Showing posts with label review movie

UPIN DAN IPIN JENG JENG JENG!!

in , , by Nadia Johari, 00:32:00
hai assalammualaikum

Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng - Lama sangat tak tengok wayang. Sekarang bila ada anak ni, tengok wayang kena ikut cerita budak-budak pulak. Baru la best sikit. Walaupun dia masih tak paham, tapi Fariza kenal kartun kesukaan dia. macam Upin dan Ipin ni la. Selalu tengok dekat tv, sekarang tengah berada di panggung wayang untuk movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng.


Haritu nad bersama keluarga berkesempatan menonton tayangan perdana Upin dan ipin Jeng Jeng Jeng terbitan Les Copaque yang ditayangkan di GSC IOI City Mall Putrajaya. Terima kasih kepada pihak Denaihati Network kerana memilih nad untuk pergi  menonton tayangan perdana ni. Peluang yang diberi memang takkan dilepaskan. Lagi pun ni kali pertama Fariza masuk panggung wayang. Nak tengok macam mana perangai dia dalam wayang bila nampak kartun kesukaan dia Upin dan Ipin tu.





Sebelum bermula tayangan perdana, kitaorang dimeriahkan dengan dua maskot dan beberapa aktiviti yang dijalankan. Wah bukan main seronok Fariza. Takut!! memang tak la..hahaa..Dia nak pegang maskot tu, berani tapi takut..hahaa..macam mana tu. Selain itu ada juga adik Asyiela Putri iaitu pemilik suara Upin dan Ipin. Dekat tv dengan kat luar serupa je suara dia..hehee..bila dia cakap kita bayangkan upin ipin kartun tu.


Upin Ipin memang menjadi kegilaan anak-anak. Tapi bukan sahaja anak-anak, malah ibu bapa pun suka tengok cerita kartun Upin Ipin ni. Pertama kali keluar masa puasa dulu, memang seronok tengok. Sampaila sekarang masih layan lagi cerita ni.

Sinopsis Upin Dan Ipin Jeng Jeng Jeng

Hah!! Masuk wayang pulak. Fariza memang suka, sebab banyak budak-budak dalam tu. Mulut dia, babababa cakap dengan budak lain..hahaa. Bila start wayang terus dia duduk diam, sebab bunyi sound dan gerak-gerak gamabr dalam wayang tu. Fuhh!!..dia tak meragam. Dia suka bila Upin dan Ipin keluar dan bila ada nyanyian.


Hah!! nak tau cerita pasal apa Upin dan Ipin ni. Meh nad bagi sikit sinopsis tentang movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng ni.
" Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa "



Nak tau apa jadi seterusnya..Adakah mereka dapat selamatkan rumah anak yatim tu?? Nad taknak la cerita sampai habis..hehee..korang kena tonton sendiri. Banyak juga pelakon hebat yang berlakon dalam cerita ni, terutama sekali Awie ( Ini semua Poyo )..hehe

Filem yang menelan belanja mencecah RM4 juta ini menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.Filem yang penuh unsur-unsur nasihat, kesedaran dan bermain dengan emosi. Tayangan ke 121 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei serentak pada 24 November 2016 ini juga menjadi rekod Jumlah Pawagam Tertinggi di minggu pembukaan bagi Filem Tempatan.


Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi kan. mak ayah bolehla bawak anak-anak datang tontong movie Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Memang tidak rugi. Walaupun ada orang cakap, filem ni macam teetttt..tu masalah dia, sebab dia tak menghayati cerita ni. secara keseluruhan nad bagi 4.5 bintang.

#upinipinjengjengjeng
#DHNBlogger
@upinipinofficial
@denaihatinetwork
hai assalammualaikum

Filem Kapsul Menyampaikan Sesuatu yang Tersirat - Haritu nad dapat jemputan ke sidang media Filem Kapsul. Masa ni ada dua event yang nad dapat, tapi nad pilih untuk ke sidang media Kapsul sebab utama, Tun Mahathir berlakon dalam cerita ni, dan lagi satu bila lagi nad dapat tengok wayang kan. Sebab mr mafia ni susah sikit nak ajak tengok wayang, yela dengan kerja edit gambar lagi. Lagipun yang menjemput tu kawan mr mafia. Jadi tak boleh kata taknak pergi..hehhehee..Lagipun cerita ni dibuat oleh arwah suami kak Adza, salah seorang blogger juga yang dikenali. Mestilah support kan sebagai blogger.  

https://www.facebook.com/Kerex.Studio?fref=ts
credit pic: kerex studio

KAPSUL merupakan sebuah penerbitan filem cereka bergenre kanfiksyen,diilhamkan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Perdana Menteri Ke-4, Yang Amat Berbahagia (YABhg.) Tun Dr. Mahathir Mohamad. Idea filem ini adalah hasil intepretasi penulis tentang bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul tersebut mengenai amanat Tun Dr. Mahathir menjelang tahun 2020.

Filem ini merupakan satu idea bercita-cita besar dan cubaan berani gabungan di antara penulis/pengarah serta penerbit mengangkat detik-detik sejarah perjuangan orang Melayu membangunkan Negara merentasi zaman dan dipersembahkan kelayar perak dalam bentuk yang agak kontemporari berbeza dengan filem-filem berasaskan sejarah yang lain.

KAPSUL mempunyai keunikan dan kekuatan tersendiri dengan kemampuannya mengangkat mesej-mesej berat tetapi dipersembahkan mengikut trend terkini bagi menarik lebih ramai generasi muda menghayati sejarah perjuangan serta survival bangsa melalui filem fiksyen


Sinopsis Filem Kapsul 
Pernahkah anda terfikir mahu mengembara ke zaman silam menyaksikan bagaimana sejarah Negara ini dicipta? Bagaimana pula jika anda yang hidup padata hun 2015 kembali ke zaman lampau pada 24 Disember 1942 sebagai Prebet Naim yang menyertai pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun di Kuala Kangsar.

Pengalaman itu benar terjadi kepada pemuda bernama Zohri Ibrahim (Faizal Hussien) yang diberi peluang merasai pengalaman hebat menggembara ke zaman silam untuk menyelami sendiri keperitan bangsa Melayu dan pemimpin terdahulu membangunkan negara. 

Penggembaraan Zohri berusia 30-an yang juga pakar keselamatan tercanggih bermula apabila dia bertindak mencuri kapsul yang ditanam mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) di Putrajaya sebagai simbolik impian negara mencapai Wawasan 2020.

Di sebalik kewujudan kapsul itu yang member lambing kepada usaha kerajaan mencapai status Negara maju, ia juga menimbulkan tanda Tanya kepada masyarakat apakah yang sebenarnya yang tertulis di dalam kapsul itu yang sepatutnya dibuka pada 1 Januari 2020.

Nyata, tindakannya itu mengubah masa depan Zohri apabila ketika dia membuka kapsul itu, dia menggembara ke masa lampau. Menariknya, Zohri bukan saja tersedar menjadi askar Melayu yang menentang tentera Jepun tetapi terus dibawa menggembara ke dalam kehidupan seorang pemandu kereta peribadi kepada PerdanaMenteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.

Ketika Zohri cuba memahami perjuangan bangsa Melayu yang menentang komunis ketika itu, dia sekali lagi dijelmakan semula sebagai seorang peneroka tanah rancangan. Dalam kekeliruan dan berkongsi pengalaman menakjubkan itu, Zohri juga berkesempatan menyaksikan kesungguhan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang memasuk tanah rancangan untuk bertemu rakyat.

Semakin penggembaran masa dilalui Zohri, dia berpeluang melihat zamanTun M yang ketika itu mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai pemimpin negara. Kisah hebat kehidupan Zohri yang melalui pelbagai zaman menimbulkan kesedaran kepada dirinya bertapa perjuangan bangsa dan masyarakat Negara ini mencapai kemerdekaan dan kemajuan suatu yang memberI makna besar.

 

Filem genre kenegaraan ini diterbitkan produksi Two Tones Sdn Bhd yang berpengalaman dalam bidang VFX, animasi dan video produksi termasuk cemerlang menghasilkan filem Libas yang pernah menang Anugerah Cerita Asal Terbaik danPengarahHarapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24 pada tahun 2011.

Filem Kapsul ini diarahkan Allahyarham Martias Mohd Ali yang turut bertanggungjawab sebagai penulis cerita asal dan penulis skrip. Memberi tarikan filem ini menampilkan imej janaan komputer (CGI) yang diarahkan Amru Najmi Osman.

https://www.facebook.com/Kerex.Studio?fref=ts
credit pic: kerex studio

 Selain penampilan pelakon berpengalaman, Faizal Hussein memainkan watak Zohri, filem ini juga dibintangi 30 pelakon popular dan artis jemputan.

https://www.facebook.com/Kerex.Studio?fref=ts
credit pic: kerex studio
 Pelakon lain yang terbabit sama terdiri daripada Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Qazeem Noor, Elly Mazlein, Meor Hashim Manap, Zamarul Hisham, Jue Aziz, Adlin AmanRamli, Aman Graseka, Sharudin Thamby danZila Bakarin.

Tidak ketinggalan, penampilan istimewa jutawan Internet, IrfanKhairi.

Filem ini menjalani penggambaran sekitar Kuala Kangsar, Lenggong, Sayong, Ipoh, Perak, Kuala Lumpur, Cyberjaya, Putrajaya dan Klang.
 

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2