Philips ni. Ececeh..hehee..ok jom masak..


© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2